Sebelum berangkat ke tanah suci, ramai rakan-rakan dan sanak saudara bercerita tentang pengalaman sepanjang mereka berada di sana. Rata-rata menceritakan isu yang sama - tandas!
"Pertama, tandas di masjdil haram dan masjid nabawi letaknya di tingkat bawah. Ada tangga bergerak. Kalau kita bawa orang tua, perlu berhati-hati. Ramai yang tergelincir dan tersekat kerana tidak biasa dengan tangga seperti itu terutamanya orang-orang kampung pendalaman. "
Ada logiknya kata-kata mereka.
"Perkara kedua, tandas semasa di Mina. Jemaah haji beribu-ribu orang ramainya berkhemah di situ, berbanding dengan tandas yang disediakan."
Benar. Kami mengambilkira perkara itu kerana mahu setiap ibadat yang dilakukan dalam keadaan berwuduk atau ada air sembahyang. Berbagai persoalan masih bermain-main dalam kepala. Akhirnya, selepas mendengar berbagai pendapat kami berdoa dan menyerahkan diri kepada Allah.
Selepas mengambil air sembahyang atau wuduk, tanpa berlengah kami bersembahyang sunat dua rakaat. Sembahyang sunat wuduk. Di dalam sujud terakhir, kami lintaskan dalam hati;
"Ya Allah, kami datang ke rumah-Mu semata-mata kerana-Mu. Kami ingin melakukan ibadat dengan penuh khusyuk lagi tawaduk. Wahai tuhan, jangan sampai kami kerap ke tandas lantas menganggu urusan ibadat. Peliharalah ibadat kami. Peliharalah wuduk kami. Jangan sampai urusan tandas itu menyusahkan kami.
"Wahai Tuhan, berikanlah kami ilham."
Subhanallah! Sepanjang kami di tanah suci, Allah menunaikan doa kami. Tidak terasa pula hendak membuang hajat atau melepaskan angin dari badan. Alhamdulillah, jika kami mengambil wuduk pada pukul 2 pagi, ia mampu bertahan sehingga selesai sembahyang subuh atau sehingga pukul 7 pagi.
Biasanya wuduk yang diambil waktu dhuha, dengan izin Allah, mampu bertahan sehingga sembahyang zohor. Kemudian kami pulang sebentar ke hotel, bagi merehatkan diri, membuang hajat dan memperbaharui wuduk. Wuduk waktu sembahyang asar juga mampu bertahan sehingga ke waktu Isyak. Mahasuci Allah!
Di Mina, Allah mengilhamkan kami agar membaca pergerakan dan gelagat manusia. Dari pengamatan kami, kebiasaannya jemaah berpusu-pusu dan beratur panjang ke tandas di waktu puncak : ketika hampir waktu sembahyang, selepas makan dan waktu pagi.
Kami memilih waktu yang songsang!
Alhamdulillah, terbangun dari tidur kami terus mandi dan mengambil air sembahyang seawal pukul 2 pagi [ bersamaan hampir pukul 7 pagi waktu Malaysia]. Ramai yang masih tidur ketika itu dan kami boleh memilih mana-mana tandas yang ada.
Kami masuk ke tandas dan memperbaharui air sembahyang sekali lagi ketika orang sedang menikmati hidangan makanan. Ketika itu, bilangan jemaah ke tandas tidak sesak atau hampir tiada. Pilihlah mana-mana tandas yang kita suka.
Tandas dan wuduk. Ia masih lagi menjadi topik hangat para jemaah yang mahu dikongsi cerita.
Gambar ihsan :
http://hassan1663.blogspot.com/2009/12/perjalanan-haji-hari-melontar-jamrah.html
Assalamualaikum
ReplyDeleteMasa hendak pergi menunaikan fardu haji tahun lalu, emak akak pun mendengar macam2 cerita tentang tandas. Tapi lepas balik dar tanah suci, Alhamdulilah masaalah biasa saja katanya.
Dia pun seperti kata Roza, banyakkan berdoa dan ke tandas pada waktu2 org lain sedang tidur.
Kak wati
Salam sejahtera kak wati,
ReplyDeleteYa. Mohon doa agar Allah sentiasa memudahkan segala urusan dan disudahi dengan segala kebaikan.