Kenapa tidak? Kerana ia adalah merupakan aktiviti keluarga paling harmoni dan memerlukan tahap kerjasama tinggi yang pernah saya saksikan.
Dari atas pokok manggis saya memerhatikan seluruh saudara mara [Mak Ngah, Mak Teh, Ucu Edah, Mak dan bapa-bapa saudara] bekerja diketuai oleh Mak Wa. Ia bukanlah suatu urusan pekerjaan yang mudah. Sebab itu saya memanggilnya sebagai suatu upacara kekeluargaan. Biasanya ia dilakukan disekitar rumah Mak Ngah di baruh.
Saya perhatikan persediaan telah dibuat berhari-hari sebelum upacara mengacau dodol dilakukan. Ia proses kerja yang memakan masa agak panjang. Kelapa yang tidak terlalu muda dan tidak terlalu tua dikait, dikumpulkan dan dikupas sabutnya. Kemudian ia diparut dan diperah santannya. Semuanya dilakukan secara berkumpulan.
Beras pulut yang telah direndam semalaman dikisar menggunakan batu kisar. Lalu terhasillah tepung beras pulut yang halus mulus. Di ayak dan mana-mana yang masih kasar terus di kisar.
Saya perhatikan kerja mengacau santan, tepung dan gula melaka dilakukan oleh bapa-bapa saudara. Secara bergilir-gilir. Kesemua bahan di kacau di dalam kawah yang besar di laman rumah. Menggunakan tungku kayu. Di bawah khemah atau bangsal.
Lama betul menunggu baru adunan itu bertukar warna. Selalunya proses itu berlalu hingga ke petang. Kami selalunya akan bermain-main disekitar yang berhampiran. Hanya untuk satu sebab...menunggu saat di minta untuk merasa garam gula dan saat dodol mulai memekat.
"Haa..sudah mula mengeleggak. Cuba panggil budak-budak tu.. biar mereka merasa garam gulanya, lemak manisnya"
Kami akan buat-buat tidak mendengar dan pura-pura terus bermain walaupun sebenarnya mata kami tidak henti-henti menjeling. Kami buka corong telinga besar-besar dengan memasang telinga. Seolah-olah bukanlah tujuan kami bermain di sekitar orang mengacau dodol itu hanya semata-mata untuk merasa..
Lagipun, kenapa pula kanak-kanak yang dibiarkan merasa? Pelik juga. Dan pada hari tersebut..kami di beri lesen besar untuk tidak berpuasa.
Lagipun, kenapa pula kanak-kanak yang dibiarkan merasa? Pelik juga. Dan pada hari tersebut..kami di beri lesen besar untuk tidak berpuasa.
Saya tidak pasti berapakan umur saya ketika itu sehingga bapa-bapa dan mak-mak saudara membenarkan kami merasa dodol yang baru memekat membuak-buak mendidih di dalam kawah. Rasanya mungkin belum bersekolah atau di awal persekolahan sekolah rendah.
"Pergi ambil daun pisang. Basuh dulu. Kemudian pergi panggil kawan-kawan.."
Bila tiba saat itu, semua aktiviti sepupu-sepupu akan terhenti. Saya akan melompat turun dari pokok manggis dan tersenggeh-senggeh menghulur daun pisang yang telah di basuh.
Tetapi apabila telah mula belajar berpuasa, bapa saudara memasukkan juga ke atas daun pisang dengan amaran :
"Hah..jangan pula awak makan sorok-sorok. Simpan. Berbuka nanti baru boleh rasa. Ingat ya? Allah nampak apa yang kita lakukan walaupun tidak diketahui oleh orang lain"
"Yaaaa....ingaaaaaaat"
Kami menjawab dengan keadaan lemah semangat.
Kini, mak-mak dan bapa-bapa saudara saya semuanya telah semakin tua dan tidak bertenaga. Malahan, dodol dengan mudah boleh didapati di Melaka atau di mana-mana pada bila-bila masa.
Semuanya telah menghilang. Ketika saya berada di usia mereka, upacara mengacau dodol seperti itu tidak pernah saya bayangkan untuk melakukannya. Ia tidak mungkin akan terjadi. Tidak akan menjadi realiti. Jika berkeras untuk meneruskannya pun... anak-anak tidak akan mengerti.
Biarlah ia terpahat di dalam hati. Tersimpan di dalam perasaan. Aktiviti seumpama itu kini hanya tinggal kenangan.
Kenangan indah yang tidak dapat dilupakan.
Kenangan indah yang tidak dapat dilupakan.
Assalamualaikum
ReplyDeleteMak mertua akak tiap2 tahun buat dodol dgn adik2 ipar. Tapi akak tak pernah berkesempatan join diorang. Tahunya makan je lah.
Teringin juga nak merasai suasana tu.
Kak wati
salam puan,
ReplyDeletecerita puan mengingatkan pada keluarga sebelah ibu saya...boleh dikatakan every year juga mereka mengacau dodol nie...tp biasanya dia buat pada raya ke-2 atau ke-3....sbbnya tak cukup kaki tangan nak tolong mengacau sebelum raya..
saya suka makan dodol yg baru diangkat tu...panas suam2 kuku
Salam Rosa,
ReplyDeletePertama kali saya memziarahi rumah Roza. Sebelum itu Kita hanya nampak dari jauh semasa saya menghadiri Majlis Hari Anugerah MRSM Gemenceh, duduk semeja minum pagi kemudian makan tengahari dengan daging salai.
Saya paling suka makan dodol buatan ibu saya, memang tidak boleh lawan. ermmmmmmmmmm, sekarang umur dia dah 80+ tahun dah tak larat mengacau dodol lagi.
Salam..kak Roza,
ReplyDeletemmg best aktiviti mengacau dodol nie...mmg ianye adalah aktiviti keluarga yg makin dilupakan...
sy dulu pun masih sempat merasai suasana itu...cuma anak2 je belum berkesempatan...
saya masih ingat lagi aktiviti mengacau dodol di kalangan keluarga kali terakhir dibuat adalah semasa maksu saya nak kahwin...dah berzaman dah. maksu saya pun dah bercucu. tapi memang betul ianya satu aktiviti gotong royong yang menyeronokkan. menjilat dodol yang masih lembek memang best, dah lama dah tak dapat merasai nikmatnya.
ReplyDelete