Bacalah dengan nama tuhanmu yang maha mengetahui..



Wednesday, September 2, 2009

Makan Sahur

Semasa kecil waktu dikejutkan oleh mak untuk bangun makan sahur adalah saat paling tidak digemari. Liat rasanya hati ini. Ia terasa amat mengganggu sistem waktu tidur. Selalunya mak akan menyediakan nasi panas dan lauk yang agak rutin.

Ia berulang-ulang: Telur asin rebus atau ikan masin goreng atau telur dadar dengan sejenis sayur goreng. Ia hampir tidak dapat di telan. Tetapi apabila melihat jelingan mata abah, tangan ini dengan pantas menyumbat sebanyak mungkin makanan agar cepat selesai.

Semasa remaja, menyediakan makan sahur seperti itu telah menjadi tugasan saya pula. Cepat-cepat bangun menyediakan. Cepat-cepat mengejutkan adik-adik, mak dan abah untuk makan dan cepat-cepat boleh kembali menyambung tidur. Di universiti - bersahur - paling meriah kerana juadah makan disediakan.

Kami menunggu sehingga lewat tengah malam untuk mengambil bungkusan makanan di Cafe yang telah ditentukan. Terus bersahur beramai-ramai. Ia seperti kenduri jamuan makan di tengah malam.

Di awal perkahwinan, suami meminta menyediakan makan sahur yang tidak banyak perbezaan dengan apa yang keluarga kami sediakan. Dengan rasa kasih, saya ubah jenis masakan. Bertambah-tambah suami makan. Sambil melemparkan senyuman sayang, beliau menyatakan:
"Yang, awak ni hendak suruh saya naik berat badan?"

Di luar negara, untuk makan sahur saya menyediakan roti bakar dengan scramble egg bersama secangkir kopi panas sahaja. Terus bawa masuk ke dalam bilik. Udara Scotland yang sejuk beku tidak membenarkan saya lama di dapur. Di dalam selimut tebal itulah kami makan bersama.

Semasa anak-anak sedang membesar, permintaan makan sahur adalah pelbagai. Masing-masing ada selera yang tersendiri. Jika selera mereka dipenuhi...Emmm..melihat cara mereka makan kita akan berpuas hati.

Kelmarin dan hari ini ternyata berbeza.

Saya tidak lagi sibuk-sibuk di dapur menyediakan makanan apa tah lagi untuk makan sahur. Anak-anak telah remaja dan dari kejauhan hanya bertanyakan khabar juadah apakah yang disediakan.
"Ayah, Ma dan adik-adik semua berbuka di masjid As-Syakirin.."

Sahur semalam..saya bergegas ke dapur menyediakan makan sahur dan Amirul yang akan menghantarkan bekalan itu kepada ayahnya yang entah sejak pukul berapa Qiamulai di masjid As-Syakirin.

Sahur hari ini..suami seolah-olah berkata :
"Yang, cukup lah sahaja dengan segelas air suam..pergilah bersolat malam.
Mudah-mudah kita bertemu Lailatul Qadar. Malam rahmat seribu bulan"
"Ya Allah, Ya Rahman Ya Rahim Ya Hayyum Ya Qayyum, maka nikmat Allah yang mana satukah hendak saya dustakan?"

8 comments:

  1. betul ya kak... kekadang kita lebih banyak menghabiskan masa untuk santapan di meja makan dan bukan santapan rohani.

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum

    zaman remaja dulu cukup malas bangun sahur.
    Meskipun tahu fadhilatnya.

    Tapi Alhamdulilah, lepas kawin tau lah pulak tanggungjawab tu. Suami & anak2 makan ke tak makan tapi tetap sediakan juga apa2 yang patut.

    Yang penting akak tak mau anak2 jadi macam saya dulu2. Malas bangun sahur.

    (Di Dungun dulu kita bukannya sahur...tapi pesta makan2 tengah malam....lepas tu berjaga
    sampai ke pagi. Siang hari sunyi sepi.Tidur)

    ReplyDelete
  3. roza...
    nice write up! I duk tunggu citer Mobikom ni...he..he. Your kids semua dah besar ye?My boys semua dah secondary school tetiba ada baby lak at the age of 40 ha..ha.
    Hubby tak suruh prepare sahur tapi for me itu je lah jihad yang dpt I sumbangkan...For me apa juga yg kita buat for our husband and ikhlas itu semua ibadah...

    ReplyDelete
  4. Salam puan,

    Saya nie sebaya dgn hubby pn. Tak banyak beza pengalaman kita di zaman kanak2.

    Persiapan sahur & iftar seharusnya ala kadar saja agar puasa kita termasuk di dlm puasa golongan ketiga (khusus lagi khusus). Jika sehari suntuk memikirkan pasal masakan dan sibuk mencari resepi, brplah agaknya nilai puasa yg tinggal.

    Alhamdullillah, anak2 & suami tak pernah merungut pasal makanan. Apa saja dihidangkan, dimakan walaupun hanya telur masak kicap dan sayur.

    Selamat menjalani fasa ke2 dan ke3 di bulan Ramadhan.

    ReplyDelete
  5. salam,

    saya masa kecil2 dulu pon malas nak bangun sahur...tp bak kata puan, bila dengar aje suara papa dah panggil bangun...lintang pukang bangun...hahahah...
    tp sekarang....saya hanya bangun tuk minum air aje...tak lalu nak makan dah...

    ReplyDelete
  6. salam ramadhan kareemm,

    masak pun ibadat.
    dapat pahala qiam sama sepeti prof juga.
    kalau dah prof setuju tak makan . ok lah.

    misi

    ReplyDelete
  7. salam ramadhan
    Seronok baca kisah roza di blog ni. menghiburkan dan tak kurang juga yg menghibakan. Saya juga orang segamat, jadi bila ada cerita tentang tempat2 yg amat sinonim dgn saya dlm blog ni menambahkan lagi seronok membaca. Zaman kanak2 yg tersimpan dlm lipatan kehidupan sedikit sebanyak ada persamaan... Macam Prof juga, Roza sgt berbakat menulis. Tidak jemu membaca apa yg dihidangkan di sini, terima kasih.

    ReplyDelete
  8. Assalammualaikum,Selamat berkenalan cik nor,saya baru mengikuti tulisan2 Nor,menarik macam Proff juga.Muga satu masa kakju dapat jumpa nor,Terimakasih.

    ReplyDelete