Bacalah dengan nama tuhanmu yang maha mengetahui..



Monday, January 5, 2009

Epal Hijau



Bertahun-tahun dahulu, epal hijau itu mak bawa balik dari Singapura bersama-sama kain ela untuk jualan di pasar malam. Sebiji epal tadi di racik tujuh untuk kami tujuh beradik. Kami terima racikan kecil tersebut dengan sukacita.

Suatu hari saya bertanya,"kenapa mak tak bagi sahaja kesemua tujuh biji epal itu seorang satu kepada kami semua?"

Jawab mak,"Kita cuma perlu seracik apel sahaja sehari untuk kita nikmati selama tujuh hari.. Bukankah itu lebih baik daripada kita habiskan sebiji apel untuk kita nikmati pada hari ini sahaja?"

Benar kata mak.

Hari ini sebiji epal yang besar ranum, yang mampu saya beli tak semanis dan seranggup seracik epal yang pernah di nikmati beberapa tahun yang lalu.

Saya melihat, mak masih lagi terus meracik sebiji epal. Kali ini racikan itu khas untuk adik saya yang ke enam, Ayu yang sedang terdampar lesu di katil. Sedangkan anak kecilnya yang masih menyusu meronta-ronta mahu dilepaskan dari pangkuan mak.

8 comments:

  1. Salam sejahtera,

    Entri yang bermakna.

    Janie

    ReplyDelete
  2. Salam,

    Kak Roza, saya pembaca setia blog MKI. Gembira dapat berkenalan terus dgn isteri Prof. di sini. Salam perkenalan.

    -Faruha-
    http://faruha.blogspot.com

    ReplyDelete
  3. Salam...kak Roza,

    Bermaknanya entri ini...terharu...itulah kasih ibu...moga Ayu diberi kekuatan olehNya melawan penyakit tersebut dan segera sembuh.

    ReplyDelete
  4. Salam,
    bgmn dgn tangan Roza? masih terasa bisanya? InsyaAllah semoga cepat sembuh.

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum,
    Terima kasih kepada semua yang berkunjung.

    Buat Nora & nurazzah8,

    Itulah..jika difikirkan, kita sering sahaja mengambil sesuatu for granted. Begitu banyak sekali, nikmat yang telah diberikan. Apa salahnya dengan sedikt ujian. Dia menyedarkan agar kita mensyukuri nikmat anugerahNya.

    ReplyDelete
  7. bersyukurlah dengan nikmat itu.salam

    ReplyDelete
  8. epal hijau..

    saya agak tak suka epal hijau sebab rasanya masam...

    amat tak gemar..

    tapi kadang kena paksa makan...

    tapi my mum pernah buat pai epal hijau..sedapnya..tapi skrang tak buat..beli aje..

    sebenarnya bila dibeli tidak sedap lagi..kerana tiada kasih dan sayangnya dalam pai tersebut

    ReplyDelete