Bacalah dengan nama tuhanmu yang maha mengetahui..



Tuesday, January 13, 2009

Sawah Padi



Cuti sekolah, abah selalu bawa kami pulang ke kampung halaman. Kampung kecil dan terpencil itu terletak nun jauh di balik gunung. Kata Mak Wa (Mak Tua panggilan untuk nenek), “Zaman dulu, ada puteri di atas Gunung Ledang itu”.

Dari Jerangau di tengah sawah, gunung itu kelihatan begitu gagah dan amat jelas sekali. Sesekali puncaknya hilang diliputi awan tebal. Saya melihat tubuh-tubuh kerdil dibasahi keringat terbongkok-bongkok di tengah sawah. Terik mentari yang memanaskan ubun-ubun kepala mereka langsung tidak dihiraukan.

Ada air terjun yang mengalir deras lagi jernih dari kaki gunung itu. Airnya mengalir terus ke sawah. Bila petang, kami - adik beradik dan sepupu-sepupu - akan berlumba-lumba berlari di atas batas lalu terjun ke dalamnya. Sejuknya air gunung, segarnya bukan kepalang!

Saya terbayang, sesekali Mak Wa membawa balik rezeki dari sungai di sawah itu. Ada ikan seekor dua dan beberapa ekor udang di dalam bubunya. Ikan itu selalunya akan di masak dengan perahan santan kelapa yang pekat berwarna kekuningan – masak lemak cili padi. Pelbagai resepinya: ada dicampur belimbing buluh, jeruk maman, buah asam cepu dan kulit rambai! Kuahnya sepenuh periuk walaupun ikan cuma beberapa kelar sahaja. Namun, ia cukup untuk kami semua.

Suatu hari ketika pulang dari sawah, saya bertanya,
Kenapa Mak Wa tak campurkan sahaja ikan dan udang di dalam periuk yang sama?”


Jawab Mak Wa,”Kalau dicampurkan keduanya, kita cuma boleh makan sejenis lauk sahaja. Alangkah elok jika esok kita nikmati lauk udang pula? Esok-esok, belum tentu ikan atau udang itu terperangkap di dalam bubu kita lagi".

Mak dan Mak Wa mempunyai fikiran yang sama.

Sawah padi. Kuning kehijauan. Musim paling damai, cantik lagi memukau. Indahnya kehidupan!

16 comments:

  1. wah!! saya dah terbayang-bayang keindahan kampung Kak Roza...sawah padi terbentang luas berlatarkan Gunung Ledang...masyaAllah, cantiknya!

    Teringat pula saya pada kampung ibu saya...sawah padi berlatarkan Gunung Jerai.. :)

    ReplyDelete
  2. Dari kecil saya baca kisah anak-anak bermain di sawah tapi sampai tua ni tak pernah lagi jejak kaki dalam sawah! Paling hampir cuma di tepi batas. ish... ruginya! ;)

    ReplyDelete
  3. subhanaallah...sungguh cantik pemandangan ciptaan Allah...alangkah seronoknya jika saya juga dapat menikmati pemandangan sawah padi sebegitu...

    ReplyDelete
  4. roza,
    saya juga mempunyai pengalaman hidup dalam keindahan sawah yang terbentang luas semasa kecil dulu. Masa telah beubah, kini orang kampung tidak mengusahakan tanaman padi lagi. Tanah sawah dah jadi kebun atau dusun. Kesian anak cucu tidak dapat merasai pengalaman seperti saya dulu.

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum Roza

    Orang dulu begitu berhemat dari apa-apa segi, makanan, pakaian dan sebagainya.
    Elok juga kita contohi mereka di zaman gawat ni. Supaya jangan membazir. Sekadar mengingatkan diri sendiri.

    Kak wati

    ReplyDelete
  6. Roza ni keturunan Putri Gunung ledang ke, nampak macam ada sikit2. hahaha. gurau je Roza.sawah bendang hanyalah sebuah nostalgia zaman silam, kini hanya tinggal kenangan.berlari dalam keleburbendang memang kegemaran akak.

    misi

    ReplyDelete
  7. cantik gambo sawah bendang ittewww.. salammmz

    ReplyDelete
  8. Salam...
    Kak Roza...moga sihat dan ceria selalu.
    Memang indah pemandangan di sawah padi...sejauh mata memandang..tapi kini ianya semakin berkurangan, cuma di beberapa tempat sahaja masih begitu. Ramai juga pesawah di Kedah ini rela menukarkan tanah sawah kepada kawasan perumahan...mungkin tindakan ini menguntungkan untuk jangka masa pendek dan kepada pesawah sendiri...tetapi untuk jangka masa panjang dan kepada anak cucu serta negara...bagaimana...

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum Kak Roza
    selamat berblogging! Best!
    Teruskan menulis hari2.
    TQ sebab linkkan blog saya yg tak seberapa itu!

    ReplyDelete
  10. Salam Kak Roza...
    Aduhai... suka benar saya baca catatan kak Roza. Penuh kenangan, penuh pengajaran. Mengingatkan saya pada zaman kecil yang penuh kemanisan. Thks kak.

    ReplyDelete
  11. assalamualaikum,
    Kak Roza, thanx sebab sudi singgah ke blog saya yang tak seberapa... kecil rupanya dunia ni...tak sangka rupanya ayu adik kak roza tu junior saya :)

    ReplyDelete
  12. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  13. salam kak roza...
    mohon utk saya letakkan link blogkak roza dan prof di blog saya.

    http://nurfarinaabdullah.blogspot.com/

    terima kasih kak roza

    ReplyDelete
  14. Assm...

    Saya berasal dari utara, kalau balik kampung dari KL pasti perjalanan ditemani oleh pemandangan sawah padi. Tapi kini banyak sawah padi yg telah ditukar menjadi kawasan perumahan, kesannya kita banyak bergantung kepada sumber luar utk keperluan yg asasi bg rakyat...

    ReplyDelete
  15. Kak Ngah..kalau tengok gunung tu betul betul kita nampak Putri Gunung Ledang kan... Agaknya putri masih ingat kita lagi tak?

    ReplyDelete
  16. kirenye hang mengimbau nostalgia lama la ni?
    seronok duk kampung....

    ReplyDelete