Berbaringlah Ayu..bantal-bantal itu kesemuanya milik Ayu. Kakak-kakak tidak lagi cuba-cuba mengambil bantal alas di kaki lantas menganggu lena tidurmu.
Bertenanglah. Bantal itu, masih lagi di situ..
Sebuah catatan seorang insan yang kerdil. Menghayati nikmat kehidupan indah yang dipinjamkan oleh Allah S.W.T kepadanya dengan penuh kesyukuran. Lalu, nikmat Allah yang manakah hendak didustakan..?
“Allah yang menciptakan kamu bermula dengan keadaan lemah, selepas berkeadaan lemah itu Ia menjadikan kamu kuat. Setelah itu Ia menjadikan kamu lemah pula serta tua beruban. Ia menciptakan apa yang dikehendakiNya, dan Dia lah jua yang Maha Mengetahui, lagi Maha Kuasa. [55] Surah Ar-Rum
“Jangan marah-marah anak. Ayah kasihan melihat Azrai”
“Yang, barang dari Scotland tidak perlu dibuka. Kita hantar terus ke Kuching,
Sarawak”“Tetapi, bagaimana dengan Silver plate Queen Anne saya?”
“Nanti kita cerita”
“Pakai setokin dan jaket itu!
“Azrai! Ini atok”
“Atok-atok.”
Azrai memanggil atoknya dengan perkataan berulang.
Dalam kereta, suami memberitahu kepada saya;
“Yang, pasport saya hilang. Di terminal tadi, masih ada dalam poket sut itu.
Terjatuh agaknya semasa saya menanggalkannya.”
Barangkali dalam kalut-kalau, suami tidak perasaan passportnya keciciran. Kereta kebangaan Malaysia jenama Proton Saga Abah terus meluncur laju tanpa peduli dilema yang sedang kami hadapi.
Kami dibawa oleh abah ke rumah sewa lama di Subang Jaya. Kata abah, menurut adik ipar, rumah itu akan dijual oleh pemilik rumah. Sesak. Wan, Kak Yah sekeluarga, adik-adik kandung dan adik-adik ipar memenuhi rumah teres kecil itu. Ayah tidak dapat datang kerana masalah kesihatan. Perjalanan jauh dari Besut ke Subang Jaya tidak sesuai malah tidak selesa untuknya.
Melihat anak-anak tanpa pakaian, sedangkan saya masih bertahan dengan sut sedondon dibadan, memang benar membuatkan terlopong mulut mereka sebagaimana dijangka. Dari raut wajah mereka bagaikan dapat dibaca. Pasti dalam hati mereka bukannya kagum malah berkata yang maksudnya begini;
“Ya Allah, panas-panas buta masih pakai sut hitam tebal sedondon dengan skaf
tercekik dileher! Sudah buang tabiatkah agaknya?”
Dari Besut, wan membawa bekalan makanan kegemaran untuk anak lelaki sulungnya yang baru pulang dari luar negara. Kerutup daging, nasi dagang serta ikan aye [tongkol]. Enak dan berselera!
Azrai mengemari tapai pulut yang dibungkus dengan daun getah tiga serangkai. Air tangan wan memang menjadi. Tapai itu masak tepat pada masanya. Sesekali saya melarang Azrai yang tidak henti-henti membuka bungkusan tapai satu persatu. Lalu, saya bersuara:
“Azrai, cukup! Nanti sakit gigi”
“Atok-atok, I want some more please [saya hendak lagi] ”
Azrai bagaikan tahu ke mana tempat dia boleh mengadu serta menagih simpati apabila ibubapa tidak dapat diharapkan. Azrai berlari mendapatkan datuknya.
Tapai pulut yang dibungkus dengan daun getah tiga serangkai masih kemas dalam tangan. Masih tidak mahu dilepaskan. Wan dan emak ketawa kecil melihat gelagat Azrai yang cuba berlindung dibelakang atuknya.
“Atok-atok, help me. Help me… please [tolong saya]”
Betapa Azrai kelihatan mengada-ngada sekali. Lebih selesa dengan bahasa pertuturan harian diluar negara hingga tidak menggunakan bahasa ibunda. Bahasa ibunda yang difahami tetapi tidak dapat dituturkan dengan lancar.
Tiba-tiba, saya terkenangkan mak wa.
Nantikan naskah Travelog Cinta Abadi : Suatu perjalanan dan Travelog Cinta Abadi : Bersiap untuk pulang. Adakah ia suatu angan yang menjadi realiti?
Hanya Allah yang dapat mengungkai setiap misteri.
“Tuan, hidangan makan malam disediakan pilihan daging panggang bersos lada hitam dengan kentang atau pasta ayam dengan sos tomato. ”Namun, ia langsung tidak menarik hati kami. Puas di pujuk, akhirnya kami bersetuju menjamah makanan. Di barisan sebelah kiri kami, pasangan dari negara barat sedang menikmati minuman keras yang disediakan oleh krew pesawat. Melalui ekor mata, saya menjeling ke arah mereka.
“Tidak mabukkah mereka?”Beberapa ketika, mereka meminta segelas lagi minuman keras. Jelas, ia tidak digemari oleh pramugari. Namun, barangkali kerana polisi syarikat mereka "Pelanggan adalah diutamakan”, jadi mereka melayan sahaja.
“Maaf, mengikut polisi hanya segelas arak sahaja dibenarkan dalam pesawat ini.”Saya gementar untuk menegur, namun teguran yang paling lemah adalah berbisik dalam hati. Barangkali polisi syarikat boleh berubah jika mereka takut kepada Allah serta mengikut Al-Quraan dan sunnah. Nabi bersabda:
"Barangsiapa yang minum arak maka sebatlah dia "(Hadis Riwayat Ahmad)Kadang-kadang saya menjadi keliru dengan polisi. Dalam negara yang memartabatkan rukun negara dengan Islam sebagai agama rasmi, perkara yang jelas hukumnya seperti itupun masih dapat dihalalkan kerana polisi. Tidak takutkah kita kepada Allah yang telah membuat ketetapan larangan dalam Al-Quran? Sabda rasulullah lagi:
" Allah s.w.t telah melaknat arak, peminum, pemberi minum, penjual, pembeli, pemerah, orang yang diperah untuknya, pembawa dan orang yang dibawa arak kepadanya " (Hadis Riwayat Abu Daud )
Astagfirullah! Saya lelapkan mata. Dalam hati berdoa supaya Allah menyelamatkan pesawat kami dari sebarang mala petaka. Jangan sampai Allah murka sehingga melibatkan semua yang ada dalam pesawat ini.
Na’uzubillah! Muga Allah memberikan taufik dan hidayah kepada si pengubal polisi syarikat penerbangan ini.
Apapun yang terjadi, biar kami sampai ditanah air dahulu. Biar kami dapat bertemu keluarga. Dapat memeluk emak, abah, ayah, wan serta adik-adik dan seluruh keluarga tercinta!
Rindu. Rindu dendam pada mereka. Biar terubat dahulu.
“Mohon maaf, kami perlu sampai sebelum pukul 7 malam. Pukul 6 kami kena pergi”
“Di Malaysia nanti, InsyaAllah saya pasti cari tuan. Saya tinggal di daerah berhampiran dengan kampung tuan”
Walau bagaimanapun, kami sudah tidak peduli dan tidak berminat lagi untuk bercerita panjang. Berdiam. Tumpuan hanya diberikan kepada keadaan trafik yang melemaskan! Memandu di tengah kota London dalam waktu-waktu cemas, bukan pilihan terbaik jika difikirkan. Terlintas perasaan menyesal kerana menerima jemputan rakan tersebut ke rumah mereka, jika kami menjangka musibah yang berlaku di depan mata.
“Ya Allah, jangan lah trafik. Cepatlah. Cepatlah sampai!”Rakan tadi masih lagi meneruskan cakap-cakap yang kami sudah tidak peduli biji butirnya. Kereta betul-betul sampai di Heatrow lewat 5 minit sebelum pukul 7 malam.
Spontan terkeluar perkataan itu, berserta teriakan gembira. Tingkahlaku yang menyebabkan pegawai itu boleh keliru. Keliru, samada kami gembira kerana kelewatan pesawat atau kerana menyokong sikap berani pekerja untuk mogok demi tuntutan gaji.“Jangan bimbang. Bertenang. Pesawat akan bertolak lewat 3 jam. Di beberapa bahagian pekerja-pekerja lapangan terbang ini sedang mogok. Mereka meminta gaji dinaikan”
“Ah, bagus!”
Mahasuci Allah! Kelewatan itu sering dilihat sebagai menyusahkan namun, sebaliknya ia melegakan perasaan disuatu pihak yang lain. Kami melihat bagaimana Allah memberi bantuan.
Pasti kaum keluarga berbangga melihat kami sebaik sahaja keluar dari balai ketibaan antarabangsa di lapangan terbang Subang, Malaysia nanti. Pasti mereka memuji dalam hati, jika tidak pun akan terlopong mulut mereka. Oh! Tidak sabar rasanya melihat itu bakal terjadi.
Kami menaiki pesawat pada pukul 2 petang dari Edinburg, Scotland berlepas ke Lapangan Terbang Heatrow di London. Dari London kami akan menaiki pesawat MAS ke Kuala Lumpur pada pukul 9.00 malam. Bermakna kami mempunyai masa 4 jam transit sebelum mendaftar masuk pada pukul 7 malam.
Sebaik sahaja sampai di Heatrow pada pukul 3 petang, seorang rakan yang sedang belajar di London menunggu kami sekeluarga untuk dibawa ke rumah mereka di zon 4. Walaupun kami menolak secara baik, beliau tetap bertegas dengan keputusannya. Lalu, kami menaiki metro [keretapi bawah tanah] ke sana.
“Kami sekeluarga terhutang budi kepada tuan. Kami tidak lupa bagaimana tuan boleh mempelawa kami sekeluarga yang tidak dikenali menumpang bermalam dan menyediakan makanan nasi panas di rumah”
“Ah, perkara kecil sahaja”
“Ya Allah.. Kami sekeluarga tersadai ditengah ribut salji tanpa mengenali sesiapa di Scotland. Memang kerja bodoh! Nasib baik kami berjumpa tuan…”
“Alhamdulillah. Itu bantuan dari Allah, bukan kerana bernasib baik”
Manusia sering mengatakan mereka bernasib baik apabila terlepas dari sebarang bencana. Tetapi bukankah mereka meratap-ratap, merintih-rintih malah merayu-rayu dalam hati kepada Allah yang maha pengasih apabila berada dalam kesusahan serta duka nestapa? Benar, manusia sering terlupa.
“Dan rahsiakanlah perkataanmu atau lahirkanlah; sesungguhnya Dia maha mengetahui segala isi hati. Apakah Allah yang menciptakan itu tidak mengetahui [yang kamu lahirkan dan rahsiakan] dan dia maha halus lagi maha mengetahui?” [Surah Al- Mulk: ayat 13-14]
Beliau suami isteri tidak putus-putus bercerita dengan penuh kesyukuran tentang pertemuan yang tidak di sangka-sangka semasa mereka tersadai di Scotland. Itu peristiwa beberapa bulan yang lalu, kami sudah melupakannya.
Semasa mereka bercerita, kami tidak henti-henti memerhatikan jam di tangan. Dari Heathrow ke rumah mereka mengambil masa satu jam. Bermakna kami harus pergi sebelum pukul 6 petang.
Oleh itu, berbual-bual seperti itu tidak mententeramkan perasaan. Kami berkejar dengan masa. Erti kata lain, kami mesti menepati masa agar tidak terlepas pesawat seperti yang ditetapkan. Kami tidak mahu mengambil resiko. Namun, rakan itu lansung tidak dapat membaca signal bahasa badan yang dilakukan.
"Ya Allah, Tidak sempat ni.." Kami berbisik dalam hati.
Terjelepuk! Saya langsung tidak terfikir untuk mengikuti kursus seperti itu. Kakak itu meneruskan lagi;“Sepanjang setahun awak disini apa yang awak perolehi?”
“Er..er..”
“Awak masih muda, malah boleh bertutur dalam bahasa Inggeris. Mengapa tidak mengambil peluang untuk mengikuti kursus-kursus jangka pendek yang disediakan di sini? Sekurang-kurangnya awak memperolehi sijil dari luar negara. Ia mempunyai nilai tambah jika bekerja di Malaysia”
"Tahukah awak, seorang rakan kita, sebaya awak menggunakan masa yang ada dengan mengikuti pengajian perundangan secara sambilan sepanjang suaminya mengikuti pengajian Phd. Dia terus belajar hingga memperolehi Sarjana. Kini, dia menjadi majistret di Malaysia.”
“Mama, ini mama sayang…”.Namun, panggilan umi lebih lancar dan selesa buatnya. Akhirnya saya akur dan mengalah.
“Miss Sophie, that is my mum..[Cik Sophie, itu emak saya]”Al-Bukhari menyebut sebuah hadis daripada Ibnu Abas bahawa baginda nabi Muhammad bersabda :
“Ada dua nikmat yang sering dilupakan oleh orang ramai. Dua nikmat tersebut adalah : nikmat kesihatan dan nikmat waktu luang”.
Saya bersyukur kerana Allah memberikan nikmat waktu lapang, nikmat kesihatan dan nikmat kelapangan dada ketika di luar negara. Lalu, nikmat Allah yang mana satukah hendak saya dustakan?
“Boleh tuliskan saya sekeping surat rujukan majikan?
“Tentu sekali, kami berikan awak surat penghargaan”
“Semuga berjaya. Kami pasti kehilangan awak”
“Ya Allah ya tuhanku, janganlah diambil lagi nyawaku. Berikanlah daku kesempatan untuk kembali menemui – bertentang mata serta mendakap mereka!
“Ya Allah, bagaimana sekiranya mereka tidak suka? Apakah mereka akan membuangnya atau menyimpannya sahaja?