Bacalah dengan nama tuhanmu yang maha mengetahui..



Saturday, August 15, 2009

Pen Pals


Poskad dari United Kingdom pencetus perasaan. Hati meledak-ledak untuk pergi ke luar negara. Tetapi melihat diri yang serba kekurangan, rasanya hasrat hati amat payah untuk dikecapi.

Ia bagaikan angan-angan yang di pasang oleh Si Mat Jenin. Apakah nanti saya juga akan jatuh bergelimpangan bersama angan-angan?

Perasaan rendah diri menyelinap di seluruh perasaan kerana kekurangan diri di dalam komunikasi dan penulisan - Bahasa Inggeris! Namun, ia merupakan suatu megnet berkuasa besar yang mencabar agar diri menguasai bahasa itu sepenuh hati.

Saya membayangkan bagaimana jika poskad yang di terima itu tertera nama pengirim berserta alamat, apakah saya akan membalasnya?

Saya cemburu dan kagum apabila mendengar rakan-rakan dari sekolah convent dan juga kakak sendiri, Kak Long Pidah pandai berbicara di dalam bahasa itu dengan selamba. Seolah-olah itu bahasa keduanya. Tiada masaalah. Ayat-ayat dan patah perkataan yang di tulis di dalam karangan juga amat cantik sekali. Berbunga-bunga bahasa.

"Nak tahu caranya? Awak cari lah pen pals dari luar negara"

"Bagaimana?"

"Sebagai permulaan..tulis surat kepada alamat ini"
Ia merupakan alamat sebuah program rancangan terbitan Walt Disney. Terdapat sebuah slot yang menceritakan rakan-rakan yang berada di serata dunia. Di akhir rancangan terdapat alamat sekiranya ada yang berminat untuk berkenalan dengan rakan-rakan di luar negara. Lalu, saya mencuba.

Beberapa minggu menanti, akhirnya saya menerima beberapa pucuk surat rakan-rakan yang ingin berkenalan dari beberapa negara.

Federica Botarelli dari Italy.
Jessica dari Santa Barbara, California, US.
Monica Ian O'cconor dari Ireland.

Saya juga menerima surat yang bernama Ahmed Eusoff Al-Tehrani dari Iran tetapi di halang keras oleh mak dan abah. Mereka takut kalau-kalau saya akan jatuh hati kepada pemuda yang berfahaman aliran mazhab yang berlainan. Iya ke? Bagi saya ketika itu tidak masuk akal sama sekali. Bagaimana mungkin kami boleh bertemu dengan jarak sejauh itu?

Dengan pen pals lah bagaimana bermulanya saya belajar memberanikan diri menulis ayat yang panjang di dalam bahasa Inggeris. Barulah saya rajin menggunakan kamus Dwi-Bahasa. Kemudian belajar meminjam novel-novel Inggeris dari perpustakaan sekolah.

Daripada kawan-kawan sekelas pula saya mulai mengenali novel-novel seperti ini. Antara novel yang saya gemari adalah seperti "My Sweet Audriena, Flowers in the Attic, Yesterdays Torn, Gone with the Winds, Endless Love..."

Banyak sekali ayat-ayat dari novel itu digunakan di dalam persuratan dengan rakan-rakan saya di luar negara..Banyak juga ia membantu kefahaman di dalam karangan. Namun, banyak juga yang cikgu tandakan dengan dakwat merah! Kerana ayat-ayatnya tiada kena mengena atau salah penggunaannya. Tiada kesinambungan!

Alhamdulillah! Terima kasih Allah kerana memberikan saya rezeki ilham. Memudahkan segalan urusan. Wahai tuhan, sudahkanlah ia dengan segala kebaikan.

Amin.

9 comments:

  1. saya masih ingat lagi rancangan itu:

    rancangan "Big Blue Marble"
    lirik lagu " .... 3, 2, 1 contact"

    ReplyDelete
  2. MIC.... see you....KEY why? Because we love you.. MOUSE.

    Buku sweet dreams jadi pilihan... Bagi pelajar yang lebih advance baca buku Mills and Boon kalau tak silap

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum,

    Betul tu Maksu..memang rancangan itu.

    ReplyDelete
  4. Saya dulu masa kat hostel masa form 4 barula start baca Mills & Boon. Itupun pinjam dari budak2 yang datang dari bandar. Sebelum tu tak taupun ada buku macam tu.

    At last Ok jugaklah boleh dapt strong credit dlm subject ENGLISH masa SPM

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum

    Akak pun ada juga hantar nama dan address kat
    "Big Blue Marble"
    Dengan akak punya broken English tu, akak ingat ada 2 pen pal dari Turki dan Afrika.
    Yang Turki tu lama juga kami berutus surat. Tapi yang Afrika tak kuasa nak layan sebab tiap kali hantar surat suruh kirim pen 50 batanglah, kasut 5 pasang, baju lah...macam-macam lagi.

    Macamlah akak ni dah bekerja, masa tu masih sek menengah lagi. Sendiri nak beli setem untuk surat2 pun berjimat cermat. he..he..he..



    Kak wati

    ReplyDelete
  6. Saya pun dpt penpals melalui "Big Blue Marble". Lisa Fields dan Stephanie Krawec dari USA. Saya jusga dihadiahi dgn satu penpals dari Ghana, Africa daripada Kak Long Fidah iaitu Ezekiel Ablakwa..betul kata Kak Wati, dia pun minta saya belikan kasut saiz 5 pada surat pertama, bila saya jwb tak de duit dia terus tidak membalas lagi. Terima Kasih Long dan Kak Ngah yang banyak memperkenalkan benda baru pada saya. My sweet Audiene juga adalah novel pertama saya, itupun setelah dipromosi oleh Kak Ngah....

    Tuty

    ReplyDelete
  7. pada tahun 90an ada satu program IYS international youth society yg membolehkan kita 'memohon' penpals dari negara yg kita suka.

    masa zmn2 belum ada internet, mmg susah nk dpt kwn dari luar negara. masa tu kalo dpt surat dr penpals sangatlah bangganya.

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum

    Oh rupanya Tuty pun kena macam akak juga.
    pun sama dari Africa.....agaknya masa tu negeri diorang susah sangat kot.....sian juga
    ye.



    Kak Wati

    ReplyDelete
  9. masih wujud tak program tu? saya ada sorang adik yang exited sangat nak berutus surat dengan rakan2 luar negara. saya pula yang bersusah payah mencari..coz dah janji nak tolong adik ni :)

    ReplyDelete