Bacalah dengan nama tuhanmu yang maha mengetahui..



Thursday, September 3, 2009

Musim mengoreng

Semasa kecil, jarang sekali saya melihat mak membeli kuih raya. Semuanya hasil buatan tangan yang kadang-kadang mak tidak menang tangan.

Musim mengoreng.

Apa yang ada di dapur, semuanya dijadikan bahan untuk dijadikan hidangan tetamu semasa raya nanti : Pisang muda, ubi kayu, keledek dan keladi.

Malah jika ada tepung gandum ia akan dicampur gaul dengan udang kering atau ikan bilis bersama kisaran bawang besar berserta rempah akan terhasillah sejenis juadah.

Apa lagi?

Rempeyek, tumpi dan kuih karas. Keropok bayam, kuih siput dan buah rotan.

Selalunya kami akan mengeluh dan mendengus di dalam hati,


"Berapa banyak lagi mak hendak buat kuih raya ni?"



"Eh, awak semua juga yang hendak makan dan menjamu kawan-kawan nanti.."



Mak dapat membaca hati kami. Mak buat agak banyak dan akan agih-agihkan kepada Mak Wa serta saudara mara yang miskin dan tidak berupaya.


Semasa remaja kerja goreng-mengoreng itu menjadi tugasan saya. Lama- kelamaan apabila ia telah menjadi kebiasaan, kerja mengoreng seperti itu tidaklah membebankan.

Apabila usia meningkat dan berbagai kemudahan disediakan, saya mula mengambil mudah. Kerepek yang entah bila digoreng seperti itupun.. untuk menikmatinya saya pakai tunjuk-tunjuk di kedai..

"Ya Allah..bilalah agaknya anak-anak saya akan pandai? Musim mengoreng telah pergi.."

5 comments:

  1. salam puan,

    pagi td saya terdetik...lama dah tak dengar cerita mak wa....hahaha...tetiba harini tterkeluar juga nama mak wa walaupon tiada kisah & kata2 drpd mak wa...

    kuih buah rotan tu mengingatkan saya pada adik saya yg last...masa usia dia 5 ke 6 tahun, dia panggil kuih biji getah...hhahaha

    ReplyDelete
  2. bila hari raya menjelang saya suka nak makan rempeyek. kerepek2 biasa tu mmg mudah nak dapat. tapi nak dapatkan rempeyek yang betul2 sedap susah sekali.

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum Hanis & chilun,

    Dulu-dulu saya mengata kerepek tu kuih orang tua..

    Kini, kalau dihidangkan kerepek terutamanya yang baru di goreng..itulah saya jamah dahulu.

    he..he..selera dah berubah.

    ReplyDelete
  4. salam..kak roza..
    mmg masa cepat sggh berlalu...& mmg seperti yg di coretkan...anak2 kita semakin x pandai dgn hasil2 keje kg yg pernah kita lalui dulu...w/pun di besarkan di KL..tp sy masih sempat menikmati masa2 yg indah bila hendak menyambut raya...kita itu semua hanya " kenangan "....

    ReplyDelete
  5. Setiap hari raya, Mak dan kami akan pastikan tidak kurang 7 jenis kuih mesti disiapkan. Mak menyerahkan kerja membuat kuih muih moden kepada kami adik beradik kerana bakal menghasilkan kuih yang comel dan kemas buatannya manakala mak "mengoreng kuih lama". "Tangan mak dah kasar" kata mak. Kak Ngah, Ratna, Long dan An memang pakar buat kuih tanpa lihat resepi..tapi saya sampai sekarang cuma buat kuih tunjuk aja..

    ReplyDelete