Bacalah dengan nama tuhanmu yang maha mengetahui..



Friday, January 9, 2009

Bantal



Ayu adalah adik perempuan bungsu kami. Anak ke enam daripada tujuh beradik. Di dalam keluarga, semasa kecil dia paling petah bercakap, paling comel dan paling keras hati. Kalau dia kata hitam, ia tidak mungkin menjadi putih.

Semasa di sekolah tadika, dia sering menyanyi sebuah lagu yang berbunyi:
Tepi gunung, air terjun
tempat orang bermain..
Tempat tinggal tukang kebun dan anaknya Rohani,

Sungguh cantik rupa Ani, hidung mancung seludang..
Betis bagai GUNTING PADI tidak jemu di pandang
Tidur malam, mimpi-mimpi Ani datang ke rumah
Siang hari bila pergi, hati Ani berubah"

Walaupun kami cuba membetulkan kepada "Bunting padi", Ayu tetap bekeras mempertahankannya.

Bila malam hari, Ayu akan tidur dengan dikelilingi bantal. Satu di kepala, dua biji di kiri-kanan dan sebiji buat alas kakinya. Dia kelihatan seperti seorang puteri yang comel tapi kedekut. Kami kakak-kakak akan menunggu dan hanya mengambil bantal itu apabila Ayu telah tidur dengan nyenyak. Selalunya dia tidak sedar akan kehilangan bantalnya.

Suatu malam, saya dan Tuti seperti biasa akan mengangkat kakinya perlahan-lahan untuk mengambil bantal alas kakinya.

Tiba-tiba,
"Uuwaaaaaa! Uwaaaaaa! Bantal Ayu! Bantal Ayu!"
Dia menjerit sekuat hati!

Saya melihat, abah datang meluru ke arah kami adik-beradik lalu beri kami habuan seorang satu das tali pinggang. Tanpa soalan, tiada soal jawab. Kami adik beradik cuma ketap bibir menahan kesakitan, tidak pernah mengalirkan air mata. Kami juga tidak pernah marah Ayu dengan sikapnya itu.

Hari ini, jika Ayu masih lagi memerlukan bantal yang banyak di sekelilingnya, kami adik-beradik akan akur. Malah Ayu boleh minta apa sahaja jenama bantal yang paling empuk.. Kakak-kakak akan cuba tunaikan..

14 comments:

  1. heHe... D pun nak sebijik la Kak Roza! Saya tak pernah manja macam ni dengan kakak-kakak. Kalau buat mungkin kena label 'mengada' kot! huhuhu...

    ReplyDelete
  2. Salam Pn Roza,

    saya pengunjung setia blof MKI..dan sekarang mula menjenguk ke blog ini. Amat menarik. Saya kagum dengan daya ingatan puan akan setiap peristiwa dan kisah2 masa lampau...
    Saya doakan semoga Kak Ayu cepat sembuh...

    ReplyDelete
  3. Salam ziarah. Anda juga mewarisi penulisan kreatif seperti prof. Dalam menjalani pengalaman yang tersurat, rupa-rupanya Allah swt maha kuasa menyelitkan pengajaran yang tersirat. Doa saya Roza n keluarga tabah melalui ujian Allah ini.

    ReplyDelete
  4. Assalamulaikum

    Bunting Padi, jadi gunting padi.
    Teringat anak lelaki yang sekarang ni drj 2 bila nyanyi lagu sekolah.

    Kami murid sekolah....
    Berpimpin tangan 'PERANTIN BARU'....

    Bila dengar rasa ada kelainan .....pelik
    Rupanya berpimpin tangan 'BERGANDING BAHU"
    Entah macamana boleh jadi Perantin Baru....
    Kami semua ketawa tak boleh tahan...sampai dia jadi marah.

    .....tiba2 perenggan terakhir Roza membuat hati sebak.
    Tentang kasih sayang saudara kandung......

    Kak wati

    ReplyDelete
  5. kasih saudara masa berada.kenangan bersama akan sentiasa segar dalam lipatan hati.
    salam
    misi

    ReplyDelete
  6. Puan Roza,

    Tulisan puan ada kelainan. Mesej tersirat berlindung dengan cerita yang mudah. Suami-isteri yang berbakat!

    isma

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum,

    Salam Ukhwah Puan Roza, lama tunggu puan ada blog sendiri. At last terbuka juga hati...mungkin kerjaya baru memberi ruang untuk menulis...Selalu membaca tentang Puan & anak2 di blog Prof,kini mesti lebih seronokkan...pandangan dari seorang wanita, ibu,isteri dan anak....

    P/S; Macam mana rasa tangan sekarang? Harapnya dah sembuh sepenuhnya :)

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum Kak Wati,

    Nama pun berpimpin tangan..mestilah PERANTIN BARU! He..he

    ReplyDelete
  9. Bantal, item wajib bila nak tidur. Bila tiada bantal, memang tak boleh tidur. Especially bantal busuk yang wangi. Sekurang-kurangnya mesti 4 biji.Saya pun mesti dikelilingi bantal kalau tidur. Bila kena camping, selalu saya akan bermasalah, kerana tidak boleh bawa bantal.

    ReplyDelete
  10. Salam Roza,
    menarik cerita ni..kenangan sewaktu kecil2 dulu.bantal busyuk tak de ker??

    ReplyDelete
  11. Wow! Ada umpphhh la cerita bantal, ni!

    K Roza ni ada harapan menandingi, prof. Lebih dekat dengan kami kaum Hawa ni. :)

    p/s: baca cerita K Roza dan Prof, macam ada iras dengan kisah2 pendek Pak Hamka. Memang ada bakatlah!!

    ReplyDelete
  12. Salam kak Ngah,

    Penuh makna tulisan kak Ngah ni.
    Sungguh meaningful hingga air mata menitis juga; terharu.

    Tapi, Ayu skrg lebih cool. Jika hitam pada Ayu, Ayu akur jika orang lain memandangnya sebagai putih, kelabu, biru hatta jingga sekalipun. Lain orang, lain pandangan. :)

    Air dicincang tak akan putus. Kasih sayang sesama keluarga memang tanpa batasan. Ayu sedar semua itu. :)

    Semoga ikatan ukhuwah bertambah kuat dan erat dengan adanya pancaroba hidup dalam keluarga kita.

    Sayang semua.
    Ayu

    ReplyDelete
  13. Salam puan Roza..

    berjurai air mata bila membaca entri di blog ni..
    teringat kisah zaman kanak2..sahabat2 yang telah pergi..

    setuju dengan ayu..ikatan keluarga semakin kuat jika adanya pancaroba hidup dlm keluarga. moga ayu kuat semangat dan dilindungi olehNya.

    ReplyDelete
  14. assalamualaikum...
    happy monday pn.raudzah..
    memg best la blog pn ngan prof...
    n both of u mcm pinag dibelah dua, sama cantik n sma pandai...huhuuhuh..
    bantal?bantal?...isu yang best...
    bntal ialah bnda yang wajib mesti ada time tdo..xpecially kat kaki...klu x de memg x boleh tdo...xda kat kpala xpe...tapi mesti kna ade kat kaki...huhuhuh...

    ReplyDelete