Bacalah dengan nama tuhanmu yang maha mengetahui..



Thursday, August 13, 2009

Greetings from London!

Poskad itu rupa-rupanya telah lama berada di dalam peti surat yang tergantung di luar pagar. Entah berapa lama ia tersadai di situ tidak langsung saya sedar.

Ia terkumpul bersama pamplet jualan murah yang di hantar oleh jurujual dari rumah ke rumah. Terjumpa apabila mak meminta agar membuangkan kesemua kertas-kertas yang datang tidak di undang. Apabila mak sesekali datang bertandang.

Greetings From London!

Terdapat beberapa gambar di depan poskad itu. Bas merah dua tingkat, pondok telefon berwarna merah, London Tower Bridge dan Askar di Raja yang bertopi berbulu tinggi hampir menutup mata.

Tulisan di belakangnya hampir pudar. Pasti ia telah berhari-hari di panah terik mentari. Berhujan berpanas sehingga tulisan tidak jelas kelihatan. Saya tertanya-tanya siapa gerangan yang menghantarnya.

Namun, poskad itu saya simpan di dalam diari. Semakin kuat saya berdoa di dalam hati agar suatu hari nanti Allah mengizinkan saya pergi.

Saya sering memasang angan-angan. Agar suatu hari nanti dapat melihat sendiri semua tempat yang ada di dalam poskad itu. Menjejakkan kaki, menghirup udara dan menyentuh bangunan yang ada didalamnya. Jika tidak dengan kudrat sendiri, minta-minta dapatlah pergi bersama suami.

Beberapa bulan berlalu, saya menerima sepucuk poskad lagi dari luar negeri! Di depannya terdapat sebaris perkataan nama sebuah pekan di Wales, United Kingdom tertulis:

LLANFAIRPWLLGWYNGYLLGOGERYCHWRNDROBWILL
ANTYSILIOGOGOGOCH

Ya Allah! Bagaimana hendak menyebut nama pekan seperti itu? Saya kira itu antara nama tempat paling panjang di dalam dunia yang baru saya tahu.

Tulisan tangan di tulis dengan kecil sekali di belakang poskad. Ia hampir pudar dan amat sukar untuk di baca. Barangkali ada perkara yang hendak di cerita. Menyembunyikan identiti? Penulisnya kelihatan begitu berhati-hati sekali.

Apa kaitannya poskad dari London dan kemudian dari Wales pula? Adakah ia datangnya dari orang yang sama? Saya cuba meneka-neka. Pengirimnya pasti mengenali diri ini. Namun, kenapa tiada tanda pengenalan diri. Sebuah lagi naskah misteri!

Bezanya kini saya lebih tenang berbanding dengan beberapa tahun dahulu, apabila pertama kali menerima warkah pertama. Apatah lagi tiada kaca dan gelas yang pecah. Tiada nota yang menyatakan supaya ianya perlu di balas. Jelas. Ia lebih merupakan suatu nota kenyataan. Tidak meminta balasan.

Lagipun, saya sudah serik! Trauma rentetan peristiwa dari warkah pertama menjadikan saya lebih berhati-hati. [ warkah pertama 2, warkah pertama 3, warkah pertama dan terakhir, Dimanakah warkah pertama?] Lebih-lebih lagi ia melibatkan soal hati!

Saya tidak lagi benar-benar peduli siapa pengirimnya. Atau bagaimana intipati isi kandungan notanya. Perasaan saya agak bersahaja. Hanya sesekali sahaja terlintas di hati - apakah yang ingin disembunyikan oleh peribadi diri pengirim poskad ini?

Tiada nama. Tiada alamat disertakan. Yang jelas kelihatan hanyalah beberapa patah perkataan yang tertera :

Thinking of you...

XoXoX
London, England

10 comments:

  1. He's must be your Secret Admirer

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum

    Jeng..jeng..jeng.....episod baru.
    Ni yang mula tak sabar nak menunggu ni.

    Agaknya ada kaitan dgn secret admirer di
    "Warkah Pertama"...

    Tungguuuuuuu...


    Kak wati

    ReplyDelete
  3. Salam..

    Ya Allah.....buat kami ternanti2 lagi....huhuhuhuh...bak kata Prof..."saya pon naik gila dibuatnya"......

    lagi..lagi...& ...lagiiii

    ReplyDelete
  4. LLANFAIRPWLLGWYNGYLLGOGERYCHWRNDROBWILL
    ANTYSILIOGOGOGOCH
    eh x sngka ada nama tpt camtu.
    x sabar nak tahu siapakah gerangan secret admirer itu

    ReplyDelete
  5. Salam..

    Seronok baca blog ni. Saya minta izin follow dan letak link dalam blog saya yer.. :)

    ReplyDelete
  6. salam pn roza....

    thinking of you....oxoxo...england....hebat la..hehhe..saya seronok bace blog puan...mcm bace novel...kalu boleh bukukan mungkin lg seronok...sekadar cadangan...smoga pn sihat & bahagia dsamping keluarga...

    faradia

    ReplyDelete
  7. salam roza...actually I ni 'pembaca setia blog' you, roza..seronok membaca cerita2 kenangan lalu....apatah lg kita pernah satu sekolah, satu kelas...so,kenangan tu tak..kan padam.. tp greeting from london ni...suspense sikitlah....

    ~mas~

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum,

    Terima kasih Mas Abrizah Elias.Kawan lama yang tidak akan di lupa..

    ReplyDelete
  9. salam puan!
    thinking of me tak? or... former segamat student? haha..
    lama dah jd stalker kt blog ni.. cewah... tak tinggal jejak je.
    sambung puan, sambung! nak tau kesudahan cerita ni sebelum ramadhan, boley?

    ReplyDelete
  10. hmm..hmm..cinta sudah berputik ya..

    Kak Mas!..apa khabar Kak Mas :D

    Tuty

    ReplyDelete