Petang-petang, Mak Wa akan melakukan proses pengasingan biji kekabu dan kapasnya. Peleraian itu dilakukan di dalam guni agar ia tidak diterbangkan oleh angin. Cukup berhati-hati.
"Mak Wa nak buat apa dengan kapas dalam guni ni?"
"Nak buat bantal..
"lagi..?"
"Nak buat tilam.."
"Wah..banyaknya boleh buat dari buah ni.."
"Ya..bagi mereka yang mengetahui dan tahu menafaatnya.."
Saya melihat ia suatu proses yang sungguh renyah.Daripada buah kekabu, ianya di proses hinggalah menjadi bantal. Semuanya dilakukan secara manual. Ya Allah, sabar nya Mak Wa.
Terpandang kekabu, teringat bantal hasil tangan Mak Wa.
Teringat pulak zaman kak nab budak2 dulu..pernah tolong arwah che (ibu) & ayah masukkan kekabu ke dalam kain yang telah dijahit utk dijadikan tilam & bantal.Nostalgia!
ReplyDeleteArwah ayah amat teliti kerjanya..dibuatnya sangat elok..dijemur di sinaran mentari & kemudian diketuk2..bila digunakan terasa best sangat!
Assalamualaikum Cikgu zainab,
ReplyDeleteKerja-kerja memasukkan kekabu ke dalam tilam ataupun bantal juga perlu berhati-hati agar jangan sampai termasuk bijinya..
Kata Mak Wa, ia akan menyebabkan bantal kekabu cepat bergentel dan rosak.
Kita cuma rasa yang empuknya sahaja...
Salam Puan, terima kasih lawat blog saya. Tak sangka pulak. hehe..
ReplyDeleteAnyway, mak saya pun suka bantal dari kekabu. Sampai sekarang ni dia asyik nak carik bantal dari kekabu tapi dah tak ramai org produce. Katanya lebih best tido gune bantal kekabu dari bantal gune feathers/cottons. Ye ke? entahlah saya pun tak tahu hehe.
Assalamualaikum..Puan Roza..
ReplyDeleteDi rumah nenek saya juga dulu ada pokok kekabu yang sangat tinggi..pokok kekabu itu dipenuhi duri-duri yang tajam..yang paling seronoknya, di bwah pokok kekabu itu terdapat banyak "ladybird" di situ..:) saya pun tidak tahu mengapa "ladybird" banyak di situ..tetapi sekarang pokok kekabu itu sudah ditebang..hanya tinggal kenangan..namun alhamdulillah saya sempat mengenali buah kekabu dan pokoknya..:)
Nenek saya juga membuat proses yang sama untuk membuat bantal drpd kekabu..yang pasti bantal kekabu sangat empuk..:)
Assalamualaikum
ReplyDeleteKekabu ni kalau nak beli memang mahal.
Akak selalu membelinya on the way ke Kota Tinggi. Ada gerai ditepi jalan. Tetapi kekabu ni tahan. Kalau rajin dijemur lagilah bagus, gebu je. Lagipun tahan lama. Ganti g\kainnya saja, kekabunya masih boleh guna lagi.
Kak wati
ahaks, hari ni cerita pasal kekabu dan kekaboi lady bird memang suka kekabu sebab nak makan biji kekabu. berbagai jenis lady bird ada yang bulat dan panjang dengan warna merah, oren dan berbintik hitam. cantik sangat.ada lagi satu cerita tentang kekabu ni. Kekabu yang muda sedap dimakan cicah air asam ( garam belacan ) sedap giler. berceghau air lior nih. hehehe.saya pula tak boleh guna bantal kekabu sebab elergic , resdung lah ... semalamn bersin. accchooooooo. salam dari misi.
ReplyDeleteAssalamualaikum Misi,
ReplyDeleteSaya pun pernah dengar ada orang makan buah kekabu muda ni..
Assalammualaikum. roza,
ReplyDeleteTerima kasih atas cadangan buku PhD kecil tapi signifikan.
masa kakliza muda2 dulu selalu juga buat bantal kekabu sendiri tapi kakliza beli kekabu yg dijual akt kedai la...
ReplyDeletetapi le ni..main tunjuk2 jer..
mood nak buat bantal sudah berkurangan la pulak...
Salam Puan Roza
ReplyDeleteMertua saya di Perak juga tekun mengasingkan biji kekabu dari kapasnya. Berjam-jam bersimpuh bersila bawah rumah. Namun, hasilnya lumayan. Nenek saya di Seberang Prai juga boleh tersenyum lega apabila ada pembeli yang kemudiannya menghulurkan beberapa keping duit berwarna merah...
Noraini Ismail
Salam Kak Roza...
ReplyDeleteSu suka main kekabu masa kecil dulu. Seronok melihat cebisan kekabu ringan terbang ditiup angin.
Bantal kekabu sejuk dan nyaman.... best sangat bila peluk. :)
Masa zaman remaja dulu (buat bantal busuk untuk peluk-peluk), saya ambil sebiji bantal kekabu Mak Wa. Lalu, Kak Long Pidah tolong leraikan untuk menjadi beberapa biji bantal kecil. Kak Long pandai menjahit.
ReplyDeleteSaya jahit "cross-stich" dan kak Long jadikan ia sarung bantal. Hasilnya..kami cukup puas hati!
CHOONGYIHSOON
DeleteSaya memang tempah tilam kekabu untuk katil baby semasa melahirkan anak pertama dulu. Dan tilam itu digunakan oleh semua enam anak saya. Saya masih ingat tiap kali sebulan sebelum bersalin, tilam itu akan di jemur agar gebu kembali. Sekarang ini tilam itu masih elok bersimpan. Anak ke6 sudah besar. Tak tahulah samada tilam itu akan digunakan untuk anak ke7 atau di'turun'kan untuk cucu pertama...
ReplyDeleteAssalamualaikum cikgu sharifah,
ReplyDeleteWah..saya tabik!
Salam Pn Roza..
ReplyDeleteentry ini membuatkan saya terkenagkan aruah emak saya..perkara yg sama dilakukan olehnya selepas zuhur. Ada sekali ketika banjir aruah abah mengait kekabu yang kering dan saya mengutipnya ke dalam sampan.Tiba-tiba sebiji buah yg mengkal gugur.gedebuk dikepala.kesan sakitnya hingga ke hari ini..
oked
Yuk Merapat Best Betting Online Hanya Di AREATOTO
ReplyDeleteDalam 1 Userid Dapat Bermain Semua Permainan
Yang Ada :
TARUHAN BOLA - LIVE CASINO - SABUNG AYAM - TOGEL ONLINE ( Tanpa Batas Invest )
Sekedar Nonton Bola ,
Jika Tidak Pasang Taruhan , Mana Seru , Pasangkan Taruhan Anda Di areatoto
Minimal Deposit Rp 20.000 Dan Withdraw Rp.50.000
Proses Deposit Dan Withdraw ( EXPRES ) Super Cepat
Anda Akan Di Layani Dengan Customer Service Yang Ramah
Website Online 24Jam/Setiap Hariny