Bacalah dengan nama tuhanmu yang maha mengetahui..



Monday, July 25, 2011

Hijaunya rumput orang..

Setahun yang lalu, kami suami isteri berpeluang ke Qatar. Sebuah negara di padang pasir yang sedang rancak membangun. Bangunannya subhanallah!



Siapa sangka di tengah-tengah padang pasir tandus itu ada bangunan sebegitu cantik. Barangkali setaraf dengan KLCC atau lebih lagi.. Yang lebih terpegun, disepanjang jalan bandarayanya ada pohon-pohon hijau yang rimbun. Bukan sekadar pohon kurma yang lebat berjuntai buahnya..



Subhanallah! Hijaunya rumput di padang orang.. Benar, di setengah-setengah bahagian, terdapat padang rumput segar menghijau. Petang-petang ia menjadi tempat perkelahan keluarga-keluarga arab tempatan berliburan.

Subhanallah! Hijaunya rumput di padang orang..

Ju, isteri rakan tempat kami menumpang tidur di Qatar membawa saya ke kedai kebab. Siapa kata perempuan tidak dibenarkan memandu di negara arab? Barangkali tidak bagi perempuan tempatan kerana bagi mereka, pemandu disediakan.



Kami parking di tempat letak kenderaan, mengelip-gelipkan lampu..sebentar kemudian pekerja kedai kebab datang mengambil tempahan. Kami berehat tenang di dalam kenderaan, tidak perlu keluar ke kaunter. Sebentar kemudian, pekerja itu datang semula membawa kebab yang di tempah. Ju serahkan duit bayaran, menunggu duit baki seketika dan kami menikmati kebab di rumah bersama keluarganya.

Subhanallah! Hijaunya rumput di padang orang..


Saya terbayang keadaan di negara sendiri. Perempuan Malaysia harus pandai berdikari. Jangankan membeli kebab, malahan menghantar dan mengambil anak di sekolah, membeli barangan dapur malah hampir segala urusan disandarkan ke bahu perempuan Malaysia. Selagi kita upaya. Namun..kami redha.

Itu adalah amanah Allah yang dipertanggungjawabkan kepada kami sebagai isteri, ibu kepada anak-anak dan anak kepada ibubapa. Kami nekad lakukan kerana-Nya bukan kerana terpaksa. Mudah-mudahan ia menjadi ibadah ikhlas dan membuatkan kami menyembah serta mendekatkan diri kepada Pencipta. Bukankah itu satu anugerah Allah?


Esok..Masih hijaukah padang orang sebagaimana hijau padang di tanah sendiri?

6 comments:

  1. Salam sejahtera Pn Roza,

    Baru-baru ini dilaporkan:

    NEW YORK — Wanita India mendahului senarai golongan paling tertekan di dunia manakala wanita Malaysia berada pada kedudukan ke-16, menurut satu kaji selidik baru-baru ini mengenai tahap tekanan perasaan yang dihadapi wanita.

    Wanita di India hidup dan bekerja dalam suasana penuh tekanan, menurut kaji selidik terbaru yang disediakan oleh syarikat media dan maklumat Nielsen. Kajian itu menyelidiki corak membeli dan tingkah laku sosial wanita-wanita di seluruh dunia.

    Kaji selidik yang dijalankan di 20 negara membangun dan ekonomi yang baru muncul di dunia, mendedahkan bahawa wanita di seluruh dunia berasa tertekan dengan wanita di negara-negara yang dikatakan baru muncul berdepan dengan tekanan yang hebat berbanding wanita di negara-negara maju.

    Mudah-mudahan wanita muslimah di Malaysia, Allah redha kepada mereka dan mereka redha kepada Allah

    hzm

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum wbt.
    Pn. Roza,
    Mungkin selagi fikiran dan jiwa kita sentiasa memikirkan yang "hijau-hijau", ke mana jua tak kira padang orang, atau padang sendiri, hijau jua lah pandangan mata & pandangan hati kita? Insya-Allah... :-)

    ReplyDelete
  3. salam puan...

    betul tu Puan...

    moga hati kita sentiasa tenang dengan kehijauan alam ini..
    indahnya bumi ciptaan Illahi...
    hilang segala tekanan.....
    damai yang kita ketemui..

    amin...

    ReplyDelete
  4. Assalam Puan Roza,

    Kan Nabi s.a.w pun suka warna hijau. Ianya warna kegemaran saya.

    Sebagai isteri, ibu & anak, kita redha dengan amanah yang dipertanggong jawab kan oleh Nya ke atas kita kaum wanita.

    Kami mohon keredhaan Mu, Ya Allah.

    ReplyDelete
  5. Website paling ternama dan paling terpercaya di Asia
    Sistem pelayanan 24 Jam Non-Stop bersama dengan CS Berpengalaman respon tercepat
    Memiliki 9 Jenis game yang sangat digemari oleh seluruh peminat poker / domino
    Link Alternatif :
    www.arenakartu.org
    100% Memuaskan ^-^

    ReplyDelete
  6. Yuk Merapat Best Betting Online Hanya Di AREATOTO
    Dalam 1 Userid Dapat Bermain Semua Permainan
    Yang Ada :
    TARUHAN BOLA - LIVE CASINO - SABUNG AYAM - TOGEL ONLINE ( Tanpa Batas Invest )
    Sekedar Nonton Bola ,
    Jika Tidak Pasang Taruhan , Mana Seru , Pasangkan Taruhan Anda Di areatoto
    Minimal Deposit Rp 20.000 Dan Withdraw Rp.50.000
    Proses Deposit Dan Withdraw ( EXPRES ) Super Cepat
    Anda Akan Di Layani Dengan Customer Service Yang Ramah
    Website Online 24Jam/Setiap Hariny

    ReplyDelete