Haruman cempaka kubur mengingatkan saya kepada kematian. Mengapa tidak. Ia merupakan bunga paling banyak terdapat di kuburan.
Dua hari yang lalu usia saya mencecah 42 tahun. Bermakna, begitulah lamanya kehidupan yang telah dilalui. Esok? Masih berpeluangkah saya menikmatinya.Berapa banyak esok lagi akan saya lalui.
Dua hari sebelum itu saya mengetahui keputusan memogram untuk mengesan kanser payu dara. 50-50. Berkemungkinan ada. Apa tidaknya, kata mak: "Nenek, Mak Teh, Kak Abi sepupu sebelah abah, abah, Kak Long Pidah (kakak sulong) dan paling terkini, Ayu (adik kandung) semuanya positif kanser. Jadi saya? Allah jua yang mengetahuinya..
Sebuah catatan seorang insan yang kerdil. Menghayati nikmat kehidupan indah yang dipinjamkan oleh Allah S.W.T kepadanya dengan penuh kesyukuran. Lalu, nikmat Allah yang manakah hendak didustakan..?
Bacalah dengan nama tuhanmu yang maha mengetahui..
Sunday, January 4, 2009
Cempaka Kubur
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Salam Kak Roza,
ReplyDelete1st tahniah di atas kelahiran blog ni. Next, sesungguhnya kita hanya dipinjamkan sementara di dunia yang fana' ini. Mahu tak mahu, kita perlu bersedia untuk ke alam akhirat. Kadang2, Eda fikir ada untungnya mereka yang diberi dugaan begitu. Satu peringatan... at least kita boleh bersiap sedia sepenuhnya sebelum dijemput ke sana. Apa2 pun tak semestinya kanser tu berkawan baik dengan kematian. Ajal dan maut Allah yang tentukan. Sesungguhnya Kak Roza lebih arif atas segalanya. Take care & smile always.
Tahniah Kak Roza kerana sudah mempunyai blog sendiri!
ReplyDeleteSejak aruah suami saya dimaklumkan beliau mempunyai kanser, saya lebih memahami maksudnya, Alhamdulillah. Bagi saya, walaupun ia pahit dan pedih, ia sebenarnya hadiah Illahi - kerana kita dipilih untuk lebih bersyukur padaNya.
Jenguklah ke blog saya di mana saya berkongsi pengalaman. Walaupun bukan saya yang mengidapnya, ia hampir serupa... Semestinya, blog sahabat saya Raden Galoh (http://onebreastbouncing.blogspot.com)tidak boleh tak pergi.
Walau apa pun, Kak Roza masih 50-50!! Berdoa pada yang Esa kerana Dia sayangkan kita...
Salam Roza,
ReplyDeletesaya selalu mengikuti blog suami puan. Mungkin di alam cyber ini, saya bahasakan diri saya Akak sahaja...kita pernah berjumpa di majlis di institusi yang sama, tapi mungkin puan tidak mengenali akak kerana siapalah akak ini, hanya seorang pendidik kerdil di kalangan mereka yang terulung..mungkin suatu hari nanti Allah akan mempertemukan perjalanan hidup kita, InsyaAllah...
SELAMAT TAHUN BARU MAAL HIJRAH 1430 DAN TAHUN BARU 2009... DAN SELAMAT MEMULAKAN SEMESTER BARU.. DAN TIDAK LUPA JUGA SELAMAT HARI JADI..ALHAMDULILLAH ALLAH TELAH MEMANJANGKANUMUR KITA SETAHUN LAGI ...
Assalamu'alaikum wbt.
ReplyDeleteTahniah Pn.Roza di atas kelahiran blog ini, sememangnya saya nantikan kerana melalui blog Prof. Kamil, saya tahu, Pn.Roza memang seorang yang pandai menulis. Izinkan saya meletakkan pautan blog Pn. ke dalam blog saya.
Salam
ReplyDeleteSelamat hari lahir ke 42. Semoga murah rezeki, panjang umur dan sihat sejahtera serta sentiasa dirahmati Allah.
Ketemu blog ini melalui blog prof kamil.
Selamat berkarya.
Salam Pn.Roza,
ReplyDeleteTahniah di atas pembukaan blog ini. Saya pun tahu melalui blog prof. kamil. Saya tak kreatif dari segi penulisan jadi suka baca hasil tulisan orang lain.
thank you for sharing your thoughts with us
Selamat berblog puan Roza dan selamat menyambut ulang tahun.
ReplyDeleteAssalamualaikum,
ReplyDeleteSelamat datang dan terima kasih kepada semua yang sudi datang berkunjung. Hajat di hati nak tulis mengunung apakan daya..tangan terkapai-kapai.
Sebenarnya saya lebih OKU daripada Kasim Selamat!
Roza
Assalamualaikum..
ReplyDeletePuan Roza..
Selamat hari lahir yang ke 42..
Saya juga pengunjung setia blog Prof Kamil..
Moga puan juga akan terus berkarya di sini..
Saya mohon linkkan blog puan ke blog saya..
Jemputlah ke blog saya..
http://wwwnurhuda-cahayapetunjuk.blogspot.com/
salam..
ReplyDeletekak roza.
happy belated bithday..
moga panjang umur dan diberi kesihatan yang berpanjangan..
selamat hari lahir.. patut pun nampak ada kek masa meeting pewani dulu.. silap haribulan pn roza lebih ramai pengikut drp Prof.. tahniah.
ReplyDeleteSalam...happy birthday semoga dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur.Tahniah ke atas blog Puan...
ReplyDeleteSalam Kak Roza
ReplyDeleteHappy Birthday. Semoga beroleh kesihatan dan kebaikan. Selamat menulis blog
Salam Kak Roza
ReplyDeleteSelamat Hari Jadi ...
Salam...Kak Roza,
ReplyDeleteSelamat hari jadi...moga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki serta dirahmati Allah selalu.
Saya suka tema blog ni...tahniah.
SevenDrops
ReplyDeleteSalam Roza,
Saya ingin jua menulis seperti Roza, tapi tidak punya kebijaksanaan.
Tahniah.
salam perkenalan dari saya kak roza.
ReplyDeleteTerus menulis insyallah saya akan selalu kemari..
Puan Roza,
ReplyDeleteMoga-moga Allah beri kesihatan yang baik buat puan dan Prof.
Janie
salam puan...
ReplyDeleteakhirnyaaaa...dah lama saya tunggu blog puan.. so..welcome to the blogging world...
p/s: kita pernah jumpa kat surau taman guru kuantan... moga2 dpt jumpa lagi...
Salam Kak Roza,
ReplyDeleteTahniah kerana berjaya juga membuat blog sendiri. Terima kasih ambil alih kelas saya sementara saya bercuti ni. :)
Salam Roza,
ReplyDeleteTahniah kerana dah ada blog!
Kak Nab doakan agar Roza & Prof diberikan Allah swt kesihatan yang baik. Amin.
Salam Mem!
ReplyDeleteAkhirnya blog yang dinanti2kan lahir juga! :)
Memang patut prof tak boleh tidur malam. Hihi.
Selamat hari ulangtahun.
Esok belum tentu untuk sesiapa jua...
Kematian
ReplyDeleteKematian
Adalah permulaan
Hidup kekal
Usah ditangisi pada kematian
Takut apa pada kematian
Detik itu pasti menyapa
Setiap yang bernyawa
Bertemu kekasih pujaan, ALLAH
Yang maha pengasih lagi penyayang
Sejahteralah di Sana
Lahad umpama sebuah taman syurga
Berbekalkan iman dan taqwa
Bergembiralah
Bahagialah
Namun
Andai tidak bersedia, bekal tiada
Lahad umpama lubang neraka
Ayuh,
Lipatkan amal
Bahagia menanti di Sana
salam
misi
Salam Ulang tahun buat Kak Roza..
ReplyDeleteSemoga ianya sentiasa mengingatkan kita pada pencipta dan hari pengakhiran hidup kita yang entah bila...
Sampai ketemu lagi...
Regards,
Mimi (FSG)
Yuk Merapat Best Betting Online Hanya Di AREATOTO
ReplyDeleteDalam 1 Userid Dapat Bermain Semua Permainan
Yang Ada :
TARUHAN BOLA - LIVE CASINO - SABUNG AYAM - TOGEL ONLINE ( Tanpa Batas Invest )
Sekedar Nonton Bola ,
Jika Tidak Pasang Taruhan , Mana Seru , Pasangkan Taruhan Anda Di areatoto
Minimal Deposit Rp 20.000 Dan Withdraw Rp.50.000
Proses Deposit Dan Withdraw ( EXPRES ) Super Cepat
Anda Akan Di Layani Dengan Customer Service Yang Ramah
Website Online 24Jam/Setiap Hariny