Bacalah dengan nama tuhanmu yang maha mengetahui..



Thursday, August 20, 2009

Simply the Best!

Sesuatu yang nampak kecil, bodoh dan remeh kadang-kadang ianya memberikan impak yang besar di dalam kehidupan seharian kita. Malah ajaibnya kerana perkara yang sekecil itu membawa kepada warna perubahan baru. Jika dahulu kita tidak dipedulikan tetapi hanya dengan satu kejadian ia menjadikan 'turning point' di dalam kehidupan.

Allah Maha kuasa di atas segalanya. Dia maha mengetahui sekalipun sehelai daun yang gugur di malam yang gelap gelita. Dia pencipta!

Kami masih teringat akan tepukan hangat dan bergemuruh itu. Tidak tergambarkan oleh perasaan, kegembiraan yang kami rasakan.

Minggu baru bermula. Pagi Isnin itu bas awam bergerak agak perlahan kerana ada pembaikian lopak air kecil di tengah jalan. Jadi, pada pagi itu pelajar-pelajar yang datang dari Jementah sampai ke sekolah agak lewat.

Semasa saya sampai di pengkarangan sekolah, pelajar-pelajar telah usai dari perhimpunan. Masing-masing sedang menuju ke kelas. Saya berlari-lari anak ke tempat perhimpunan. Namun, barisan kelas saya telah pun beredar.

Hairan! Semasa saya menuju ke arah tempat perhimpunan itu, ramai pelajar-pelajar junior tersenyum melambai-lambaikan tangan ke arah saya. Terpinga-pinga. Namun, lagak sebagai seorang selebriti saya balas lambaian mereka sambil menghulur senyuman mesra tanpa tahu apakah maksud lambaian itu.

"Kenapa dengan tiba-tiba mereka seolah-olah mengenali diri saya? Ada hal? Ada kes lagi?"

Terdetik di dalam hati.

Sepanjang saya memanjat tangga menuju ke kelas, hati tertanya-tanya. Kenapa, kenapa dan kenapa? Terserempak pula dengan seseorang yang sedang menuruni tangga, dia menyapa memanggil nama saya. Hairan?

"Bila pula budak itu tahu nama saya?"
Pagi itu, saya berjalan perlahan-lahan menuju ke kelas. Riuh rendah kedengaran rakan-rakan sedang sibuk bercerita. Mengulas sesuatu peristiwa penting dengan penuh suka cita.
"Assalamualaikum..Hi! Morning everybody.."

"Haaaaa..itu dia!"
Rakan-rakan menyerbu ke arah saya. Semuanya berebut-rebut bercerita tidak berbutir hujung dan pangkalnya. Salah seorang daripada mereka menghulurkan sekotak coklat, berbentuk butir-butir bebola bersalut emas. Saya semakin bingung!
"Helo..helo..kawan, satu-satu okey! Seorang-seorang..Tolong.. Saya tidak faham."
Mereka mula bercerita di dalam keadaan tenang. Satu persatu. Rupa-rupanya baru saya tahu, salah seorang VIP yang hadir pada hari itu adalah merupakan tetamu besar dari Rome, Italy iaitu Mother Natelia. Sister Dorothy Sta Maria, Guru besar kami pada ketika itu menyampaikan salam. Beliau menyatakan perasaan bangga dan kagum dengan cara kelas kami membuat persembahan. Coklat Ferrero Rocher tanda penghargaan!

"Muhibbah. Tampak perpaduan. Patriotik dan ada jati diri"
Lebih membanggakan lagi kerana ianya di puji oleh Mother Natelia. Walaupun tidak memahami bahasa [kami satu-satunya membuat persembahan di dalam bahasa melayu] namun, dia terpegun dengan persembahan tradisional Malaysia.
"Itulah..awak lambat sangat sampai. Sister panggil nama awak. Bergema-gema satu sekolah. Ada muzik mengalunkan lagu Tina Turner - You're simply the best!"

"Betul ke? Ruginya saya..."

Saya sedikit terkilan kerana terlepas acara yang sepatutnya menjadi kenangan seumur hidup.
"Jadi..coklat ini kita bahagikan kepada sesiapa yang mengambil bahagian sahajalah ye..?" Saya menguji mereka yang tidak mengambil bahagian.

"Hoi..oii! Mana aci! Sister Dorothy cakap..coklat itu untuk kelas ini. Semua orang kena bagi..bagi kena adil. Sama rata"

Mungkin itulah yang dikatakan oleh simpulan bahasa yang sering disebut-sebut orang di dalam bahasa kiasan sebagai ' Muka tembok'.

9 comments:

  1. Hahahaha...manusia biasanyer begitu...bila ada ganjaran nk berkongis tapi bila minta sumbangan sangat sukar nk memberi...berilah tangan yg memberi lebih baik dari yg menerima kn....tahniah!!

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum

    Wow...tentu terasa mat bangga. Dan persaan sayangkan sekolah tentu berlebih-llebih lagi kan...betol tak.

    Selamat berpuasa.

    Kak Wati

    ReplyDelete
  3. ralat

    amat bukan mat


    Kak wati

    ReplyDelete
  4. Salam,

    hahaha....seronoknya...puan...baru setakat sebut nama dah glamor...kalaulah puan sendiri yg naik pentas ambik hadiah time tu...emmm silap2 turun tangga pon dah ade yg minta autograph... ;-) ...puan, yang pasti kalau saya terjumpa puan saya mesti minta autograph drpd puan... bolehkan ;-)

    (psstt...dok berdoa nak sgt jumpa puan...kot2 terserempak ngan puan kat s.alam)

    ReplyDelete
  5. Salam,
    He!he! Membaca cerita Puan Roza teringat kepada pengalaman sendiri yang lebih kurang serupa. Ya, kadang-kadang budak kampung pun boleh melakukan yang terbaik dan cemerlang dari yang dikatakan terbilang. :)

    ReplyDelete
  6. Salam Puan Roza..

    Seronok baca pengalaman puan...
    Selamat Berpuasa dan Maaf Zahir dan Batin

    Mas d Miri

    ReplyDelete
  7. tahniah utk puan dan salam ramadhan dr saya

    ReplyDelete
  8. Salam semua.

    Kalau ikut scenario sekolah convent lepas ni banyak le bebudak nak buat kakak angkat or adik angkat. Dulu saya pun pernah ada pengalaman lebih kurang macam tu tapi yang jadi terkenal dan rebutan ialah palajar-pelajar yang memegang watak lelaki.

    ReplyDelete
  9. salam roza..lepas tu sure they all tertanye2 kan apa pula next performance from you all ...
    you're simply the best, roza...

    selamat menjalani ibadah puasa buat roza sekeluarga

    ~mas~

    ReplyDelete