Bacalah dengan nama tuhanmu yang maha mengetahui..



Friday, June 10, 2011

Kek hati pari

"Terima kasih bagi resepi kek coklat, tuk kakak embak kek hati parek."

Kakak jiran belakang rumah datang bertandang ke rumah sewa kami di suatu petang. Barangkali kakak itu tidak menyangka saya akan memberikan resepi kek coklat yang di hidangkan kepadanya.

Ketika itu dia datang membawakan sekotak lilin. Kerap sangat dia memuji kek coklat yang tinggi kolestrol itu - saya curahkan coklat cair serta taburkan coklat rice dan kacang badam ke atasnya. Ditengah-tengah kek itu saya lapiskan dengan cream cheese serta buah cherry merah.

"Susah-susah kakak bawa lilin ke rumah kami. Suami saya mahu membelinya balik kerja nanti."

Barangkali keluarga kakak itu perasan rumah kami bergelap malam semalam ketika eletrik tiada secara tiba-tiba. Begitu semangat kejiranan yang kami rasai.

"Kek hati parek?"

"Auk.. nya pakei kismis hitam sampei 1 kg. Blend kismis ya sampei halus dan masukkan dalam adunan. Kukus sampai 8 jam."


Subhanallah! Saya benar-benar kagum dengan kesabaran orang-orang sarawak dalam bab membuat kek. Mereka sanggup bersabar hanya bagi menghasilkan kek lazat yang terbaik. Saya fikir kek krismas atau kek kukus buah yang kaya dengan pelbagai buah campuran adalah yang paling enak, rupa-rupanya tidak!

Mahasuci Allah yang pengasih lagi maha penyayang.. Kalaulah saya dapat sesabar itu dalam beribadat menunaikan sembahyang sunat tasbih, barangkali saya dapat melakukannya setiap hari.

"Wahai Tuhan, sesungguhnya para malaikat, gunung-ganang, ulat-ulat, batu dan daun malah setiap mahluk yang dijadikan bertasbih memuji kebesaran-Mu. Mengapa tidak diriku? Mengapa berat benar tubuh dan hatiku untuk bertasbih kepada-Mu yang telah banyak melimpahkan nikmat rezki kepada diriku"

Subhanallah! Mahasuci Allah yang melimpahkan kasih sayang-Nya dengan memberikan ilham dan mengajarkan ilmu kepada orang sarawak melalui pelbagai kek yang dihasilkan. Limpah kurnia rezeki itu adalah nikmat yang tidak terperi dari Allah yang maha kaya. Langsung tidak sedikitpun menjejaskan kekayaan-Nya. Malah, ilham dan ketinggian ilmu itu merupakan sedikit ujian samada kita bersyukur serta semakin hampir dengan-Nya atau sebaliknya.

Kek hati pari, lazatnya tidak terperi!

5 comments:

  1. Puan..bole ke share resepi kat blog nie..heheh..kalau lapang saya nak cuba juga...mana tahu menjadi,bole jamu family minum petang dengan kek tu..

    ReplyDelete
  2. Salam sejahtera Rayhan,

    InsyaAllah, resepi kek itu akan dikongsikan dalam buku Travelog masakan nanti.

    ReplyDelete
  3. Salam sejahtera Pn. Roza,

    Kek hati pari, lazatnya tidak terperi,nikmat lagi kalau dapat makan 'free'

    hzm

    ReplyDelete
  4. Salam sejahtera Pn. Roza,
    Maha Suci Allah yang Maha Mendengar..akhirnya akan ada jua Travelog masakan. Saya dahulukan dengan ucapan terima kasih, tak sabar ni!hehe..

    _idot putrajaya

    ReplyDelete
  5. Salam puan,
    Tak sabar menanti travelog masakan...

    ReplyDelete