Bacalah dengan nama tuhanmu yang maha mengetahui..



Tuesday, March 3, 2009

Bunga Tanjung









Saya berpindah ke Sekolah Kebangsaan Paya Jakas, Jementah, Segamat semasa di dalam darjah lima. Alahai! Ia sebuah sekolah kecil di dalam kampung. Terletak di tepi jalan besar laluan Segamat - Muar.

Jika hendak di buat perbandingan, ia perbezaan yang amat ketara dengan Sekolah Rendah Inggeris Labis. Sekolah itu mempunyai kolam renang, zoo, Taman Sains & Ekologi dan mempunyai Gymnisium yang menempatkan pelbagai alatan sukan. Ramai anak-anak staf dan pengurus ladang yang bercakap "Orang putih" bersekolah di situ.

Sekolah baru, ia sebuah sekolah papan satu setengah tingkat. Menempatkan murid darjah satu hingga darjah empat. Sekolah itu tidak bertingkap dan tiada pernah berkunci. Alahai! Mengapa pula ia perlu di kunci, kerana tiada apa yang ingin di ambil oleh sesiapa. Yang ada cuma meja dan bangku panjang yang boleh diduduki untuk dua orang murid. Sebuah almari kayu dan papan hitam. Lagi pun, ia datangnya dari sumbangan orang kampung.

Kelas-kelas tersebut hanya dipisahkan oleh almari kayu dan papan hitam yang boleh berpusing-pusing. Suasana kelasnya agak hingar bingar - kerana murid-murid akan sedaya upaya membaca dengan kuat untuk mengalahkan kelas yang lain. Malah, sesekala apabila ada ayam kampung tersesat melintas ke dalam kelas, murid dari kelas yang bertentangan akan berebut-rebut menghalaunya keluar!

Kelas tersebut pada sebelah paginya digunakan untuk sekolah kebangsaan. Sebelah petangnya digunakan untuk sekolah agama. Sebelah malamnya untuk kegiatan Belia. Di hari minggu dijadikan tempat untuk kuliah Agama.

Berhampiran sekolah itu terdapat sebatang pokok Bunga Tanjung. Apabila angin bertiup sepoi bahasa, haruman nya menusuk perasaan. Ia membawa bersama kuntum bunga-bunga tanjung dan biji-bijian - bertebaran masuk ke dalam sekolah papan kami. Namun, itulah saat paling mengembirakan hati!

Di bawah pokok Bunga Tanjung itulah seluruh penduduk kampung Paya Jakas berkumpul mengikut giliran. Sebelah pagi untuk murid sekolah sewaktu rehat, sebelah petang untuk orang tua yang pulang dari masjid dan sebelah malam untuk orang-orang bujang berkumpul sambil bermain gitar.

Apabila terhidu haruman bunga tanjung yang menusuk perasaan, di dalam diam hati berbisik :
"Ya Allah, rahmatilah tempat ini. Bawalah aku keluar jauh dari sini. Namun, suatu hari nanti kembalikan daku semula ke sini untuk ku memberi khidmat bakti kepada sekolah daif ku ini..wahai tuhan, perkenankan lah."

12 comments:

  1. Bunga tanjung putih berseri, kembang jelita harum baunya, gagah sungguh pohonmu berdiri, tegap rimbun gagah perkasa ...

    Bunga kegemaran .. simple yet full of elegance in its own way ...

    Saya selalu berharap di keliling rumah saya akan dipagari pepohon bunga tanjung ini ... wangi je ...

    Jgn datang langsuir sudah!

    ReplyDelete
  2. salam..
    bunga tanjung ni mmg wangi..
    kalau malam lagi wangi..tu pasal budak2 takut..mana tahu kan kot2 ada mahkluk lain datang berkeunjung..
    hehehehhehe...
    betui ker..?

    kakliza pernah kutip bunga tanjung dan buat gelang..rantai...kira main ala-ala puteri diraja..
    kenangan zaman kanak-kanak...cukup indah...
    rasa nak putar balik jam...

    ReplyDelete
  3. Topik bunga tanjung mengingatkan saya kepada sepohon pokok bunga tanjung yang besar di tepi jalan di Kg Paya Jakas. Mungkin Roza dan keluarga masih ingat. Ianya tempat orang ramai bersantai di waktu lapang dan ada yang bersantai sehingga dinihari (terutama orang bujang).

    Sekarang hanya tinggal kenangan. Ianya telah ditebang untuk pembangunan sekolah.

    ReplyDelete
  4. Nice and cooling blog...wangi blog ni dengan haruman bunga tanjung,,sewangi kenangan cerita zaman kanak2 akak dimuar...

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum ,

    La..cerita yang nak saya sampaikan belum lagi bermula dah ada yang komen..ish.ish kira Ok tu.

    Saya nak cerita topik yang disebutkan oleh Haffez. Nak mengimbau kenangan lama.

    ReplyDelete
  6. Pn. Roza ...

    Itu maksdunya, sekilas perkataanmu, sudah kutahu isi hatimu .... hahahaha ...

    Cepat lah cerita!

    ReplyDelete
  7. bunga2 harum nih selalu nyer dikaitkan dengan cerita2 hantu... kenapa yer?

    ReplyDelete
  8. Salam kak roza..

    bunga tanjung faveret Salmi
    dihias sanggul tampak jelita
    kenangan lalu tetap bersemi
    walau merantau jauh merata

    ReplyDelete
  9. Salam Roza...

    Kuatnya ingatan awak...pada bau bunga juga boleh mengimbau yang silam..yg molek pulak tu... bau bunga tanjung dulu org kata bau tempat yang berhantu... teruk kan?

    oh ye, saya ada award utk awak..sbb saya rasaa awak memang layak dapat award ni... ambil tau, sila ke blog saya untuk mengambilnya.

    thanx and take care. wassalam.

    ReplyDelete
  10. Salam Puan Roza,
    suka saya baca bisikan Puan dengan Allah.

    Bunga tanjung, teringat aruah mak ,(Alfatihah) selalu letak bunga tanjung dalam bedak sejuk, wangi....

    ReplyDelete
  11. Assalamualaikum,

    Hari ini, saya mulai sedar..segala bisikan hati yang tersentuh dijawabNya satu persatu..Ia tidak tercepat juga tidak terlambat, malah ia datang tepat pada masanya.

    Maka, nikmat Allah yang manakah hendak didustakan?

    Gaden Galoh, saya cuba..

    ReplyDelete
  12. Haffez, bunga tanjung tu lah yang Kak Ngah saya cerita..Eh eh rasanya kenal kut...
    atau mungkin orang lain..hmm

    ReplyDelete