Petang itu kami didatangi oleh sebuah keluarga terdekat yang amat dihormati. Mereka amat mulia di mata kami. Berhemah tinggi.
Di antara saudara mara kami semua, anak-anak keluarga ini adalah yang paling jarang sekali dapat ditemui. Kebanyakan mereka bersekolah di luar daerah Segamat. Sekolah berasrama penuh. Selepas SPM pula mereka terus melanjutkan pelajaran ke universiti atau ke luar negeri.
Tahun itu, memang tidak di sangka-sangka mereka bertandang sempena hari raya ke rumah kami yang tidak seberapa. Mak dan abah seperti biasa menyambut tetamu dengan riang gembira. Namun, ia merupakan suatu kejutan buat diri saya!
Di usia remaja, saya kira perasaan paling mudah untuk bergelodak. Hati berkata-kata. Fikiran tertanya-tanya.
"Apa mimpi mereka beraya ke rumah kami agaknya?"Saya hidangkan air sirap serta biskut raya yang ada. Pantas menuangkan air berwarna merah itu satu persatu dan menghulurkannya kepada tetamu.
"Mana satu biskut yang awak buat?"Tiba-tiba mak saudara saya bertanya.
"Tiada. Semua mak yang buat. Saya cuma tolong terap dan bakarkan sahaja.."
Saya malu-malu menjawab soalan cepumas yang tidak di sangka-sangka. Tersirap darah panas menyimbah ke muka. Mereka semua tersenyum memandang saya. Tiba-tiba saya terasa cemas dengan senyuman serta pandangan mereka. Terutamanya pandangan mak saudara yang satu itu.
Cepat-cepat saya meminta izin untuk ke dapur. Hati berdebar-debar. Terasa ada sesuatu yang tidak kena.
"Helo, Mak Ngah.. Adib ada tak? Ya? Tidak ada? Dia ke mana? Oooo.. tak apa. Terima kasih, assalamualaikum"
Perbualan telefon dengan Mak Ngah menyatakan bahawa Adib tiada di rumah. Kalau boleh saya ingin sekali Adib [Adibah] sepupu yang paling rapat berada di sisi. Kalau boleh saya ingin meminta pertolongannya untuk menemani saya berbual-bual melayani tetamu kami yang "istemewa" ini.
Di antaranya ada "Abang itu" yang saya jumpa semasa menghadiri kenduri doa selamat kerana beliau melanjutkan pelajaran ke universiti beberapa tahun yang lalu. Dan "adik dia" yang agak rapat walaupun sesekali sahaja kami berjumpa.
"Awak di mana sekarang? Lama kita tidak berjumpa"Saya menyapa "adik dia" yang tenang dan peramah serta ringan tangan menolong saya mengisi biskut raya ke dalam balang kaca di dapur.
"Saya sedang belajar di UK [United Kingdom]. Awak tidak tahu ke?"
"Ooo..ye? Tidak tahu pula. UK tu di mana?"
Saya pura-pura tidak mengetahuinya. Lalu, beliau mula bercerita dan bercerita. Saya asyik mendengar ceritanya. Adakalanya kami ketawa apabila ada cerita gembira dan menunjukkan simpati pada cerita-cerita pengalamannya yang menyayat hati ketika berada di luar negeri. Di akhir ceritanya terjawablah sebuah rahsia poskad "Greetings from London" yang menjadi tanda tanya kepada saya.
Kalau boleh ingin sekali saya bertanya kepadanya :
"Kenapa poskad itu awak tidak catatkan alamatnya? Atau sekurang-kurangnya menulis nama?"
Namun, suara saya tersekat. Ia hanya tersemat di dalam hati. Tersumbat di lubuk perasaan. Kaku. Bisu. Malah, di antara kami tiada seorang pun yang berani bertanyakan soal itu. Kami biarkan ia berlalu begitu.
"Ini pertama kali saya melihat awak berbaju kurung. Bukan di atas pokok jambu bol atau pokok jambu biji.."
Kami ketawa gelihati.
Sesekali mata saya bertentang pandang dengan "abang itu" yang asyik memerhatikan kami berbual mesra bercerita tentang kisah-kisah lama. Entah mengapa, terasa tiba-tiba syaitan [yang pernah berbisik-bisik ke telinga Zulaikah dengan bersungguh-sungguh mengoda Nabi Yusuf ] menghampiri untuk merasuk saya.
Termakan rasukan syaitan, sambil bercerita mata saya melerek membuat sedikit pandangan nakal kepadanya. Sepontan kami menundukkan kepala dan mengalihkan pandangan apabila bertentang mata.
Termakan rasukan syaitan, sambil bercerita mata saya melerek membuat sedikit pandangan nakal kepadanya. Sepontan kami menundukkan kepala dan mengalihkan pandangan apabila bertentang mata.
"Astagfirullah Alazim..nafsu jahat tu!"
Memerhati serta membuat ujikaji terhadap gelagat individu dan perlakuannya adalah subjek kegemaran saya. Jiwa remaja! Penuh dengan adventure!
Hari itu, saya mula mengenali potensi diri!
Salam Pn Roza,
ReplyDeleteSelamat Hari Raya diucapkan kpd pn sekeluarga. Saya baca blog hubby pn cerita pasal kelainan hidangan Hari Raya. Kalau tak keberatan, boleh tak pn kongsi resepi utk semua2 hidangan tu?
TQ puan.
Assalamualaikum Inamohamed,
ReplyDeleteSaya tidaklah pandai memasak tetapi alhamdulillah, masakan saya digemari oelh suami dan anak-anak.
Insyaallah, saya cuba post entry resepi itu.
Jika puan ingin mempelajari tentang masakan dengan lebih terperinci, sila layari ke blog hanieliza's cooking. Kak Liza memang pakar di dalam pelbagai jenis masakan dan telah pun menerbitkan buku resepinya.
Assalamualaikum
ReplyDeletehe..he..he...nakal ha.
Kak wati
Assalamualaikum Puan Roza..
ReplyDeletealahai..kakliza pun teringin gak resepi daging panggang tu..
kerana kakliza tak berkesempatan nak emrasa masakan hari raya tu...
Nanti tuliskan..boleh kakliza mencuba pula..
ehem-ejem...terimaaksih kerana promote buku kakliza..
tapi kakliza rasa Puan Roza pun tak kurang hebat la...
apa akta tuliskan resepi tu semua untuk dibukukan..
kita mencari penulis resepi baru ni...serius tauu..
Assalamualaikum Roza,
ReplyDeleteSaya rasa Roza dah tak ingat saya tapi kita pernah berbual ringkas di surau Taman Guru Kuantan masa Prof Kamil bagi ceramah. Saya pun minat jugak nak tahu resepi tu. Manalah tahu kot-kot datang mood nak masak satu masa nanti. Selamat hari raya. TK.
Assalamualaikum MM,
ReplyDeleteHe..he..nanti tak laku pulak buku resepi "senangnya memasak daging" chef kakliza saya tu..
salam aidilfitri puan,
ReplyDeleten3 puan membuatkan saya tersenyum
salam Puan Roza,
ReplyDeletekalau senang selusuri dzairoy.blogspot.com, ada jemput2 jering.