Bacalah dengan nama tuhanmu yang maha mengetahui..



Tuesday, June 9, 2009

Ziarah Terakhir

Dari tingkat 21 di sebuah Hotel mewah berhampiran Baitullah.

Subhanallah! Alhamdulillah! Allah Hu Akhbar!

Sebaik sahaja pintu bilik di buka, ingin rasanya saya sujud rebah menyembah Allah yang Esa di atas karpet merah yang lunak lagi empuk itu . Bagaimana mungkin saya dapat melihat kaabah dari tingkap dan posisi itu jika tidak kerana seorang insan yang berhati mulia menjemput kami ke sana.

Saya rasa dimuliakan. Berdiri kerdil di bangunan pencakar langit itu sambil melambai kaabah di celah kepulan awan. Sebelum pergi, kami sempat menumpang mengecap nikmat perasaan orang-orang terhormat dengan mengambil wuduk di bilik air mewah itu. Ah! Tidak termimpi di dalam hidup ini akan dapat ke tingkat 21 di hotel mewah seperti itu!

"Ya Allah, saya amat berbesar hati dengan jemputan dari Encik Azli. Jika tidak kerana jemputan tuan, tidak mungkin kami mampu untuk sampai ke tingkat ini."
Tiada ucapan yang lebih indah dapat diungkapkan. Tiada lukisan yang dapat mengambarkan kemuliaan yang diberikan. Sesungguhnya tiada!

Sambil berjalan pulang, ada air mata berlinangan. Teringat abah, mak dan adik Ayu yang ditinggalkan di hotel dua bintang kami buat seketika. Alangkah seronoknya jika pengalaman itu dapat dikongsikan bersama.

Di dalam diam saya merasakan inilah saat-saat paling manis kami bersama. Jika ditakdirkan saya akan pergi dahulu daripada mereka, pasti ziarah terakhir ini akan di simpan sebagai kenangan paling indah di dalam hidup saya.

"Ya Allah, berikanlah diri ini kesabaran, kekuatan hati dan perasaan. Kekuatan fizikal dan mental."

"Permudahkanlah segala urusan kami untuk menjalani ibadah umrah ini. Ya Allah, bersama-samaku adalah suami, anak-anak lelaki, seorang ibu tua, abah dan adik perempuan yang menghidapi kanser. Tiada daya upayaku menjaga mereka. Aku serahkah semula mereka kepada-Mu, Ya Allah."

"Ku hadapkan wajahku kepada-Mu. Sesungguhnya ibadatku, setiap amalanku dan diriku..Ku serahkan sepenuh hati kepada-Mu."

9 comments:

  1. alah Kak Roza... sungguh sayu rasa hati ni. Alhamdulillah, Kak Roza dan keluarga menjadi tetamuNya yang murah rezeki!

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum D,

    Alhamdulillah! Alhamdulillah...

    ReplyDelete
  3. Salam Roza...
    bergumpal sebak di dada baca entri awak ni sis.. SubhanaAllah kemurahan hati seorang insan menjadikan kami juga dapat melihat pemandangan yg menggamit rindu teramat sgt...

    alhamdulillah dan terima kasih.

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum Roza
    Syukur Alhamdulillah. Seronok membaca kembali entri Roza. ALLAH mempurmudahkan urusan bagi hamba-hambaNya yang bertakwa. MUdah-mudahan Roza akan kembali lagi ke sana menunaikan haji , umrah dan ziarah lagi.

    ReplyDelete
  5. salam roza..
    syukur banyak2 roza di beri peluang menikmati suatu pengalaman dan pemandangan yang teristimewa disana.
    salam perkenalan dr kak jose.

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum Raden Galoh, zaidah dan kak jose,

    Allah mengajar saya sesuatu di sana. Saya melihat kebesaran dan kasih sayang-Nya di sana..

    Subhanallah!

    ReplyDelete
  7. Salam Pn Roza..
    Selamat kembali ke tanah air...
    Alhamdulillah....segalanya selamat dan mendapat keindahan dan kegembiraan semasa di Tanah Suci..

    kakliza ada bertandang ke UiTM Segamat semasa dalam perjalanan balik dari Melaka pada hari kepulangan Pn Roza sekeluarga ke Malaysia [Isnin lalu] dan sempat mengambil gambar surau..dan juga kawasan sekeliling UiTM..

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum hanieliza,

    UiTM Segamat sedang di dalam pembangunan infrastruktur..

    ReplyDelete