Saya mengenalinya sebagai Yan. Orangnya tinggi besar, berambut ikal, bersubang dan bersuara garau. Suka memakai kemeja dan berkain batik lepas. Namun, Yan seorang yang sangat bersopan. Usia Yan barangkali sekitar 50 an.
Setiap kali menghantar sut suami bagi cucian kering atau kemeja untuk digosok, Yan pasti sedang "mengeteh." Maklum, saya datang sekitar 5.30 petang, waktu minum petang.
"Yan..puan Roza datang" sambut Sarah, rakan sekerja Yan yang bersuara manja. Sarah juga suka berkain batik tetapi berbaju kurung kedah. Namun, masih jelas susuk tubuh maskulin mereka. Usia Sarah sekitar 30 an. Segera Yan muncul dari belakang kedai dobinya.
"Alah..Minta maaf, Yan tengah mengeteh puan.."
"Tak apa. Yan pergilah sudahkan minum teh tu..Teh tarik special ke?"
"Alah, teh O bujang..guna uncang sahaja."
Begitulah saya berkenalan dengan hamba Allah yang keliru dengan identiti mereka. Walau demikian, mereka sensitif dan berhati mulia. Suatu hari apabila sampai waktunya bagi mengambil kemeja, dengan riang gembira Yan bercerita;
"Puan Roza..baru ni Yan balik kampung di Melaka. Masa tengah tengok astro Oasis, Yan nampak muka puan Roza dan suami.. Ya Allah, puan dan suami masuk TV rupanya"
Saya senyum malu. Malu kerana menumpang kelibat suami. Sedangkan diri tiada punya apa-apa. Bukan siapa-siapa. Yan dan Sarah masih becok bercerita sambil menghantar baju ke dalam kereta.
Di celah-celah bonet, tiba-tiba saya ternampak terselit buku Travelog haji: mengubah sempadan iman edisi VCD. Lalu, saya hadiahkan kepada mereka. Bertambah becok mulut mereka.
"Terima kasih puan. Terima kasih.."
Di hari yang lain, Sarah menyambut kedatangan saya. Wajahnya muram. Dia mengadu;
"Puan Roza, Yan ada di belakang..sedang sakit"
Tanpa berfikir panjang, saya terus masuk ke dalam kedai dobi. Benar, Yan sedang terlantar di celah-celah timbunan bakul-bakul pakaian pelanggan. Dia terbaring lesu di atas sehelai tikar yang terhampar di atas lantai. Di sebelahnya ada sekoleh teh O sejuk. Saya tersentuh hati melihat keadaannya. Sambil melutut saya memanggil nama Yan.
"Yan..Yan sakit ya? Kenapa tidak ke hospital?"
Yan membuka sedikit matanya. Senyumannya hambar.
"Ya..nanti Yan pergi puan. Yan pergi..tunggu gaji"
Hati nurani saya sebak melihat insan yang seusia itu tidak mampu untuk berkeluarga. Tiada anak-anak yang menjaga ketika sakitnya. Mengharap belas dari rakan-rakan sekerja dan golongan yang senasib dengannya.
"Yan..ambil hadiah ini dari saya. Pergi ke hospital hari ini juga."
Lalu, saya tinggalkan sejumlah wang bagi menampung perbelanjaan hospitalnya. Benar, berminggu-minggu Yan tiada. Dobi gemilang mereka hampir hilang serinya.
Suatu hari Yan muncul kembali. Tubuhnya susut, masih jelas keuzurannya. Tangan kirinya tiada bertenaga. Tidak dapat digerakkan tanpa sokongan tangan kanan. Namun, Yan nampak ceria menyambut kehadiran saya. Sambil mencatat bil bayaran, perlahan Yan menyatakan hasrat hatinya.
"Puan Roza..Yan mahu belajar sembahyang"
Saya terkejut dan tersentuh hati mendengar permintaan itu. Yan tunjukkan buku panduan sembahyang yang telah dibelinya. Buku panduan sembahyang cara perempuan. Saya merasa belas lalu sarankan agar Yan pergi sembahyang berjemaah maghrib dan Isyak di masjid mengikut imam. Dengan susah payah saya berterus terang;
"Yan..aurat Yan bukannya seperti perempuan. Belajarlah sembahyang cara lelaki"
Hati saya serba salah. Puas saya memikirkan dan dalam diam mendoakan agar ada orang yang sesuai bagi mengajar mereka. Apabila suami membeli steam iron baru, saya semakin jarang menghantar bagi mengosok kemeja di kedai dobi itu.
Beberapa bulan kemudian, dua minggu selepas raya saya kembali ke kedai dobi itu. Kembali menghantar sut dan kemeja suami. Saya disambut oleh seseorang yang membahasakan dirinya Suzi. Saya bertanyakan keadaan diri Yan. Dia terkejut besar. Sebentar kemudian Sarah muncul dari belakang.
"Puan Roza..Yan sudah tiada. Arwah pergi seminggu sebelum puasa"
Innalillah..Ampunkan saya ya Allah kerana tidak mampu mengajar hamba-Mu itu cara sujud dan menyembah-Mu. Ampunkan dosa-dosanya yang tersembunyi dan yang nyata. Cucurilah rahmat ke atas roh-nya. Roh sahabat yang dikenali sebagai Yan. Yan yang entah apakah binnya...
Al-Fatihah untuk sahabatku...Yan.

Salam;
ReplyDeletePuan Roza memang pandai menulis, dan membuatkan air mata saya mengalir keluar.
Empati puan terhadap manusia yang terkeliru identitinya itu memang satu hal yang patut..
Kita adalah da'i dan pendakwah; bukan si penghukum kerana itu semua dipulangkan pada Allah swt.
Innalillahi wainna ilaihiraji'un
Salam Pn,
ReplyDeleteAda masanya kita rasa tak mampu untuk menolong orang2 seperti itu walaupun mereka sahabat kita... tapi sekurang2nya kita mampu berdoa. Semoga mereka yg lain diberi petunjukNya..
Salam Sejahtera Pn Roza,
ReplyDeleteSambil membaca entri ini saya meminum secawan teh O dan merenung dan bertanya namun perkataan-perkataan "kalaulah,jika, nasib tak baik" tidak boleh digunakan. Barangkali saya perlu lakukan sesuatu untuk elakkan dari terbiasa gunakan perkataan-perkataan tersebut.....
hzm
sedih membaca entry ini
ReplyDeletesmg Allah mencucuri rahmatNYA pd arwah yan..
hmmm..betul, saya pun ada kawan dan murid yg sedemikian, memang tidak pandai menyusun ayat, tidak tahu ayat apa yg hendak digunakan, tidak tahu cara terbaik utk......pada Allah. Saya tahu mereka tahu yg mereka 'tersesat jalan'. Doa sajalah yg mampu dilakukan.
ReplyDelete..yatie..
sedih
ReplyDeleteteringat MAK pernah dijemput utk mandikan jenazah jiran di Ipoh
MAK terpaksa menolak
walaupun arwah berkawan baik dgn arwah abah n mak
MAK tetap tolak
NO No NO
rupanya2 bukan muhrim
kawan2 si arwah akhirnya akur dan terpaksa jumpa pak imam surau
alhamdulillah
segalanya selesai dan MAK sedekahkan sikit makanan utk tahlil.
al fatihah
sedih sangat rasanya... kesian arwah Yan... moga Allah cucuri rahmat ke atas rohnya. amin.
ReplyDelete- robizah
Website paling ternama dan paling terpercaya di Asia
ReplyDeleteSistem pelayanan 24 Jam Non-Stop bersama dengan CS Berpengalaman respon tercepat
Memiliki 9 Jenis game yang sangat digemari oleh seluruh peminat poker / domino
Link Alternatif :
www.arenakartu.org
100% Memuaskan ^-^

Yuk Merapat Best Betting Online Hanya Di AREATOTO
ReplyDeleteDalam 1 Userid Dapat Bermain Semua Permainan
Yang Ada :
TARUHAN BOLA - LIVE CASINO - SABUNG AYAM - TOGEL ONLINE ( Tanpa Batas Invest )
Sekedar Nonton Bola ,
Jika Tidak Pasang Taruhan , Mana Seru , Pasangkan Taruhan Anda Di areatoto
Minimal Deposit Rp 20.000 Dan Withdraw Rp.50.000
Proses Deposit Dan Withdraw ( EXPRES ) Super Cepat
Anda Akan Di Layani Dengan Customer Service Yang Ramah
Website Online 24Jam/Setiap Hariny