Bacalah dengan nama tuhanmu yang maha mengetahui..



Sunday, August 30, 2009

Musim jemur tepung

Semasa saya kecil-kecil dahulu, apabila melihat mak mula menjemur tepungdan gula.. sepantas kilat hati terlintas lantas bertanya kepada mak :
"Mak, sudah hendak raya ke?"

"Tidak.Lambat lagi"

"Bila mak hendak menggunakan tepung dan gula ni?"

"Dua minggu lagi.."

Lalu, kami adik beradik tersenyum-senyum. Tandanya hari raya semakin mengampiri. Apabila remaja, mak pula akan mengarahkan kami.
"Cepat jemur tepung dan gula untuk buat kuih raya. Ada dua minggu lagi"
Lalu, kami menjemur berdulang-dulang tepung dan gula dengan berat hati. Maknanya, seminggu dari sekarang mak akan mengadun doh pelbagai jenis biskut dengan pelbagai nama. Pelik-pelik bunyinya : batang buruk, samprit, pawajis, tat kurma, tat teratai, makmur, beroda, kacang mazola, buah rotan...Kamilah yang bakal menyudahkannya.

Proses menggelek, mencetak, menggentel, membakar..itulah yang merapatkan kami. Banyak petua-petua yang diturunkannya.

Kini, keadaan berlainan sekali. Saya lebih suka membancuh adunan kek atau muffin, lalu, memasukkannya ke dalam ketuhar. Prosesnya pantas.














Dari kejauhan anak-anak menelefon dan meninggalkan pesanan:
"Ma, nanti beli Almond London jenis macam tahun lepas ya. Coklatnya terasa..."
Saya semakin kehilangan haruman aroma biskut sempena raya. Dulang-dulang untuk menjemur tepung pun saya tidak pernah ada..

5 comments:

  1. Assalamu'alaikum wbt.

    Sekarang ini mudah kerana kuih moden boleh ditempah. Tetapi mak saya tetap akan "menimbuk" telur dan gula untuk dibuat bahulu serta berpanas untuk membuat kuih sepit. Kami cuma membawa berbalang-balang kuih raya yang ditempah sebagai tambahan :D

    ReplyDelete
  2. Roza,
    saya ingatkan saya kat perak saje yang kena jemur tepung untuk buat kuih raye. rupa-rupanya kat tempat lain pun jemur jugak ye.
    memang best masa dulu-dulu. sekarng ni kita tak segagah ibu-ibu zaman dulu.

    roslina

    ReplyDelete
  3. teringat zaman remaja mengentel kueh siput.skrg x de dah..main tunjuk2 jer..

    ReplyDelete
  4. salam puan,

    emmm rindu laaa pula nak buat kuih raya...tp 2 hari lepas baru habaq kat ibu..."ibu thn nie kita tak yah buat biskut bebanyak laa...satu jenis jee cukup...tart nenas....pastu kita lebihkan kerepek2 & maruku"...huhuhu...sbbnya bila org mai umah, kita sebuk nak masak tu ini..paling tidak mee/ meehoon goreng....akhirnya kuih2 tu tak bermakan...

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete