Bacalah dengan nama tuhanmu yang maha mengetahui..



Tuesday, August 11, 2009

Kera Trojan

Cerita yang tidak benar dengan mudahnya akan tersebar.

Entah mengapa orang dengan sewenang-wenang sahaja boleh mempercayainya. Seorang demi seorang rakan satu bas mulai menjauhkan diri dari saya. Jahat betul rupanya persepsi orang terhadap diri ini.

Mereka tidak sekali-kali menyatakannya. Tetapi saya mulai mempelajari gelagat perlakuan manusia dengan cara melihat bahasa badan dan mimik muka mereka. Cukup dengan pandangan. Sinis sekali. Tiada ucapan diperlukan.

Memang pada mulanya agak janggal juga. Bagaimanakah mereka yang tidak mengenali saya boleh menerima sesuatu berita tanpa usul periksa. Tidak masuk akal. Tetapi gosip seperti ini paling digemari. Mereka boleh bercerita dan menokok tambah asam garamnya.

Sebenarnya ada diantara mereka yang tidak tahu bahawa sayalah orang yang dimaksudkanya. Paling kelakar apabila ada seorang rakan sekolah bercerita beria-ia dengan kawan-kawannya di depan saya. Cara penceritaannya penuh perasaan. Saya yang ada di hadapan mata mereka memasang telinga dan pura-pura bertanya..

"Hish..hish..dahsyat betul. Budak mana tu?"

"Entah..kata orang dia budak Jementah"

"Dahsyat. Memang dahsyat budak Jementah tu.."
Saya paling terasa apabila rakan yang rapat dengan saya juga percaya dengan tohmahan itu. Ingatkan rakan inilah yang akan menceritakan perkara yang sebenar. Tersasar! Tidak tahu dengan siapa harus saya terangkan. Di mana hendak dimulakan.

Hampir beberapa minggu terasa diri di pulau. Sedih dan sebak.

Rasanya seperti seekor kera yang di simbah cat di atas kepalanya. Lalu, kera tersebut dinamakan kera Trojan. Kerana peliknya rupa si kera itu, lalu rakan-rakannya melarikan diri. Tidak mahu berkawan. Tinggallah si kera seekor sendirian lantas menghilangkan diri keluar dari hutan. Eh! betul ke ada perumpamaan seperti kera Trojan? Atau macam kera sumbang?

Namun, saya cepat menerima segala kejadian sebagai suatu tauladan. Terlajak perahu boleh di undur, terlajak kata...Itulah padahnya!

Setiap kejadian sebenarnya mengajar kita agar berfikir sebelum berkata-kata dan merenung akan akibatnya. Jangan melakukan sebarang perkara sesuka hati. Muasabah diri.

Ikut hati, mati!
Ikut rasa, binasa!

Mulai hari itu saya belajar agar bercakap apabila perlu sahaja. Jangan menggunakannya untuk perkara yang sia-sia.

Ya Allah ya tuhanku. Ampunkanlah segala dosa-dosa yang telah dilakukan samada secara terang atau yang tersembunyi. Yang dilafazkan atau yang berbisik di dalam hati.

Ampunkanlah segala dosa, samada yang besar atau yang kecil. Yang disengajakan atau yang tidak disengajakan.

Sesungguhnya Ya Allah. Daku jahil di dalam kejahilanku. Daku fakir di dalam kefakiranku. Lemah lagi tidak berdaya. Hanya pada-Mu ku berserah. Tempat ku memohon pertolongan.

Ampunkanlah..ampunkanlah.

8 comments:

  1. salam puan roza..
    berani kerana benar,tp x ramai yg berani mcm puan riza buat.saya pun pernah bergaduh ngan driver bas,sanggup sy naik teksi kalau x dapat naik bas awam..

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum

    Siannya Roza. Tapi banyak pengajaran daripadanya. Kenal lah mana kawan ketawa dan kawan menangis. Pengalaman dan pelajaran yang tak boleh di beli.


    Kak wati

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum Kak Wati,

    Allah sebenarnya mengajar kita dengan berbagai cara..

    Betul! Baru kenal siapa kawan dan siapa lawan.

    ReplyDelete
  4. Salam puan,

    sedihnye bila dipulau camtu...
    Hanis setuju pandangan kak wati...
    sesungguh nye setiap dugaan itu pasti ada hikmahnya...kitika kita diuji dalam kesusahan itu laah biasa nya kita akan mengenali siapa keluarga, kawan mahu pon lawan...bagaimana keikhlasan mereka ketika itu...

    ReplyDelete
  5. Salam Roza...
    I think u ni Roza kat Mobikom dulukan..BGA betul tak? Then you pi Kuchingkan? How r you? I rasa tak salah orang dah ni....
    Lets join ex Mobikom kat FB....
    Remember me?

    Zainah....

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum Zainah,

    Rupa you pun saya masih ingat..Hisnaini, Wan Zahari, Dwen Ruden..

    Ya Allah..what's a small world. May contact me at raudz147@johor.uitm.edu.my

    Tunggu dan sabar..nanti ada cerita tentang kita di Mobikom.

    He..he telenovela ni panjang lagi.

    ReplyDelete
  7. Nanti I contact you....cepat tulis pasal Mobikom he..he...pandai you bercerita ye...now kat Segamat la?

    zainahj@yahoo.com....kalau ada FB add k...

    ReplyDelete
  8. salam kak roza (bole ker panggil akak @ Pn roza)seronok baca blog akak...saya dapat blog nie dr blog Prof. Kamil...

    ya..berani kerana benar....tak ramai yg berani buat mcm akak buat...

    ReplyDelete