Bacalah dengan nama tuhanmu yang maha mengetahui..



Thursday, May 28, 2009

Lambaian Kaabah







Hambamu datang menyahut panggilanmu, Ya Allah, Hambamu datang menyahut panggilanmu


Hambamu datang menyahut panggilanmu, Tidak ada sekutu bagimu, Hambamu datang menyahut panggilanmu


Sesungguhnya segala pujian


Dan nikmat


Dan pemerintahan adalah kepunyaanmu


Tidak ada sekutu bagimu


Rindu..

Beberapa tahun yang lalu saya amat tersentuh dengan panggilan itu. Mengharapkan Kad jemputan untuk ke situ. Dari Dia yang Esa. Yang Maha Kaya. Yang mencipta alam semesta.

Setiap kali ia berkumandang, hati tertanya-tanya,"Adakah aku juga bakal menjadi tetamu-Nya? Apakah sempat untuk aku bertaubat? Apakah dapat tangisanku tumpah di bawah lembayung kaabah?"

"Ya Allah, jemputlah daku ke rumah-Mu. Jemputlah aku datang bertandang untuk menjadi tetamu-Mu yang paling istemewa. Gajiku kecil, amalanku kurang, ilmuku cetek...namun, aku ingin jua ke sana. Datangku dari ceruk pelusuk bumi-Mu. Kerdil. Membawa dosa beribu, tidak tertanggung oleh bahuku.."

"Wahai Tuhan, jemputlah daku..jemputlah daku."


Nota:

Entri ini akan terhenti mulai 29 Mei hingga 9 Jun 2009 kerana saya mendapat jemputan umrah. Mohon ampun, maaf dipinta andainya ada yang terguris, terhiris hati dek kasarnya bahasa.

Dari Allah kita datang, kepada-Nya jua kita akan dikembalikan.

12 comments:

  1. Roza,
    Semoga dipermudahkan segala urusan.
    Sampaikan salam saya pada Baginda Rasulullah S.A.W. sewaktu di Madinah.

    ReplyDelete
  2. Rindu nya sayaaaa.. Moga dipermudahkan perjalanan kak roza dah keluarga.

    ReplyDelete
  3. Sampaikan salam saya juga pada Baginda Rasulullah S.A.W. sewaktu di Masjid Nabawi Madinah.

    ReplyDelete
  4. selamat, selamat, selamat kesemuanya.

    misi

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum,

    InsyaAllah saya akan menyampaikan salam rakan-rakan semua kepada Rasulullah S.A.W

    Dulu, ketika di Multazam dan di hijir Ismail, saya pernah melafazkan :

    "Ya Allah, berikanlah rezeki kesihatan, rezeki kewangan, rezeki kelapangan masa dan upaya serta dibukakan hati kepada saudara mara,rakan taulan dan muslimin musliman agar mereka dapat datang ke sini,Ya Allah. Agar mereka dapat melihat, merasa seperti apa yang ku rasa..

    Jemputlah mereka, Ya Allah."

    ReplyDelete
  6. Selamat pergi dan kembali buat kak Roza sekeluarga.Menitik airmata saya membaca doa kak Roza. Moga Allah menjemput juga saya dan suami dengan segera menjadi tetamu di sana. Subhanallah...

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum Misi,

    Telekung yang beri tempohari akan saya pakai di sana nanti..

    Juga kepada rakan-rakan lain yang menghadiahkan tudung dan cenderamata..

    Terima kasih yang tidak terhingga. Hanya Allah jua yang dapat membalas yang setimpal dengannya.

    ReplyDelete
  8. wa'alaikum salam Roza,

    syukran, Alhamdulillah.
    saya amat berbesar hati dan amat seronok sekali. terima kasih,terimakasih,terimakasih. smoga Roza diberi kekuatan dan kesabaran untuk menjaga abah, mak dan adik serta anak2 dan juga suami.
    alangkah bahagianya jika kita dapat berjumpa di Makkah.

    selamat berjihad. Labbaikallah...

    misi

    ReplyDelete
  9. Tahniah, mendapat jemputan dariNya.

    Moga selamat semuanya.

    ReplyDelete
  10. Selamat menunaikan ibadat umrah dan selamat kembali ke tanahair.Tolong doakan kami semua pengunjung blog puan agar cepat dapat sampai ke sana.terima kasih.

    ReplyDelete
  11. Semoga ALLAH memudahkan perjalanan umrah Roza dan mudah-mudahan sentiasa dalam Rahmat ALLAH. Selamat menunaikan umrah.

    ReplyDelete
  12. Salam...
    Saya doakan semoga Kak Roza sekeluarga dipermudahkan dalam segala urusan di sana dan dirahmati selalu insyaAllah.

    ReplyDelete