Bacalah dengan nama tuhanmu yang maha mengetahui..



Thursday, January 15, 2009

Nasi Minyak



Bila D dan Kak Wati sebut pasal "pengantin", saya terkenang satu cerita.

Dulu-dulu, apabila saya melihat ramai orang bergotong royong mendirikan balai, saya tahu musim kenduri kahwin telah tiba! Ia musim paling menyeronokkan. Dapat tengok PERANTIN! (sebutan pengantin semasa kecil).

Pada hari itu, mak akan masak nasi minyak dengan ayam masak kurma' untuk kami adik beradik. Kami akan diberi makan agak awal, sebelum pengantin tiba. Kemudian, mak akan berpesan, ”Awak semua boleh pergi tengok pengantin, tetapi jangan pergi ke balai tempat orang makan.”

Kehairanan, namun saya tidak pernah bertanya kenapa.

Kami adik-beradik akan meluru ke rumah pengantin apabila kompang kedengaran. Pasti kami tersipu-sipu dengan mata tidak berkelip-kelip merenung pengantin yang malu-malu berpimpinan tangan! Paling kagum melihat orang bersilat, berpusing-pusing, bertepuk tampar dan akhirnya bersalaman dengan pasangan pengantin. Dalam hati berkata-kata, suatu hari nanti saya juga mahu ada orang bersilat untuk saya seperti itu!

Dari celah-celah orang ramai di balai tempat makan, saya melihat abah dan mak sedang menikmati hidangan nasi minyak. Sopan dan teratur suapan mereka.

Otak kecil saya terfikir, ”Oh..patutlah, tempat yang sesak itu tidak muat untuk kami adik-beradik. Lagi pun kami pasti makan dengan gelojoh. Apabila sampai di rumah, saya terlihat kad jemputan kenduri kahwin daripada rumah pengantin tadi bertulis, ”Cikgu Roslan - suami & Isteri”. Oh.. patutlah, garisan itu cukup untuk beberapa patah perkataan sahaja. Ia tidak muat untuk menulis nama kesemua kami adik-beradik.

Nikmatnya nasi minyak resepi mak!

11 comments:

  1. Pandai betul mak dan ayah akak mengatur anak-anak supaya tak terliur tengok orang lain makan nasi minyak! Tapi saya tau mesti Kak Roza pun ada resepi nasi minyak special!! ;)

    ReplyDelete
  2. Kak Roza

    Arwah Abah saya tak pernah bawak saya dan adik beradik pergi kenduri kahwin.
    Memang tak pernah.

    Kalau ada saudara mara buat kenduri kahwin pun, tetap kena tinggal rumah.
    Tak ada alasan pun yg diberi sampailah sekarang saya baru mengerti sendiri.

    Dah terbiasa tak pergi kenduri kahwin, sekarang kalau ada kenduri kahwin , saya malu yg amat nak pergi bawak anak2 ber4 yg kenit2 tuh dan saya tau sure akan menjadi gempak dgn kenakalan mereka.

    Kini saya FAHAM mengapa!

    ReplyDelete
  3. salam..
    kakliza pun masa kecil2 dulu memang tak ikut mak/ayah p kenduri..
    anak2 kakliza pulak tak berapa suka ikut ke kenduri kawin kecuali rumah saudara-mara terdekat..
    so sebagai untuk menggembirakan mereka selalunya kakliza akan masak nasi kenduridan setnya untuk hidangan mereka dirumah..
    kalau rajin siap ada telur rebus lagi...

    ReplyDelete
  4. Roza,
    Gambar hiasan tu macam nasi beriani aje.
    Saya lebih suka nasi beriani pasal 'Cantik'.

    Sebelum saya pergi rumah kenduri, saya akan beri anak makan di rumah dulu, supaya di sana nanti anak-anak tidaklah gelojoh makan dan makan dengan sopan.

    ReplyDelete
  5. Halusnya didikan orang dulu. Banyak pengajaran untuk generasi akan datang. Kami memang jarang pergi rumah kenduri kahwin masa kecik-kecik. Kalau pergi pun rumah nenek (pakcik atau makcik yang kawin) atau 2 jiran terdekat sbb rumah kami hanya bertiga aje. Rumah orang lain jauh2. Maklumlah duduk kat kampung. Sampai skrg kwsn rumah tu memang masih 3 rumah lagi.

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum

    Aduh Roza, lucu juga baca perenggan akhir tu.
    Ingatkan marah tengok mak dengan abah makan berdua tak ajak anak-anak. Rupanya sangkaan yang baik.
    1. Sebab tempat sesak/tak cukup tempat
    2. Tuan rumah jemput suami isteri aje.

    Tapi tak jadi hal kan sebab nasi minyak di rumah tentu lebih sedap. Nasi yang di masak dengan rasa kasih sayang.

    Akak kalau orang kahwin dengan pasangan dari luar kampung nak lah tengok pengantin, sebab tak pernah tengok pasangannya.
    Tapi kalau kahwin sesama satu kampung, tak tengok sebab dah selalu tengok orangnya. he..he..he.


    Kak wati

    ReplyDelete
  7. sehalus budi mak dan secantik wajah anak. salam sayang roza.

    misi.

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum D,

    Kak Roza belajar masak nasi minyak/Beryani semasa di Scotland. Bila berada di tempat orang, baru kita tahu nikmatnya rasa masakan tempat sendiri.

    ReplyDelete
  9. Salam Kak Roza...
    Seingat su, mak ayah pun tak selalu bawak su pegi kenduri. Kalau bawak pun, sbb kenduri yg saudara terdekat buat. Su tak kisah. Yang paling penting, bila mrk balik, ada buah tangan buat su. Bunga telor. Masa tu rasa telur tu lah yg paling sedap. Makan dgn kicap. Fuh... best.

    ReplyDelete
  10. Salam Roza,
    Kek yang Puan masak pun sedap juga. Dulu semasa di Wales, kami anak beranak pernah dijamu kek2 yang sedap2 tak gitu?

    ReplyDelete
  11. Yuk Merapat Best Betting Online Hanya Di AREATOTO
    Dalam 1 Userid Dapat Bermain Semua Permainan
    Yang Ada :
    TARUHAN BOLA - LIVE CASINO - SABUNG AYAM - TOGEL ONLINE ( Tanpa Batas Invest )
    Sekedar Nonton Bola ,
    Jika Tidak Pasang Taruhan , Mana Seru , Pasangkan Taruhan Anda Di areatoto
    Minimal Deposit Rp 20.000 Dan Withdraw Rp.50.000
    Proses Deposit Dan Withdraw ( EXPRES ) Super Cepat
    Anda Akan Di Layani Dengan Customer Service Yang Ramah
    Website Online 24Jam/Setiap Hariny

    ReplyDelete