Bacalah dengan nama tuhanmu yang maha mengetahui..



Monday, December 7, 2009

Apa ada pada nama?

Pertemuan itu merubah kehidupan saya.

Rakan serumah, teman sekelas dan rakan-rakan abang Lu'E mula memperkatakan perhubungan kami berdua. Semuanya gara-gara mereka melihat beberapa peristiwa yang dikatakan menjadi penyebab dan bukti bahawa ada tanda-tanda jalinan persahabatan sedang berlaku.

"Wahh..hari tu abang Lu'E hantar you? Tolong bawa hamper besar lagi"

"Eh..abang Lu'E yang temankan dia ke pasar Dungun. Carikan teksi"

"Emm..nampak you all berdua makan keropok lekor di kafe petang tadi. Mesti ada apa-apa ni"

"Kami nampak awak berdua berdiri lama di sebelah kafe malam tu.."


Saya hanya senyum. Diam. Takut untuk mengiakan sebuah persahabatan kerana ia baharu sahaja bermula. Masih belum terasa apa-apa. Tiada hati yang berdenyut, tiada perasaan yang melayang. Hanya debaran. Debaran kencang apabila dia memandang saya dengan wajahnya yang bersahaja.

Saya paling tidak suka dengan nama samarannya - Lu'E. Kenapa Lu'E?


"Itu nama lagu lah..Brother Louie. Brother Louie..Louie..."
Seorang rakan sehostel menyanyikan lagu Brother Louie beriringan dengan muzik yang sedang di pasang. Iramanya ceria sekali. Menarik hati.

"La..ingatkan apa jenis nama agaknya. Di kampung saya, ada seorang pakcik
kami panggil namanya Atan Luwie"
Tetapi jauh di sudut hati saya tidak akan lagi memanggilnya dengan nama Abang Lu'E. Sebaliknya menggunakan nama yang telah tercatat di dalam buku Lauh Mahfuznya - MUHD KAMIL BIN IBRAHIM. Kata ustazah, insan yang kamil bermakna insan yang sempurna.

Dan topik nama itu akan berlarutan jika ia dibincangkan terutamanya bila waktu lapang di sebelah malam. Selalunya rakan-rakan sebelah menyebelah bilik akan datang berkunjung dengan membawa sekoleh minuman dan makanan untuk di kongsikan bersama. Perceritaan akan menjadi lebih meriah di hujung minggu terutama ketika masing-masing berkumpul setelah pulang dari pasar malam.

Pelajar perempuan berwajah Lai Jo Lian yang saya temui ketika mendaftar adalah rakan sebilik saya. Panggilannya Ina Nurul. Seorang lagi bernama Zura, bercita-cita untuk menjadi seorang peguam yang berkaliber.

Kak wati dari Masai adalah orang pertama yang saya kenali. Banyak ciri-ciri perawakannya yang saya senangi dan kami boleh berkongsi cerita. Beliau sebilik dengan jiran saya dari Jementah yang telah bertukar nama kepada Nita. Nama panggilan di rumahnya? Biarlah menjadi rahsia antara kami berdua.


Apa ada pada nama?

Di kampung saya, rata-rata kawan lama menpunyai nama panggilan manja. Jika nama sebenar mereka Hashimah. Lalu, panggilan manja mereka menjadi Cimah Cimut. Yang bernama Ita akan menjadi Itot. Gelaran seperti itu hanya akan digunakan kepada rakan yang hampir sahaja. Nama akan bertukar beredar mengikut usia.

Nama saya? Mak namakan asalnya bernama Rozana. Dikatakan ia tidak serasi kerana semasa bayi saya berkudis kerapu satu badan [nota: masih adakah yang percaya ia terjadi kerana nama?]. Lalu, seorang imam di masjid kampung Paya Jakas menamakan saya sebagai Raudhah tetapi di tulis sebagai Raudzah.

Mak kata ia nama sebuah taman di syurga. Ia juga sebuah tempat di dalam masjid nabawi berhampiran dengan pusara Rasullulah di Madinah. Hakikat sebenarnya, nama itu adalah ketetapan Allah.

Namun, saya paling tidak suka cara mak wa memanggil saya dengan sebutan Ra Odah. Panggilannya Odah.

"Mak wa..nama saya Raudhah atau Raudzah. Bukan Odah!"
"He..he..nak panggil apa?"
"Raudzah.."

Di rumah, seluruh keluarga memanggil saya sebagai Kak Ngah. Memperkenalkan kepada orang lain sebagai Roza. Tetapi kerana saya agak pelat semasa kecil mereka terikut-ikut dengan panggilan manja yang membahasakan diri saya dengan nama Oca. Di universiti, apabila memperkenalkan diri saya katakan kepada mereka;

"Panggil saya ROZA.."

11 comments:

  1. Salam Roza,

    Masa zaman2 kita tu mmg lagu Brother Louie Louie dari kump. Modern Taking tu tengah top meletup-letup. Lagu kegemaran Abang Lu'E kot? Di kg suami sayapun ada jugak nama org kg dipanggil Cik Luwei (ejaan sebenar tak pasti), umur dah 70an kot.

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum

    Akak suka nama manja Oca, tapi Roza tak suka sangkakan akak mempermainkan nama tu.
    Nasib baik merajuk Roza tu tak panjang..
    he..he..he...


    Kak wati

    ReplyDelete
  3. Kak wati dari Masai adalah orang pertama yang saya kenali. Banyak ciri-ciri perawakannya yang saya senangi dan kami boleh berkongsi cerita.

    ====

    tumpang tanya kak wati di komen atas
    tu sama ke dengan dalam cerita roza???

    hmmmmm...


    tertanya-tanya

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum najwa's mom,

    Emmm...kak wati?
    Barangkali dialah orangnya..

    ReplyDelete
  5. Asalamualaikum Puan Roza,

    Alhamdulillah ....... happy ending. Kalau tak selalu tertunggu2 apa pula lepas ni. Suspen juga. Semoga jodoh berpanjangan hingga ke akhir hayat. Amin....

    Chombi

    ReplyDelete
  6. salam,

    ye laa puan...masa kat zaman "U" nie lebih banyah banyak new nick name yg kita akan dapat berbanding zaman sekolah2...& ramai di antara mereka, nick name itu kekal ke hari ini....

    actualy nama puan sama dengan nama my sister...Rhaudhah Anis...(juga ex UITM Johor & sekarang di Uitm Dungun)

    ReplyDelete
  7. salam,

    akhirnya abg lue menjelma dgn nama sebenarnya.

    ReplyDelete
  8. Patut pun masa kecil dulu suka sangat lagu brother Louie tu..hehe..

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum Hanis,

    Salam ukhwah dari saya untuknya - Rhaudhah.

    Ejaan nama ni pun terdapat berbagai versi yang ditulis oleh cikgu - RAUDZHAH, RHAUDZAH,RAUDAH, RHAUDHA..

    he..he susah rupanya nak eja.

    ReplyDelete
  10. yeaayyy.. dah jumpa siapa Abang Lu'e!! hehehe

    ReplyDelete
  11. Yuk Merapat Best Betting Online Hanya Di AREATOTO
    Dalam 1 Userid Dapat Bermain Semua Permainan
    Yang Ada :
    TARUHAN BOLA - LIVE CASINO - SABUNG AYAM - TOGEL ONLINE ( Tanpa Batas Invest )
    Sekedar Nonton Bola ,
    Jika Tidak Pasang Taruhan , Mana Seru , Pasangkan Taruhan Anda Di areatoto
    Minimal Deposit Rp 20.000 Dan Withdraw Rp.50.000
    Proses Deposit Dan Withdraw ( EXPRES ) Super Cepat
    Anda Akan Di Layani Dengan Customer Service Yang Ramah
    Website Online 24Jam/Setiap Hariny

    ReplyDelete