Tidak pernah saya melihat sesuatu bangsa yang memartabatkan suatu jenis minuman sehingga ke taraf bangsawan. Jika ada.. mereka adalah bangsa Inggeris dan bangsa Cina. Mereka berjaya melebelkan setiap jenis teh itu sehingga ada gred-grednya. Malahan orang lain juga percaya dengan gred-gred seperti itu. Bagaimana itu boleh terjadi? Itu dapat dilihat dari pakej luarannya.. terasa bagaikan ia sungguh berkualiti.
Subhanallah! Bukankah perasaan seperti itu tanda-tanda kebesaran Allah?
Bagi mereka yang barangkali tiada mempunyai "deria rasa istemewa," minuman teh itu adalah sama sahaja. Hanya berbeza dari segi rasanya jika ditambah perasa atau bahan-bahannya.
Saya melihat bagaimana kedua bangsa tersebut begitu berbangga dengan teh mereka.
"Drop by to my house and we have a nice cup of tea"
Ucapan itu berulang-ulang kali dinyatakan setiap kali bertemu rakan-rakan samada di pasaraya, di sekolah anak mahupun di tepi jalan. Saya terliur dengan ungkapan "a nice cup of tea". Bagaimanalah rupa dan rasa "English tea" itu agaknya ?
Suatu petang, seorang ibu rakan sekelas Sara datang menemui saya di pekarangan sekolah. Kami sama-sama sedang menunggu waktu pulang anak-anak dari sekolah. Dengan senyum menawan dan ramah mesra, ibu itu menyapa:
"Hai, saya ibu Lydia. Awak ibu Sara Fateha?"
"Ya.."
"Gembira sekali bertemu awak. Saya mahu meminta izin bagi pihak anak saya untuk menjemput Sara ke rumah kami selepas waktu sekolah.."
"Hari ini?"
"Oh tidak...esok petang. Lydia mahu menunjukkan sesuatu kepada Sara di rumah kami. Hasil seni. Lydia dan Sara mempunyai minat yang sama..Bolehkan puan?"
"Sebentar nanti ayah Sara sampai, barangkali awak boleh bertanya kepadanya.."
"Oh, baiklah. Bila masa yang sesuai nanti kita sama-sama boleh minum "a nice cup of tea".
Begitulah. Pertemuan singkat itu membawa kepada persahabatan yang berpanjangan. Bermula dari anak sehingga melarat kepada ibubapa. Kami juga berkenalan dengan seorang pegawai perhubungan antarabangsa British Council di Malaysia, akhirnya menjadi rakan baik semasa di negara mereka.
Bukan itu sahaja, kami juga mempunyai hubungan baik dengan keluarga penyelia Phd suami. Apabila dipelawa datang ke apartmen kami bagi minum petang, sebagai balasan mereka menjemput kami menikmati "a nice cup of tea" di rumah mereka.
Apabila minum teh di rumah ibu Lydia, dia menunjukkan beberapa jenis uncang teh di dalam bekas. Di masukkan ke dalam cawan berpiring, dicurah air panas. Tanpa gula, sesudu gula, sedikit krim atau tidak mengikut citarasa kita. Kemudian saya melihat ibu Lydia menikmati aroma teh Inggerisnya.
Bersama isteri pegawai British Council, kami menikmati "afternoon tea or low tea" di restoran. Ditempahnya seteko kecil teh bersama sepiring kudapan - crustless sandwiches, crumpets atau scones. Dihirupnya teh kosong tanpa gula dan susu itu perlahan-lahan. Penuh nikmat.
Di kebanyakan hotel pula, sekitar 3-6 petang menyediakan "Hi-tea atau meat tea". Ia bagi memenuhi keperluan mereka yang baru pulang bekerja. Hidangannya beranika jenis dan rupa. "Hi-tea" termasuk cold cuts, shepherd’s pie, baked beans on toast, steak and kidney pie, cakes, custards, sweets dan pickles.
Di rumah penyelia Phd Suami [professor], cara mereka menikmati teh berbeza sekali. Dibawanya saya ke dapur bagi memilih sendiri jenis teh yang mahu dinikmati - berjenis-jenis teh pelbagai jenama- seperti PG Tips, Harrisons & Crosfield, Taylors of Harrogate, Stash, Twinings, Typhoo, Barry's and banyak lagi! Mereka menikmati minuman teh dengan penuh bergaya.
Beliau juga menunjukan pelbagai jenis teh seperti white tea, organic tea, breakfast tea, earl greay tea, darjeeling tea, decaffeinated tea, green tea, fruit flavor tea, mint tea, assam tea, spiced & Christmas tea, vanilla tea dan entah apa lagi!
Teh oh teh. Saya bukanlah berkira sangat dengan rasanya..tetapi mengkagumi cara manusia menikmatinya.

Salam Sejahtera Pn Roza,
ReplyDeleteSeorang penyanyi tersohor negara tidak berjaya dengan bisnes tehnya.Dimanakah silapnya?
hzm
salam,
ReplyDeletepuan roza, apa agaknya maksud "deria rasa istimewa" tu? saya terkenang saat-saat zaman lepas yang "deria rasa" sentiasa saja enak & menikmati walaupun nasi goreng biasa air tangan mak.... sekarang, adakalanya makanan mahal pun, hilang "deria rasa" tu... masya-Allah...
Salam sejahtera,
ReplyDelete"Deria rasa istemewa" itu milik Allah.
Bayangkan..seteko air teh yang sama diberi minum kepada beberapa hamba Allah yang berlainan, akan mendapat reaksi yang berbeza.Bukankah itu tanda-tanda kekuasaan-Nya?
Assalamualaikum, Untie..
ReplyDeleteOrang melayu kita pun tak kurang kreatifnya. Dari kecil saya sudah dikenalkan dengan enaknya hidangan teh 'berperisa' di rumah adik-beradik sebelah ayah. Rumah Pak Ngah, isterinya menghidangkan teh rasa barlie (titiskan kordial perisa barli ketika membancuh). Kemudian di rumah kakak-kakak ayah semuanya menghidangkan teh yang berperisa pandan (selepas masukkan teh dan gula, masukkan pula daun pandan dan curahkan air panas yang menggelegak)
Sesekali dapat juga merasa teh pelbagai gaya mewah seperti cerita Untie ketika menginap di mana-mana hotel (tumpang rezeki mama/ayah).
Alhamdulillah..
Salam Rindu,
-Najwa-
Salam sejahtera Najwa,
ReplyDeleteBetul..baru setahun dua ni untie Roza ketagih "Teh Jahe"
salam perkenalan Puan..saya baru selesai membaca karya terbaru Puan-travelog Impian Abadi-Itu Yang Tertulis..
ReplyDeleteseronok membaca hinnga saya terasa bagaikan berada dlm cerita tersebut...
Salam sejahtera,
ReplyDeleteTerima kasih Kamsiah dan pembaca buku Travelog cinta abadi: masa yang berlalu dan Travelog impian abadi: itu yang tertulis.
Saya sedang mengedit Travelog kehidupan abadi: suatu perjalanan..
salam kembali..
ReplyDeletesaya menunggu buah tangan Puan Roza ttg kehidupan di oversea....
oh ya..izinkan saya 'publish' buku tersebut di blog saya..sebelum ni saya ada buat entry tentang travelog haji oleh suami puan..
Salam Puan Roza,
ReplyDeleteTeh Jahe..teh haliakan puan.Puan dah cuba Cardamom Tea?
Ingredients
5 cardamom pods, slightly crushed
2 teabags
4 tablespoons sugar
Milk
Instructions
1. Put about 7 cups water into a large pan, add the cardamom and bring to the boil.
2. Once boiling, add the teabags and sugar.
3. Add enough milk to turn a milky tea-colour.
4. Bring to the boil again and before it bubbles over, take off the heat.
5. Pour through a strainer into cup
salam..
ReplyDeletejemput datang ke blog saya dan mengulas apa yg patut mengenai buku puan Roza
www.kamsiah-yusoff.blogspot.com
Salam sejahtera,
ReplyDeleteTerima kasih emma..
salam Puan ...
ReplyDeletesuka blog ni...
Website paling ternama dan paling terpercaya di Asia
ReplyDeleteSistem pelayanan 24 Jam Non-Stop bersama dengan CS Berpengalaman respon tercepat
Memiliki 9 Jenis game yang sangat digemari oleh seluruh peminat poker / domino
Link Alternatif :
www.arenakartu.org
100% Memuaskan ^-^

Yuk Merapat Best Betting Online Hanya Di AREATOTO
ReplyDeleteDalam 1 Userid Dapat Bermain Semua Permainan
Yang Ada :
TARUHAN BOLA - LIVE CASINO - SABUNG AYAM - TOGEL ONLINE ( Tanpa Batas Invest )
Sekedar Nonton Bola ,
Jika Tidak Pasang Taruhan , Mana Seru , Pasangkan Taruhan Anda Di areatoto
Minimal Deposit Rp 20.000 Dan Withdraw Rp.50.000
Proses Deposit Dan Withdraw ( EXPRES ) Super Cepat
Anda Akan Di Layani Dengan Customer Service Yang Ramah
Website Online 24Jam/Setiap Hariny