Bacalah dengan nama tuhanmu yang maha mengetahui..



Wednesday, May 20, 2009

Jambu Biji



Hari demi hari. Minggu demi minggu berlalu pergi. Tanpa di sedari.

Musim cuti persekolahan yang panjang rasanya amat menyeksakan. Bagaimana tidak, kerana orang yang paling disayangi telah melukai hati. Sukar untuk mengambarkan bagaimana hendak melalui hari-hari yang mendatang.

Lukanya dalam. Hirisannya tajam. Menusuk kalbu.

"Sudahlah abah tidak sayangkan saya.. Kini Mak dan Mak Wa pula."

Hati menangis, merintih sendirian.

Masih teringat lagi pada hari yang panas terik itu, saya berlari pulang meninggalkan Mak Wa mengetam padi di tengah bendang. Hati terluka.

Entah kenapa, tiba-tiba hati terasa hiba. Tidak semena-mena air mata mencurah deras tidak tertahan. Terisak-isak di tepi semak, sendirian. Lalu, saya melayani perasaan.

Menangis sepuas hati. Sekejap kuat, sekejap berhenti.

Bimbang di lihat orang, saya memanjat sebatang pokok jambu biji di tepi denai. Sempadan tanah Mak Ngah Hajar dan Pak Long Dollah. Dari kejauhan saya dapat perhatikan sawah bendang yang terbentang, Gunung Ledang di celah kepulan awan dan sungai yang jernih mengalir lesu menenangkan perasaan.

Sambil menangis, tangan mencapai biji-biji jambu. Entah berapa biji yang di makan, tidak pula saya perasan. Tiba-tiba, ada sesaorang menyapa :
"Tidak elok makan jambu biji terlalu banyak. Kalau bijinya tidak hadam, nanti ia tumbuh di dalam."

Budak lelaki itu berkata, sambil menunjuk perutnya.
"Aaa..Budak MRSM Kuantan itu..anak Pak Long Dollah." Bisik hati saya, namun..

"Apa awak peduli..Perut saya, suka hati saya.."

"Makan sambil menangis pun tidak elok juga. Jangan menangis lama-lama, nanti bengkak mata."

Saya kehairanan. Bagaimana saya tidak perasaan budak lelaki MRSM itu boleh berada di situ. Entah berapa lama agaknya dia memerhatikan gelagat saya menangis dan meraung-raung sendirian. Kebodohan yang ketara!
"Boleh kah awak tidak masuk campur hal orang lain..?"

"Saya cuma memberitahu sahaja."

"Ok. Pokok jambu biji ini abah awak yang punya ke?

Tidak berjawab.

Dia terus berlalu. Pergi tanpa menoleh ke belakang. Meninggalkan saya sendirian di atas pokok jambu biji dengan diselubungi perasaan kesal dan malu yang mendalam.

Malunya bukan kepalang! Teramat malu!

8 comments:

  1. Salam Puan....

    Dalam kesedihan...ade senyuman....terus menanti cerita seterusnye....

    ReplyDelete
  2. ehehehe... bukan pokok jambu ayah dia gamaknya. kalau tidak mesti dia minta jatuhkan sebiji dua... ngeh ngeh ngeh...

    ReplyDelete
  3. heeheh.Ada bakat jadi penulis...
    Cuma tukar perkataan saya kepada nama sahaja. Sudah jadi cerita yang sangat menarik. Terus Puan. Terus menulis...

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum

    Roza ikut Prof ke Pasir Gudang tak hujung minggu ni.
    Kalau ikut boleh kita jumpa.

    ReplyDelete
  5. seronok membaca cerita roza.sekarang ni saya menggalakkan anak perempuan saya melayari blog ni.banyak teladan yang di perolehi.lagipun anak-anak sekarang yang kat bandar mana nak kenal dengan baruh dan denai.teruskan menulis.-ani

    ReplyDelete
  6. Bila Puan Roza akan berangkat ke Tanah Suci.Selamat mengerjakan ibadat Umrah.


    Zag.

    ReplyDelete
  7. salam roza,

    rupa2nya Roza ni kuat juga merajuk. tapi ta pa prof pandai memujuk. hehehehe...

    ReplyDelete
  8. mmm...cinta sudah berputik ya.. Ya dia memang berkarisma.

    ReplyDelete