Bacalah dengan nama tuhanmu yang maha mengetahui..



Monday, September 14, 2009

Salam Aidil Fitri


Semasa kecil, saya dapat merasakan bahawa hari raya sangat hampir dan akan menjelang tiba apabila kedengaran lagu-lagu nyanyian Selamat Hari Raya alunan suara Ahmad Jais, Allahyarhamah Saloma, Sharifah Aini ataupun Sanisah Huri.
"Horrey...sudah hendak raya. Dah hendak raya ni..."
Semasa di usia remaja, lagu-lagu raya yang berkumandang seperti ini amat merisaukan hati. Kerana terbayang di kepala kami segala macam jenis perkerjaan rumah yang bakal dilakukan - basuh dan kemudian pasangkan langsir tingkap, buang sawang labah-labah, basuh lantai keliling rumah, cuci lantai di dalam rumah dan mengupas bawang.

Kemudian, jerang air gula dengan daun pandan, goreng kerisik, goreng kacang tanah, kupas sabut kelapa dan anyam ketupat. Pendekata, semakin hampir dengan hari raya ..semakin bertambah senarai kerja.

Namun, segalanya pasti akan hilang di pagi hari lembaran!

Di awal perkahwinan [apabila tiba giliran menyambut hari raya di sebelah keluarga suami] segala urusan persiapan menyambut hari raya diterajui oleh mak mertua. Saya merasa sedikit kelongaran kerana mempunyai ramai ipar duai yang menghulurkan tangan.

Semasa di luar negara, kami menyambutnya dengan ala kadar sahaja. Berkongsi kegembiraan dengan ziarah-menziarahi rakan dan taulan. Di Scotland, saya menyediakan juadah yang mudah terdapat di sana - pasta, pastry, kek Dundee, Shortbread, muffin dan brownis.

Di Wales United Kingdom, beberapa kali saya terpaksa bekerja pada hari raya pertama..namun, juadah telah saya sediakan. Anak-anak dan suami menunggu saya pulang dengan sabar. Rakan taulan yang berkeluarga dan juga adik-adik undergrade yang masih bujang hanya akan datang bertandang setelah saya pulang..

Juadahnya? Pelbagai hidangan yang berlainan..

Di luar negara, masakan tradsional amat payah dan mahal sekali. Jadi, ia hanya merupakan juadah istemewa di pagi raya - sedikit rendang ayam, nasi impit, kuah kacang, pulut dan serunding daging. Semuanya terpaksa di beli di kedai Pakistan yang jaraknya adalah dua setengah jam perjalanan ke Manchester.

Biasanya hidangan raya kami di sana lebih banyak berasaskan bahan tempatan yang mudah dan murah didapati. Dari rakan-rakan, saya mempelajari masakan seperti Lagsane berintikan ikan, macaroni cheese, pasta carbonara, brocolli cheese casarol, apple crumble, bolognese, quice, pelbagai cream sup dan paling banyak makanan yang berasaskan kentang.

Pernah di satu hari raya saya hanya menyediakan kek sahaja. Kenapa? Ada cerita disebaliknya.

Setiap hari raya mengenangkan saya kepada kenangan lama. Suasananya pasti tidak sama. Dahulu dan sekarang.. perasaan saya telah jauh berbeza. Ia beredar dan berubah mengikut usia.
Kini, saya meneruskan tradisi menyambutnya kerana mereka.. Gembira melihat anak-anak ceria...zuriat yang diharapkan bakal mendoakan dan sedekah Al-Fatihah ketika saya tiada.

Tetapi yang pastinya..adakah tahun hadapan saya masih lagi dapat melihat dan mencium dahi mereka? Mengucup tangan dan memohon ampun dari suami tercinta serta mak dan abah?

"Ya Allah, terima kasih dengan segala nikmat yang telah dipinjamkan. Betapa banyaknya kurniaan yang telah di terima.. berapa pula yang telah diberikan? Malunya diri melihat kekurangan diri sendiri berbanding dengan-Mu yang maha pengasih lagi maha penyayang.

"Wahai tuhan, terimalah taubatku jika selama ini diri lalai dengan perintah-Mu, tidak menghargai dengan pemberian-Mu, dan tidak mengucapkan terima kasih kepada-Mu..

"Sesungguhnya ya Allah, akan ku sambut Aidil Fitri pada tahun ini dengan kesyukuran dan membasahkan lidah serta hatiku dengan bertasbih mengingati-Mu.."

SALAM AIDIL FITRI kepada semua blogger dari saya dan keluarga. Mohon maaf jika tersalah kata-kata dek ceteknya penghantaran bahasa.


15 comments:

  1. Selamat Hari Raya Aidilfitri Puan, dari kami alumni C3.

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum..
    kakliza ucapakan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI..
    semoga gembira dihari raya ini...
    kakliza mohon ampun maaf sekiranya ada kata-kata kakliza yang kurang menyenangkan hari Puan Roza..
    Maaf Zahir Batin...

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum Kak Roza,

    Mimi ucapkan selamat menyambut Aidil Fitri.
    Mohon maaf zahir batin andai sepanjang saya mengenali akak saya terkasar bahasa dan buat kesilapan yang saya tidak sedari.

    Semoga ketakwaan dan keimanan yang kita bina ini mendapat berkat dari Ilahi dan dipermudahkan untuk meneruskan ibadah ini.

    Maaf Zahir dan Batin. =D

    Mimi (FSG)

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum,

    Sebak membaca entry Roza.
    Betapa hinanya diri ini di sisi Allah.

    Selamat Hari Raya untuk Roza dan keluarga.
    Maaf zahir dan batin.
    Samapai salam pada Nita (kalau terjumpa dia)

    Kak Wati

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum Wrm. Wbrkth & Salam Aidilfitri
    Kak Roza,

    Emm.. pandai Kak Roza, sebab Ina hantar kad raya kat Abg Prof, jadi buatlah kek banyak-banyak. Tentu Kak Roza ikhlas membuatnya, tapi Abg Prof kantoi... hehe

    ReplyDelete
  6. Kak Roza,
    Selamat Hari Raya dari saya dan keluarga untuk Kak Roza sekeluarga :D Hmmm rindunya saya kat Segamat...especially Kg jawa...banyak kenangan di sana...

    ReplyDelete
  7. Salam...

    Diucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri buat Kak Roza, Prof, anak-anak dan keluarga. Maaf zahir dan batin. Jemputlah beraya ke utara.

    ReplyDelete
  8. SALAM PUAN ROZA..
    haha nak tergelak psal kek tu.
    selamat hari raya aidilfitri utk puan dan family

    ReplyDelete
  9. Salam Roza...walaupun mungkin kita tak dpt nak berjumpa setelah sekian lama, di kesempatan ini I ucapkan Selamat Hariraya aidil fitri buat Roza sekeluarga....mohon maaf zahir & batin andai kata terdapat salah & silap sepanjang persahabatan kita....

    SELAMAT HARI RAYA

    ~mas abrizah~

    ReplyDelete
  10. Salam puan,

    SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN

    puan...selepas nie saya pula tak boleh makan kek di hari raya terutamanya...saya pasti akan ingat Puan & Prof...hahahah...(apa laa perasaan prof gaknya bila makan kek di hari raya sekarang nie kan...hahaha..yg pasti bukan ingat ina dah)

    ReplyDelete
  11. Salam puan,
    raya tahun ni kat Jementah atau Dungun.

    ReplyDelete
  12. Salam Puan..

    terjawab la cerita semalampasal kek tu..saya tertunggu2 jugak sambungannya..hehe..pandai la akak counter back smua tu..

    ReplyDelete
  13. Assalamualaikum

    InsyaAllah, satu dan dua hari raya saya berada di dalam kampus UiTM Segamat,Johor.

    Semua blogger dan rakan taulan yang lalu di jalan Segamat- Muar, jemputlah datang ke Villa Firdaus.

    Saya sekeluarga berbesar hati menerima kedatangan tuan-puan/saudara-saudari semua.

    ReplyDelete
  14. selamat hari raya puan.. maafkan segala salah silap saya puan...

    ReplyDelete
  15. Seronok baca kisah roza. Raya saya tahun ni sedih ... 1st time raya tanpa abah. Kena pulak giliran beraya kat kg husband. Nak minta tukar tak sampai hati ... semuga rohnya dicucuri rahmat. saya sayang abah....

    ReplyDelete