Bacalah dengan nama tuhanmu yang maha mengetahui..



Sunday, January 11, 2009

Ais Krim Malaysia


Semasa di sekolah rendah, abah memberi saya duit saku sebanyak dua puluh sen sehari untuk di bawa ke sekolah. Ada juga hari-harinya yang tiada duit saku. Ia kadang-kadang terlangsung sehingga dua atau tiga hari lamanya. Mungkin abah terlupa. Namun,kami adik-beradik tidak sesekali berani memintanya daripada abah.

Kami cuma mengadu kepada mak. Lalu, mak akan membekalkan kami apa sahaja yang ada di rumah: nasi, apam kukus, kuih pau, karipap malah jemput-jemput sarapan pagi untuk di bawa sebagai bekal ke sekolah. Di sekolah, saya akan menjualnya kepada rakan-rakan yang sudi membeli. Hasil jualan tadi dapatlah saya membeli "Chickedeez" dari kantin sekolah. Selebihnya saya masukkan ke dalam tabung simpanan.

Apabila di rumah kami mempunyai peti ais, cabang perniagaan saya bertambah. Mak akan masukkan air milo, air teh, air sirap, air jagung, air asam Boi atau bubur kacang untuk dijadikan "Ais Krim Malaysia". Saya tidak lagi mengharapkan duit saku pemberian abah.

Setiap hari saya membawa Ais Krim Malaysia kiriman rakan-rakan mengikut citarasa yang telah ditempah oleh mereka. Waktu persekolahan saya bermula pada waktu tengahari, jadi Ais Krim Malaysia saya begitu laris dari hari ke hari.

Suatu hari, seperti biasa ketika saya sedang mengagih-agihkan ais krim kepada rakan-rakan di tempat letak kereta, tiba-tiba,"Ooo.. awak rupanya yang menjual Ais Krim Malaysia! Awak dah langgar peraturan sekolah ni.."

Saya tertangkap. Silap saya kerana tidak perasan salah seorang yang menempah ais krim itu adalah anak taukeh kantin sekolah. Ia rupanya satu perangkap.

Pada hari itu, tiga puluh batang ais krim pelbagai citarasa, cair begitu sahaja. Puas saya memujuk rakan-rakan agar ambil sahaja secara percuma. Namun, semuanya menolak kerana ketakutan. Saya terasa begitu terhina: sebagai seorang penjenayah!

Hari ini, saya melihat suasana tersebut masih wujud. Ibu tunggal kelihatan menjaja kerepek di celah-celah pengunjung gerai kedai makan. Lelaki tua dari Selatan Thailand menjual keropok ikan meniti dari satu kereta ke satu kereta di tempat letak kereta. Kanak-kanak sekolah rendah (seusia anak-anak saya) berkeliaran, walaupun jam sudah hampir 10.00 malam, masih menjual kismis minda atau kalender di stesyen-stesyen minyak.

Saya lihat mereka, saya menyaksikan mereka di dalam diri saya!

14 comments:

  1. salam roza,
    akak juga pernah menjaja semasa sekolah dulu dan masa kerja pun menjual tempat kerja supaya ramai pelanggan.kita sentiasa menjaja dan mempromosi diri kita kepda ALLAH supaya diterima menjadi kekasih NYA. Mahasuci ALLAH.
    misi.

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum Roza

    Tersenyum baca entri Roza terutama part yang
    jadi penjenayah. Sampai begitu sekali rasa bersalah.he..he..

    Anak-anak akak berkongsi dengan sepupunya membuka "kedai" kecil mejual jajan dirumah neneknya. Neneknya tukang buat ais krim Malaysia.

    Cita2 nak kumpul duit, nak pergi umrah...
    macam-macam lagi lah nak beli. Akak jadi bank
    tukang pinjamkan duit modal. Janji bayar sikit2. Boleh tahan juga nampaknya bisnes diorang. Tiap2 minggu ambilkan RM 5 seorang dari hasil jualan dan masukkan ke akaun masing-masing. Sama pulak macam Roza masa kecil.


    Kak wati

    ReplyDelete
  3. Haram bagi sesetengah tapi ia tetap halal!

    ReplyDelete
  4. Assm...

    Kisah ini membawa saya mengimbau masa sekolah saya. Saya juga pernah secara sorok-sorok menjual nasi lemak bungkus dan kacang bersalut (kacang cinta)mengikut tempahan rakan-rakan. Pengalaman hidup banyak mematangkan kita

    ReplyDelete
  5. Nostalgia bila tengok aiskrim malaysia ni.Teringat zaman kanak2 sy menjaja aiskrim ni.

    Roza pun ada pengalaman menjual aiskrim ni ya!

    Mana nak sangka seorang penjual aiskrim kini menjadi pensyarah...hebat roza!

    ReplyDelete
  6. Salam..
    kakiza pun masa umur 12 - 15 thn memang setiap ahri buat eskerim gini untuk jualan nenek di kantin sekolah..
    tak der chance nak elak..walaupun ada kelas atau aktibiti sekolah pada petangnya...
    akhirnya kakliza terror simpul eskrim tu...

    seronok bila kenangkan nostalgia zaman anak2 dulu..
    rupanya pengalaman dulu membawa kengan indah dizaman tua...

    ReplyDelete
  7. salam
    puan roza,

    kenangan sememangnya indah..

    kisah puan meningatkan saya kepada seorang teman yg kematian ayah....semasa darjah 1...dan kawan saya juga menjual keropok..dan macam2 kt dalam kelas...

    we are the supporters group ..pembeli..hehe..
    macam2 penuh beg sekolah masa waktu rehat..

    pernah sekali seorang cikgu cina "Puan tang namanya..

    datang dang mengherat pelajar tersebut kepada penyelia petang..sejak hari tu..dia tidak lagi menjual..

    kami pula pergi beli kt rumah dia..hehe seronok..that time really value for money..10 sen pun dah boleh beli brg..

    teringat lagi cucur udang yg sedap2 panas dicicah sos yg besar hanya 10 sen..

    betapa nikmatnya pada masa itu..

    dah saya juga kadang2 ayah terlupa beri duit sekolah..so terpaksa berlapar hehe..

    tapi ini pengalaman berharga yg saya rasa amat bertuah..

    duit sekolah 20 sen ketika darjah satu..every year increase by 10 sen...form 3 pun 50 sen lagi..hehe it ok..i can buy bread with that..

    syukur

    skrang bila dah kerja bayar berpuluh makan pun dah tak de nikmat sgt..

    dulu nasi lemak 30 sen..mee kari 30 sen..skrang..5 ringgit pun tak sedap..

    nak makan KFC...setahun 2 kali pun susah..
    skrang nak makan2 hari2 pun boleh tapi tak nikmat macam dulu...pernah takde duit kumpul duit sekolah seminggu naik basikal ke kfc..beli colonel burger baru 1.90 ...

    betapa susahnya dulu...

    nak jimat duit...nak beli pen murah sanggup berbasikal 7 km ke pasar raya membeli...pen..

    skrang..nak jalan 200 m pun naik kereta..tapi tak nikmat

    dulu berjalan kaki terasa peritnya balik sekolah..panasnya

    skrang nie terbalik...pergi gym..sauna utk berpeluh..berbayar plak tue..
    haha lawak kan..waktu dulu nak berpeluh tak susah..skrang paksa plak diri berpeluh..

    haha..nikmat semakin kurang...

    ReplyDelete
  8. Salam!! masa sekolah rendah, hidup susah .. saya pergi sekolah berjalan kaki lebih kurang 8km pergi balik sambil jinjing beg sekolah dan beg kueh untuk dijual; karipap, keria, apam etc. Jual curi2 lah .. sebab kalau orang kantin tahu memang kena rampas. Tapi dalam sorok2 tu kena tangkap juga .. dibawa berjumpa gurubesar. mulai dari tarikh tu habis punca rezeki saya dan tak dapat nak menolong mak menambah sumber pendapatan.

    banyak sebenarnya kenangan pahit dan manis zaman sekolah dulu-dulu. memang susah bukan macam anak-anak kita sekarang. tapi semua tu lah yang menjadikan kita seperti sekarang.

    ReplyDelete
  9. alahai.....saya suka aiskrim tapi gigi saya sensitif, terasa ngilu benar bila melihat orang mengigit aiskrim malaysia nih...(sekarang pun terasa!)

    ReplyDelete
  10. Salam Kak Roza,
    Saya juga melalui pengalaman yang serupa tetapi bukan menjual aiskrim sebaliknya menjual nasi lemak. :)

    ReplyDelete
  11. Assalamualaikum,

    Terima kasih kepada semua yang sudi berkunjung ke blog ini.

    Oooo rupanya ramai juga yang seangkatan dengan saya. "Penjenayah" dalam diam...he..he

    ReplyDelete
  12. Terkecur airliur teringatkan aiskrim 'favorite': Aiskrim asamboi!! Bila lagi la nak merasa tu ye... :p~

    Ye, pernah juga menjaja waktu sekolah rendah. Kerepek ubi nenek (sebelah ibu). Jd makcik kayo sekejap! Hehehe. Tp terpaksa berhenti kerana penolong guru besar, pakcik saya (abang ipar ayah)! Alahai...

    ReplyDelete
  13. Saya juga pernah menambah duit saku dengan menjual kad raya di depan koperasi sekolah, ketika itu saya darjah 4 abang saya darjah 6!

    kumpulan kami dikejar cikgu disiplin yang garang! masih terbayang bagaimana saya ketinggalan di belakang kerana lembap... dan terbayang abg saya berenti separuh jalan sambil menunggu saya dengan wajah cemas... walaupun kami sering bergaduh sehingga bergolok berparang sampai lah usia saya mencecah 18 tahun. Pengalaman ketika berusia 10 tahun itu membuktikan kasih seorang abg pada saya yang tak mungkin saya lupakan.

    Semoga Allah merahmatinya dunia dan akhirat

    ReplyDelete
  14. Yuk Merapat Best Betting Online Hanya Di AREATOTO
    Dalam 1 Userid Dapat Bermain Semua Permainan
    Yang Ada :
    TARUHAN BOLA - LIVE CASINO - SABUNG AYAM - TOGEL ONLINE ( Tanpa Batas Invest )
    Sekedar Nonton Bola ,
    Jika Tidak Pasang Taruhan , Mana Seru , Pasangkan Taruhan Anda Di areatoto
    Minimal Deposit Rp 20.000 Dan Withdraw Rp.50.000
    Proses Deposit Dan Withdraw ( EXPRES ) Super Cepat
    Anda Akan Di Layani Dengan Customer Service Yang Ramah
    Website Online 24Jam/Setiap Hariny

    ReplyDelete