Entah sejak pukul berapa agaknya wan sendirian menyediakannya. Tidak kami sedari kerana tidur mati! Wan tidaklah nampak sibuk-sibuk di dapur pada petang atau malam sehari sebelum raya. Wajahnya tenang sahaja.
Di Scotland dan Wales, masakan seperti rendang adalah sesuatu yang sangat istemewa. Mahalnya berganda-ganda. Terus terang dinyatakan, kami tidak mampu untuk memasak masakan seperti itu. Rempah ratusnya pula hanya terdapat di Manchester [2 jam perjalanan dari Wales] atau di Glasgow [1 jam perjalanan dari Dundee, Scotland]. Rahsia
Ketika itu nilai 10 kg beras American grain harganya mencecah 20 pound berbanding dengan 10kg kentang cuma 2.99 pound.
Jadi, untuk masakan daging saya mencuba resepi penduduk tempatan di campur sedikit ramuan mengikut citarasa saya. Biasanya saya tidak menggunakan sukatan. Saya campur-campurkan bahannya sahaja. Sesuka hati saya!
Resepi yang saya rujuk adalah seperti berikut :
Roasted whole beef tenderloin
Seasoning Rub1 tbsp softened butter or olive oil (ops: sesame oil)
1 tbsp Dijon mustard (optional : plum source)
1 tbsp brown sugar ( optional : honey)
1 tbsp steak sauce (tomato sos + cili sos + oster sos )
1 tbsp minced fresh rosemary
1 tbsp minced fresh thyme
2 tsp minced garlic1½ tsp salt (sea salt)
1tsp freshly ground black pepper
1 tsp grated lemon zest ( optional : rice vinegar)
1 whole beef tenderloin (2 kg), trimmed of visible fat
Notes :
Optional - sesuka hati saya!
Nutritional Information (per serving): 225 calories; 11.3 grams total fat; 4.6 grams saturated fat; 26 grams protein; 3 grams carbohydrate; 0.2 grams fiber; 82 milligrams cholesterol; 533 milligrams sodium
Selamat mencuba!
Yang penting - resepi kita, citarasa kita.
Salam Roza,
ReplyDeleteNampaknya KLa kena cuba resipi ni... nampak menyelerakan sekali...
Salam Puan Roza...
ReplyDeletekakliza pun teringi nak emncubanya..
Terimakasih kerana sudi menuliskannya...
hehe.. ini dia resepi 10kg daging batang pinang raya baru ni ya kak roza? Syabas!
ReplyDeleteSalam Kak Roza,
ReplyDeleteSaya google resepi sambal kicap yang Sifu PTS nyatakan adalah resepi kak roza dalam salah satu komen posting prof Kamil. Puas mencari tak jumpa. Boleh ke kalau saya nak minta kak Roza ajarkan lagi sekali. :) Terima kasih.
Assalamualaikum D,
ReplyDeleteUntuk memerap berkilo-kilo daging, kak Roza menggunakan berbotol-botol sos. Gandakan sahaja.
Rasa? Sesuka hati kita!
Assalamualaikum Epelijau,
ReplyDeleteWah! Dah jadi ruang resepi pulak ye. Blog kak Roza kan nak ceritakan kisah kenangan yang mengusik hati...he..he
Layari blog hanieliza's cooking. cuba dulu resepi chef saya yang satu itu. Atau beli buku resepi anika masakannya.
Tidak rugi memilikinya untuk koleksi peribadi.
P/s
Epelhijau, bila berkesempatan nanti kak roza post entry.
Assalamualaikum
ReplyDeleteMemang sedap resepi sambal kicap Puan Roza.
Membuatnya pun senang...tapi nak bagi kat sini
malu pulak takut tak se'original' sambal kicap Roza.
Anak2 saya cukup suka 'Mama ini sambal kicap isteri Prof ajar kan Ma?'
"ye"...dengan bangganya mereka makan....
(Terima kasih Puan Sifu kerana bagi saya resepi sambal kicap ni dalam komen kat blog Prof, bulan puasa tahun lepas kalau tak silap.)
Kak wati
Assalamualaikum
ReplyDeleteRoza tumpang lalu
Epelhijau, resepi sambal kicap ada kat entry Prof september 2008, tajuk entry "Berbuka" di ruangan komen.
Selamat mencuba
Kak Wati
Assalamualaikum kak wati,
ReplyDeleteTerima kasih kerana memudahkan urusan.
TQ Roza. saya pasti akan cuba resepi ni. selalunya saya cuma buatkan steak je untuk keluarga. Kali ni buat roast beef pulak. mesti melompat=lompat anak2 saya. Tq very much
ReplyDeleteRoslina
shah alam
Assalamualaikum Roslina,
ReplyDeleteKena ikat dengan tali ikat parcel untuk nampak seketul macam gambar tu..
salam puan,
ReplyDeletemenariknye resepi puan nie...untuk buku chef liza, hanis juga ade membeli beberapa buah untuk koleksi....buku chef liza nie harus di miliki...menu2 yg menarik & insyallah bahan2nya juga mudah diperolehi....
Askm, salam Syawal dan Mahabbah, seronok bekongsi pengalaman memasak ya! moga dapat berkenalan.
ReplyDeleteSalam Roza,
ReplyDeleteBestnya orang rajin memasak. Saya ni memang kurang minat dan kurang pandai memasak. Kalau masak pun simple2 je: nasi goreng, tom yam, lemak cili padi NS, sup ayam dan yang seumpamanya. Tak de niat ke nak buka restoren. Sebut je restoren isteri Prof Kamil sure ramai yang berkunjung. Mana tidaknya sambil makan sambil dengar tazkirah. So dua2 jasmani dan rohani dapat makan. Amacam? Bagus tak idea tu?
Salam,
ReplyDeleteFamily Memoirs...idea yang sangat baik...restoren isteri prof kamil...mudah2an menjadi kenyataan satu hari nanti.