Ketika di kampung, semasa kecil saya sering melihat daun itu. Ia banyak kelihatan di sekeliling rumah Mak Wa (mak kepada abah) dan juga di rumah atok Apak (bapa kepada mak). Ia dijadikan hidangan wajib kerana selang sehari, pasti ada lauk dari daun itu. Resepinya pelbagai rasa.
Pucuknya yang lembut di rebus. Hasilnya : masak lemak pucuk ubi,lemak kuning cili api bersama ikan, urap/kerabu atau dijadikan ulam (dicolek dengan sambal belacan atau sambal kacang). Di Kawasan rumah sewa kami, jiran-jiran menjadikannya sejenis masakan dipanggil "Pecal".
Kadang kala saya melihat Mak Wa memetik daun-daun yang tua untuk diberi makan kepada kambing di dalam kandang belakang rumah.
Suatu hari, saya melihat seorang budak perempuan yang lebih kurang seusia dengan saya sedang memetik pucuk ubi berhampiran semak di sebelah rumah Mak Wa. Beliau memetik termasuk daun-daun yang tua. Sambil tersenyum, dengan ramahnya saya menegur :
"Nak bagi makan kambing?"
Tak semena-mena, budak perempuan tadi berlari pergi sambil melepaskan pucuk ubi yang telah dipetiknya tadi.
Hairan. Sehingga kini saya masih tertanya-tanya "Apa silap saya?"
Tiada yang silap. Mungkin budak perempuan itu pun masih lagi teringat-ingat kenapa dia perlu mengambil pucuk ubi itu sehingga sekarang. Bukankah elok kalau pucuk ubi itu berada di belakang rumah neneknya...mungkin dia masih malu kalau-kalau Kak Ngah masih lagi ingat siapa dia.
ReplyDeleteKak Ngah masih ingat ke dia?..Hidupnya dulu mungkin sepayah kita.
produk ubikayu ni tak boleh diamalkan sangat sebabnya dia tu asal usul aji naik moto. hahaha. lagi pula banyak angin.
ReplyDeletekalau masak lomak tempoyak cili padi. Perkhhh.Tok tuo lalu lek blake dok kelih doh. salam roza.
misi
Salam..
ReplyDeletenasa kkliza tinggal ngan nenek & datuk di Perak boleh dikatakan selang sehari lauk berasaskan ubi..
samada ubikayu..atau pucuknya..dipelbagaikan resepinya..
so sampai sekarang kenangan itu terus setia dalam ingatan kakliza..
memang tensen masa tu [sbb masa tinggal ngan ayah..kakliza mewah macam2 sayuran] tapi rupanya sekarang memang setiap meinggu kakliza akan masak pucuk ubi...sedap tau..mujurla anak2 pun suka juga...
Alhamdulillah...
so moralnya..anak2 kena juga ajar makan sayuran kampung disamping sayuran biasa...
salam k.ngah,
ReplyDeletelama x makan pucuk ubi.terliur pulak rasa.kat penang jarang ada org masak.bila datang ke penang jemputlah ke rumah.
dd
Assalamualaikum Roza
ReplyDeletePucuk ubi, memang akak tanam di tepi rumah.
Bukan untuk isinya tapi untuk pucuknya.
Paling best macam Roza cakap tu dicolek dengan sambal kacang....manis2 sikit.
Kalau masak asam pedas akak suka masukkan pucuk yang muda2 tu.....(lapar pulak)
he..he..he..
Kak wati
Salam kak Roza...
ReplyDeletePucuk ubi ye. Kalau ada su bedal, tapi kalau masak, tak pandai. Tak pernah cuba sbnrnya, sbb hubby tak suka makan.
Salam Roza,
ReplyDeletekak nab & famili memang suka makan sayur lemak pucuk ubi + cili padi + bilis! Perrg..sodap..atau pun pucuk yang muda tu dicelur lalu dicicah dgn sambal belacan!
Assalamualaikum,
ReplyDeleteTerima kasih kepada semua yang sudi datang melawat blog ini.
Jika ada yang sudi berkongsi "resepi keluarga" atau "secret recepie" pun boleh..silakan.
alahai.. kecur airliur ni tengok gambar tu, kak roza!!! :)
ReplyDeleteaduii..dah lama tak makan gulai pucuk ubi ni..terliur la pulak tgk posting kak Roza kali ni....malangnya kat sini takdak pucuk ubi...
ReplyDeleteAssalamualaikum
ReplyDeleteRoza, bila nak bagi resepi sayur lemak mengkudu. Dah tengok, banyak pokok mengkudu kat belakang rumah akak.
Bolehlah akak mencuba resepi tu cuti hari raya cina ni.
Kak wati
sedapnyer tengo gambar tu...
ReplyDeletebila nak masakkan untuk kitorang semua (pembaca blog nie...)
salam Roza, hanya resepi ni saja yang Kak Asiah ada dan amalkan.
ReplyDeleteRESEPI NENEK
Anakku
Mari kubisikan
Resepi nenekmu
Resepi pengikat kasih
“Sehelai pucuk basmallah
Tiga sudu besar solawat
Satu cawan doa syifa’
Satu mangkuk penuh kasih sayang
Secubit doa pelembut hati
Ditutup dengan saji zikrullah
Semasa menghidang
Sekuntum senyuman sebagai hiasan
Halus tuturkata pemanis mulut”
Anakku
Ini resepi nenekmu
Ini resepi warisan
Pusaka turun temurun
Jangan kau abaikan
Kata nenek
Ini resepi dari ibu nenek
Dialah moyangmu.
misi
25 Muharam1430
Salam, puan roza boleh x bgtau cmner nk letak sitemeter kt blog ek?leh bg cara2nyer...thanks
ReplyDeletelemongrape & roza,
ReplyDeletesape ye budak yang bertuah tu?
boleh share? mungkin saya kenal kot. :)
.H.
Terima kasih Misi. Memang patut dijadikan amalan harian resepi seperti tu.
ReplyDeleteKak Wati, kata ada juga resepi yang seumpamanya tersiar dalam majalah "Bujal". Apa lagi..
Sambal hijau cream cheese,
Semasa di Uk dulu kak Roza jumpa sejenis sayur hijau macam rupa kailan. Ia agak keras dan perlu dicelur dahulu.Boleh dijadikan substitude kepada pucuk ubi.