"Tiada pangkat, tiada darjat, berilmu cetek, amalan yang kurang..inikah dia orangnya yang mahu memaparkan kisah kehidupan kepada orang ramai diluar sana?"Namun, saya percaya..ramai lagi rakan-rakan yang seangkatan dengan saya. Orang biasa-biasa. Yang setiap hari berusaha untuk mengubah kehidupan kepada yang lebih baik, meningkatkan prestasi diri, bermaruah dan bercita-cita.
Mahukan hari ini lebih baik dari semalam. Menjadikan semalam sebagai ilmu pelajaran atas didikan kasih sayang Allah.
Keadaan lampau telah banyak mengajar, membentuk diri agar menjadi apa yang kita miliki pada hari ini. Jika dahulu kita tidak memulakan setapak langkah, lalu, kita tidak akan ke mana-mana.
Jika dahulu kita selesa dengan keadaan kita ketika itu, kini, barangkali kita masih ditakuk lama. Bangkitlah kawan-kawan! Orang lain telah lama berlari. Mari kita bangun dan belajar berdiri!
Saya mengambil masa yang agak lama untuk mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang memberikan semangat untuk saya terus menulis. Terima kasih yang tidak terhingga kepada Nisah Haron, Ain Maisara, Zaid Akhtar serta rakan bloger yang telah membaca manuskrip TCA: HYB
Ulasan mereka ada tercatat dibuku.
Cover muka hadapan : Travelog Cinta Abadi-Hari yang berlalu
Salam Kak Roza,
ReplyDeleteTahniah...
tak sabar memilikinya....
Salam Puan Roza...
ReplyDeletekakliza pun teringin nak memndapatkan buku ini dari Puan...
Tahniah...semoga bakat tersinar cemerlang.
Salam Kak Roza,
ReplyDeleteTahniah Kak Roza. Tak sabar nak baca buku tersebut.
Semoga Kak Roza lebih diberkati Allah dalam menjalankan kerja dakwah melalui penulisan .
salam Roza sekeluarga
ReplyDeleteTeringin sangat nak baca buku tu...cover tu cantik sangat sesuai dgn kewanitaan.
Rindu nak baca tulisan Proff...
Tahniah dari Long dan Abang Man. Teruskan menulis. Kemana tumpah kuah, kalau tak ke nasi.
ReplyDeleteAlhamdullilah, impian abah dan emak tersayang telah cuba dilaksanakan.
Salam.
ReplyDeleteBukan "orang biasa-biasa" dapat menulis buku...
Tahniah Kak Roza! Teruskan menulis, Kak Roza berbakat besar, teruskan usahamu!
Salam puan,
ReplyDeleteAlhamdulillah & tahniah buat puan...Akhirnya tercapai juga niat & cita2 puan untuk menulis...
ternanti2 TCA
Salam Puan Roza,
ReplyDeleteTahniah! Akhirnya tercapai cita-cita Puan Roza. Ini adalah permulaannya ..kami nantikan buku yang seterusnya. (Nampaknya Prof kene bersaing dengan Puan Roza. kedua-duanya punya peminat tersendiri). Jangan lupa masukkan nama kak dalam senarai nama pembeli buku ya! Tak sabar nak membacanya.....
Salam~
ReplyDeleteTak sabar nak memiliki buku travelog cinta abadi hari yang berlalu ni. Bila agaknya ada di pasaran. Kalau Puan roza bagi talk di shah alam harap boleh bawa sekali buku tersebut.
Assalamu'alaikum,
ReplyDeleteSaya tidak sabar menanti buku tersebut. Telah lama saya membayangkan tulisan Puan Roza menjadi teman bagi TH:MSI semasa dihadiahkan kepada pasangan pengantin baru. Alhamdulillah, ia akan terlaksana.
Assalamualaikum
ReplyDeleteTahniah Roza....
Akak pun nak order dua.....nak hadiahkan org satu.
Bila agaknya buku tu berada di pasaran.
kak wati
Assalamualikum wbt. Saya telah pun membaca buku puan. Saya terlebih dahulu mengenali buku suami puan, Prof. Muhd. Kamil. Suami saya yang tidak berminat membaca buku, Terbuka hatinya untuk membaca buku ini. Begitulah kuatnya tarikan buku puan kerana ia banyak mengingatkan masa kecil kami juga walaupun nasib kami lebih baik daripada puan. Kami lahir tahun 60an. Saya tertunggu cerita bila puan bertemu Prof. Mesti nostalgik :-)
ReplyDeleteikutilah crita2 mnrik di http://fariduddinalislam.blogspot.com
ReplyDelete