Tiba-tiba terpacul keluar barisan ayat yang diilhamkan oleh Allah bagi dikongsikan bersama dalam satu majlis persatuan wanita.
"Sehari lagi Allah pinjamkan nyawa kepada kita bermakna titk permulaan dari tarikh kelahiran yang ditinggalkan semakin jauh. Masa yang tersisa semakin singkat. Mari kita merenung diri.. sudah bersiapkah kita untuk menemui-Nya?"
Hati jadi sayu dan terkedu apabila pengerusi majlis bertanya tentang biodata diri sebelum perkongsian pengalaman dimulakan.
"Boleh kami tahu latarbelakang diri dan apakah kekuatan puan dalam memberi ceramah ini?"
Saya menyoal diri," Ya Allah..kenapa daku di sini?"
"Er..saya bukan siapa-siapa. Orang biasa-biasa. Tiada pangkat, tiada darjat. Kudrat inipun hanya Allah pinjamkan sementara sahaja.. Maaf, jika puan fikir majlis ini tiada manafaatnya dan mengambil masa.. puan boleh batalkan sahaja."
Saya sedar diri. Hampir satu jam menunggu kehadiran peserta lain membuatkan jawatankuasa tertinggi resah gelisah. Mereka menyandar hampa. Sesekali SMS telefon bimbit berbalas jawab. Laptop uzur saya semakin ketara uzurnya. Terkelip-kelip dan bila-bila masa sahaja kehabisan bateri. Namun, melihat rakan saya yang tiada kena mengena dengan persatuan itu berusaha keras menyediakan AV sistem, mencari wayar penyambung.. saya rasa bersalah, lalu berserah diri kepada Allah.
"Puan.. technician tiada di pagi minggu ini.. Tak ada laptop dan LCD pun tidak mengapalah..puan cakap sahaja apa yang mahu disampaikan. Kami mahu segera pulang ke rumah untuk memasak"
Begitulah yang diucapkan oleh salah seorang ahli majlis tertinggi persatuan wanita itu. Barangkali tinggi darjat dan pangkatnya. Saya kasihan melihat rakan yang berusaha keras mahu majlis itu direalisasikan, berubah wajahnya.
Saya mohon keampunan dan kekuatan dari Allah. Sedar, itu sebahagian dari ujian. Barangkali agak keras juga ucapan saya kali ini apabila menceritakan sedikit pengalaman berpesatuan.
Saya melihat mereka yang mulanya tidak menunjukkan minat, tiba-tiba mengambil perhatian.
"Ya Allah, kenapa puan-puan berada di sini? Sedangkan di rumah puan ada amanah yang telah dipertanggungjawabkan oleh Allah..sebagai isteri, ibu, anak kepada ibubapa dan barangkali juga sebagai nenek kepada cucu.."
Saya sambung lagi.
"Jadi..apa perlu puan di sini? Apa tujuan puan di sini? Bukankah kita di cipta Allah sebagai khalifah di muka bumi agar menyembah dan beribadat kepada Dia yang maha kuasa? Jadi.. jika puan terpilih menjawat jawatan tertinggi, dengan pangkat, darjat dan kuasa..apakah itu dapat mendekatkan diri kita kepada Allah yang mencipta? Menjadikan setiap urusan yang dilakukan tidak lain melainkan sebagai suatu ibadah ikhlas kerana Allah dan semakin tunduk rebah menyembah-Nya?"
Semakin celupar mulut saya.
"Hebat sangatkah kita? Dan ingatlah suatu hari nanti kita pasti akan menemui-Nya. Allah akan bertanya tentang tanggungjawab yang di sandang oleh kita. Barangkali..orang bawahan yang tiada pangkat serta darjat itu lebih mulia di sisi Allah berbanding dengan kita. Jika apa yang mereka lakukan ikhlas...serta gentar dengan kemurkaan Allah."
Bicara saya mula mengendur.
"Jadi...lakukan sesuatu itu ikhlas kerana Allah bukan kerana mereka. Kerana amanah Allah kepada kita.."
Assalamualaikum
ReplyDeleteMoga Puan sentiasa diberi kekautan untuk terdus berceramah dan menyuntik semangat dan kesedaran buat ibu-ibu dan wanita di luar sana.
assalamualaikum,
ReplyDeletesemoga puan tabah,Puan adalah insan yang terpilih untuk mendidik hati insan-insan yang perlu ditrbiahkan. Teruskan perjuangan.
Salam sejahtera Pn Roza,
ReplyDeleteApa yang puan telah sampaikan adalah kebenaran dan kebenaran itu adakalanya pahit namun ianya ubat.
Mereka yang mendengarnya insyaAllah akan "diubati"
hzm
Assalammualaikum Pn Roza...
ReplyDeletesy teringin mahu mendengar ceramah dari puan,,mudah-mudahan Allah mendengar keinginan sy ini..Amin..
sy doakan puan sentiasa dipermudahkan dalam segala urusan..Insya Allah..
terima kasih puan kerana berkongsi ilmu disini..
Wassalam
Assalam Puan Raudzah,
ReplyDeleteMemang masih ada orang orang yang begini.
Tetapi, Allah telah menghantar puan ke majlis itu bagi menyedarkan mereka bahawa bukan pangkat atau darjat yang di lihat oleh Allah tetapi keikhlasan hati seseorang itu. Dimana mana pun memang ada orang orang yang ingin mendapat nama dari usaha sebahagian yang lain. Lumrah alam.
Semoga keberadaan puan di majlis itu memberi kesedaran dan keinsafan kepada mereka, insya Allah.
Sesungguhnya Allah yang maha berkuasa mengerakkan hati hati hamba nya.
Kita cuma mampu berdoa.
Salam Ramadhan kepada puan dan keluarga. Semoga amalan kita di terima Allah.
Semoga puan sentiasa di beri ketabahan dan dalam rahmat Allah. Amin amin yarabbalalamin.
Assalam Puan Roza,
ReplyDeleteMoga ceramah itu dapat memberi kesan yang positive dan kesedaran bagi kita hambaNYA yang kerdil ini. Subuhan Allah
Alhamdulillah Puan tabah dan dapat menarik minat mereka untuk terus mendengar hingga ada yang TERSENTUH PERASAAN.
Memang tepat Puan berada disitu untuk menyampaikan Amanah Allah, makanya orang-orang yang TERPILIH sahaja yang hadir. Astarghfirullah.
Salam kak roza,
ReplyDeleteTahniah kerana berani menyatakan apa yang benar...semoga Allah beri kekuatan terus pada kak roza untuk berdakwah. Terima kasih diatas perkongsian ilmu...saya juga dapat mengambil iktibarnya. Barakallahufik.
As salam Puan Roza
ReplyDeleteSaya udah selesai mbaca TCA - Part 2. Hati saya lebih tersentuh dari part 1.
Tahniah, Puan menulis dari lubuk hati mampu menerobok relung hati pembaca..
Hampir seminggu teringat2 kisah dlm TCA Part 2 hehehe .ada bait kata2 yg mampus menitiskan air mata jugak...
Assalam..
ReplyDeletesemuanya hanya kerana Allah..kerana izinNya..
wallahua'alam
Website paling ternama dan paling terpercaya di Asia
ReplyDeleteSistem pelayanan 24 Jam Non-Stop bersama dengan CS Berpengalaman respon tercepat
Memiliki 9 Jenis game yang sangat digemari oleh seluruh peminat poker / domino
Link Alternatif :
www.arenakartu.org
100% Memuaskan ^-^
Yuk Merapat Best Betting Online Hanya Di AREATOTO
ReplyDeleteDalam 1 Userid Dapat Bermain Semua Permainan
Yang Ada :
TARUHAN BOLA - LIVE CASINO - SABUNG AYAM - TOGEL ONLINE ( Tanpa Batas Invest )
Sekedar Nonton Bola ,
Jika Tidak Pasang Taruhan , Mana Seru , Pasangkan Taruhan Anda Di areatoto
Minimal Deposit Rp 20.000 Dan Withdraw Rp.50.000
Proses Deposit Dan Withdraw ( EXPRES ) Super Cepat
Anda Akan Di Layani Dengan Customer Service Yang Ramah
Website Online 24Jam/Setiap Hariny