Bacalah dengan nama tuhanmu yang maha mengetahui..



Friday, August 7, 2009

Bas Sekolah

Betulkah tingkatan empat musim 'Honeymoon?' Entah! Rasanya serba serbi pada tahun itu bermasaalah. Ada sahaja yang tidak kena kepada diri saya.

Terdapat dua pilihan menaiki bas untuk ke sekolah. Jika menaiki bas awam, ia akan berhenti setakad di stesyen bas dan kami terpaksa berjalan kaki lebih kurang 800 meter untuk ke sekolah.

Pilihan kedua adalah bas yang di bayar khas secara bulanan yang menghantar kami terus ke pengkarangan sekolah. Samada cuti atau kami hanya menaiki untuk perjalanan satu hala kerana ada latihan selepas waktu persekolahan, bayarannya tetap sama. Bayaran perlu dilunaskan terlebih dahulu.

Saya memilih pilihan ke dua.

Namun, setiap pagi tempat duduk bas yang dinaiki sentiasa penuh. Saya terpaksa berdiri dari pekan Jementah hingga ke sekolah. Hanya sekali sekala sahaja saya berjaya mendapat tempat duduk. Itupun kerana saya 'bercuti solat ' untuk seminggu. Minggu-minggu berikutnya saya terpaksa berdiri lagi. Pulang dari sekolah juga mengalami keadaan yang serupa.

Suatu hari saya menyatakan perasaan ketidakpuasan hati kepada tuan punya bas. Hari itu adalah hari Jumaat. Hanya sekolah convent sahaja yang bersekolah di daerah Segamat. Saya amat berhati-hati untuk berkata-kata untuk menjaga air muka. Memilih perkataan yang paling lembut dan halus lagi bersopan untuk digunakan.

Saya katakan sepatutnya bagi yang membayar secara bulanan diperuntukkan tempat duduk untuk mereka. Ini kerana saya dapati mereka yang mendapat tempat duduk membayar tambang setiap hari.

Perjalanan dari Jementah ke Segamat dengan berhenti-henti mengambil penumpang mengambil masa satu jam. Ia perjalanan yang menyeksakan kerana tuan punya bas mengambil penumpang dan memenuhkan basnya selagi boleh di isi. Kami yang terpaksa berdiri sejak dari awal lagi semakin lama semakin terperesuk ke dalam. Sesak dan melemaskan!

Lagipun hampir setiap minggu di sebelah petang terdapat kegiatan kokurikulum yang perlu dihadiri. Jadi saya mohon cadangan diskaun untuk setiap perjalanan sehala.

Entah apa sebabnya tuan punya bas melenting tidak semena-mena. Dia meninggikan suara.
"Haiya! Lu ingat ini bas bapak lu punya ka? Mana boleh itu macam. Mau kasi wa bangkrap ka?"

"Kalau begitu, bulan ini adalah bulan terakhir saya menaiki bas ini"

"Ooi..lu sudah bayar tambang ka ooi ?"

"Mestilah sudah bayar, pada awal bulan. Kad pas bulanan ini jadi bukti. Sekarang hanya tinggal dua hari lagi"

Perbincangan yang pada mulanya harmoni tiba-tiba menjadi tegang. Tuan punya bas benar-benar meradang! Rakan satu bas semuanya diam tunduk memandang ke bawah atau buat endah tidak endah. Pasti mereka kecut perut mendengarnya!
"Nanti wa beritahu lu punya mak dengan lu punya cikgu.. Lu mau ka?"

Alhamdulillah. Ketetapan tuhan, bas telahpun sampai di pengkarangan sekolah. Masih berkeras dan tidak mahu beralah. Saya turun dari bas. Menjawab lantang tanpa menoleh ke belakang.
"Pergilah beritahu mereka kalau awak berani. Bangkraplah awak punya bas tidak lama lagi!

"Oooi! Oii! Kurang ajar itu budak!

5 comments:

  1. Assalamualaikum

    Melampau betul Tokeh bas tu kan. Orang cakap baik2 balas lah dengan baik. Boleh atau tak boleh.

    Itulah baru jumpa buku dengan ruas.
    Mesti tension apek tu bila Roza doakan dia bengkrap...he..he..he..(tapi sian jugakan kalau dia bengkrap)


    Kak wati

    ReplyDelete
  2. Salam....

    saya tahan gelak baca entry puan kali ni....hahaha...saya teringat dok bergaduh ngan driver van kuning UTIM Segamat dulu ..Abun kalau tak silap nama dia...hahahha..pak cik & mak chik bawa bus tak lantang cam Abun...hahahah...ade lg ke mereka tu gaknye puan?...

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum,

    Ha..ha..saya pun menaip sambil tertahan-tahan menahan gelak.

    Hanis,

    Kalau teringin nak naik bas kuning silalah datang ke UiTM Segamat. Masih beroperasi lagi..

    ReplyDelete
  4. ah hock nama school bus driver yang pertama.kemudian tukar ah seng bila ah hock berpindah ke kl.dua2 driver bus ni org yang sgt baik.seringkali mendoakan kejayaan kami walaupun doanya berlainan bahasa.sanggup pergi balik 2 trip kalau kami lewat atau terlepas bas jika ada mesyuarat persatuan.layankan sahaja karenah kami.bayaran tambang masa tu tak semahal sekarang.tapi sekarang bukan sahaja tambang berbeza,sikap pun berbeza.zaman dah berubah....

    ReplyDelete
  5. bas sekolah dulu2 mmg lalu dua trip... so kalau tertinggal trip pertama mmg bleh naik trip kedua. tapi tengok mood driver juga... kadang2 trip kedua tu tak ada so kena balik naik bas awam juga lah...

    ReplyDelete