Zaman kanak-kanak, keluarga saya tinggal di sebuah kampung yang cukup harmoni. Abah menyewa rumah di Jalan Hang Tuah, Kampung Sungai Gatom, Labis. Keadaan susun atur rumah-rumahnya berlapis-lapis. Belakang rumah sewa kami menghadap depan pintu rumah jiran. Bahagian depan tingkap dan pintu rumah kami, adalah bahagian tepi rumah jiran.
Rumah sewa kami terdapat tiga pintu. Rumah pintu satu dan pintu tiga hanya di pisahkan oleh dinding “plywoods” sahaja. Rumah kami diapit antara keduanya, duduk di tengah-tengah. Selalu juga saya dengar mak memasak di dapur sambil berbincang-bincang denagan Mak Yam dan Kak Baayah dari rumah jiran sebelah-menyebelah.
Suatu hari, seorang Mek berasal dari Kelantan menghantar semanggkuk sayur lemak yang masih panas untuk makan tengahari. Mak menyimpannya di bawah tudung saji. Aromanya menusuk, membangkitkan selera. Saya terliur yang amat sangat. Bagaimanapun, mak menahan saya makan sehingga abah balik.
Bila abah pulang, saya masih leka bermain di luar. Mak panggil masuk berkali-kali untuk makan, namun tidak saya hiraukan. Akhirnya saya terdengar suara garau abah, ”Masuk, pergi makan!”. Tidak banyak patah perkataan yang keluar tetapi cukup membuatkan saya meluru pergi dengan perasaan kecut perut.
Sampai di dapur, seluruh keluarga hampir selesai makan. Saya dapati sayur lemak tadi hanya tinggal sepiring kecil. Mak bubuh nasi panas-panas di dalam pinggan, seekor ikan kembung yang di goreng garing, mak tambahkan kicap dan sedikit “Planta magerin”. Ada sayur lain, tetapi saya menolak. Akhir sekali, mak curahkan lauk kuah lemak tadi di atas nasi. Saya makan dengan begitu berselera sekali.
“Mak, nak lagi sayur hijau tadi..”
“Itu sahaja yang ada ..”
“Nak lagi..sayur apa tu”.
“Daun mengkudu”
"Nak lagi...
Mak memberitahu berulang-ulang kali, tetapi saya tetap berdegil tidak mahu menerima alasan itu. Dengan penuh rasa tidak puas hati yang amat sangat, saya terus lepaskan suara setinggi boleh. Menangis sekuat hati dan meronta sekuat tenaga.
“Nak lagi daun mengkudu! Nak daun mengkudu!!!”
Saya berguling-guling di atas lantai dapur.
Serta merta, saya lihat seluruh jiran tetangga muncul di dapur rumah kami. Mereka kelihatan panik dan tertanya-tanya. Kemudian, saya lihat mereka tertawa kecil. Ia menjengkelkan hati saya. Ternampak abah berdiri mencekak pinggang sambil merenung tajam ke arah saya. Ada sesuatu yang disorokkan di belakangnya.
Pasti tali pinggang!
Keesokannya, rumah kami menerima berbagai-bagai jenis resepi sayur daun mengkudu!
Hah..!? Daun mengkudu? Boleh makan ke? Su ingatkan buah je yg boleh makan.
ReplyDeleteTetiba teringin nak rasa. Kak Roza ada resepinya ke?
Opsss... terlupa lak nak bagi salam.
Assalamualaikum Kak Roza yg manis... :)
aduh, patutlah Roza cantik rupa-rupanya dah makan sayur herba dari kecil. awet muda tuuuu.ia juga melawaskan buang air besar. salam.
ReplyDeletemisi
salam kak roza...cerita daun mengkudu nie teringat saya pada masakan ibu saya...tiap kali saya pulang ibu slalu buatkan kerabu daun mengkudu utk saya...teramatlah sedap..masa dlm pantang bersalin pun ibu bagi makan pucuk mengkudu yg telah dicelur utk dibuat ulam. Patut la saya lihat pokok mengkudu di depan rmh sentiasa hilang pucuk nyer...
ReplyDeleteAssalamualaikum,
ReplyDeleteNi cerita pada zaman kanak-kanak. Kalau nak resepi..InsyaAllah, boleh dikongsikan. Tapi kena tunggu cerita pada zaman bukan lagi kanak-kanak..he.he
eita_tks,
Boleh kongsi kerabu mengkudu? Orang Johor panggil Urap Mengkudu.
Assm
ReplyDeleteMasak lemak daun mengkudu bersama udang kering merupakan antara masakan kampung kegemaran saya. Dulu selain daun mengkudu ada lagi sejenis daun yang sedap dimasak lemak ni...tapi namanya bagi orang utara agak lucu iaitu daun sekentut...tapi rasanya cukup enak.Dulu daun2 ni boleh dikutip dalam semak sekeliling rumah, sekarang mungkin susah nak dapat kecuali daun mengkudu yang ditanam pokoknya.
Abah saya dulupun garang berbeza dengan mak yang penyabar (saling lengkap melengkapi) ;)
Salam Pn Roza...
ReplyDeleteMembaca cerita pn membuatkan sy pun terliur ingin mencuba msk lemak daun mengkudu...:)
Salam sejahtera,
ReplyDeleteDaun mengkudu + dengan daging dan dimasak gulai kuning adalah resepi orang Besut. Sejak kahwin dengan orang Johor, tak adalah pula merasa resepi ini.
He... he...
MKI
Assalamualaikum Roza
ReplyDeletePagi-pagi dah tersenyum baca cerita Roza. Best.
Kalau urap daun mengkudu tu pernahlah makan. Itupun jiran yang bagi. Masak lemak tak pernah pulak. Pernah juga dibuat ulam. walaupun agak pahit tapi mengingatkan diri sendiri bahawa pahit2 ubat, tu yang boleh makan tu.
Kongsi-kongsikan resepi sayu lemak tu.
Macam sambal kicap yang diberi Puan SIFUPTS, resepib dr Roza tu, dah cuba....memang sedap dan tahan lama, jadi kalau buat, banyak2 dan simpan.
Sayu lemak mengkudu....mesti best. Kalau tak takkan Roza sampai berguling-guling...he..he..he
kak wati
Salam Puan Roza
ReplyDeletePucuk daun mengkudu sampai sekarang saya TERPAKSA makan setiap kali mak datang rumah. Celur atau mak letak dalam periuk atas nasi yg baru lepas masak. Kenkadang hiris halus2 buat kerabu.
Alhamdulillah..luka operation lepas besalin dulu cepat jer baik. Walaupun level gula tak pernah 15 kebawah. Selepas 10hari bersalin, saya dah aktif pergi pasar & hantar anak pergi sekolah.
Daun menkudu tua buat balut batu tungku. Sekarangpun kalau rasa nak bertungku , sanggup pergi beli daun menkudu kat chow kit. Harum mewangi bau daun terkena batu yg panas.
Buah mengkudu blender buat jus....DIABETIS !!
he he he !
Assalamualaikum,
ReplyDeleteAda orang Besut yang jarang makan sayur..menyampuk cerita orang.
Guling-guling atas lantai tu..bukan sebab sayur tu kot.Sebab panas hati..hee.he
helo kak roza...apa bha kebaikan ni buah mengkudu ni... macam enak bunyi dan cerita ikut tradisi ya..
ReplyDeleteoohh... tak tau pun daun mengkudu bleh buat dimakan mcm sayur lain. harus dicuba.
ReplyDeleteSalam Puan Roza.
ReplyDeleteCatatan yang menarik!
Saya tak minat daun ni .. tp bila mak masak kuning campur telur, saya kuis ambil telurnya sahaja :p
Terbaca komen Ila pasal katanya orang utara panggil daun ini daun sekentut. Taakkk ... daun sekentut dan daun mengkudu adalah 2 tumbuhan yang berbeza.
Daun sekentut tu memang bau dia mcm kentut, dan selalunya menjadi ramuan nasi ulam. Daun sekentut tumbuhan melata, pokok mengkudu ada pokoknya ...
Ceritalah lagi Puan Roza!
Salam, akak tak tahu pulak daun mengkudu ni boleh masak lemak..mesti sedap...yang selalu akak makan, ialah apabila mak buat 'botok-botok'...Roza pernah makan botok-botok? orang Johor mesti tahu ....
ReplyDeleteselain daripada botok-botok...setiap kali akak bersalin, mak akan bawa banyak daun mengkudu... buat balut batu untuk bertungku, dan juga mak akan layurkan daun tu dan urut serta balut anu bayi lelaki yang masih dalam hari...petua orang tua-tua...mak kata untuk mengelakkan dari kena sakit 'angin pasang'...
Alhamdulillah semua anak lelaki akan sihat tak pernah kembung perut sejak kecil ....
Assalamualaikum,
ReplyDeleteAdik-adik semua, betul kata Nurazzah8. Banyak kegunaan daun mengkudu ni.
Pernah makan botok-botok, tapi saya tak pernah buat. Ia seperti pais mengunakan ikan tenggiri yang dibungkus dengan pelbagai daun ulam, ye tak?
Yuk Merapat Best Betting Online Hanya Di AREATOTO
ReplyDeleteDalam 1 Userid Dapat Bermain Semua Permainan
Yang Ada :
TARUHAN BOLA - LIVE CASINO - SABUNG AYAM - TOGEL ONLINE ( Tanpa Batas Invest )
Sekedar Nonton Bola ,
Jika Tidak Pasang Taruhan , Mana Seru , Pasangkan Taruhan Anda Di areatoto
Minimal Deposit Rp 20.000 Dan Withdraw Rp.50.000
Proses Deposit Dan Withdraw ( EXPRES ) Super Cepat
Anda Akan Di Layani Dengan Customer Service Yang Ramah
Website Online 24Jam/Setiap Hariny