"Abang Kamil tunggu siapa?"
"Roza"
Ya Allah. Saya hampir pengsan mendengarkan jawapannya yang bersahaja. Seumur hidup, saya tidak pernah di layan seperti itu. Sejak dari kecil hinggalah ke usia 18 tahun, saya sentiasa belajar berdiri di atas kaki sendiri.
"Cari dua orang lagi kawan untuk cukup satu teksi"
Dengan segera saya mendapatkannya. Dua orang rakan sama-sama menaiki bas ekspress Johor Bahru-Kuala Terengganu bergerak pantas memasukkan barangan mereka ke dalam teksi. Kedua-duanya tersengeh menampakkan gusi.
Beliau meneruskan cerita sambil mengesat air mata. Saya hanya memasang telinga. Diam."Akak cari siapa," sapa saya.
"Ada tak sesiapa yang bernama Roza?" jawab beliau.
"Sayalah Roza!"
Perbualan bersahaja tiba-tiba bertukar nada.
"Awak berkawan dengan kamil?""Ya.."
"Saya sudah lama berkawan dengan dia. Sudah beberapa semester. Awak suka dia?"
"Ya. Suka!" jawab saya dengan nada ceria.
"Saya tahu dia berkawan rapat dengan beberapa orang perempuan. Pensyarah pun ada.. tetapi saya tidak pasti sejauh mana perhubungan mereka.."
Dia terhenti di situ dan dengan susah payah meneruskan kisahnya.
"Tetapi.. kali ini saya dapati dia betul-betul berubah hati. Cuba mengelakkan diri daripada saya sejak awal semester. Ramai kawan-kawan katakan semuanya berpunca daripada awak!"
Nada suaranya kini mulai meninggi. Renungan matanya memandang ke arah saya. Tajam sekali. Namun, saya hanya diam membisu. Memerhatikannya dengan simpati. Apa yang harus saya katakan? Saya baru sahaja hendak menyambut sebuah persahabatan. Ia masih terlalu awal untuk diikatkan sebagai hubungan yang kekal. Ikatan janji belum lagi dimenterai.
Kami diam beberapa ketika. Masing-masing melayani perasaan sendiri."Nak saya buatkan teh atau kopi?"Semakin kuat tangisannya didengari. Saya mencari-cari sesuatu untuk diberikan kepadanya bagi mengesat air mata.
"Ambil sapu tangan ini. Kesatlah air mata"Beliau menyambutnya sambil melemparkan senyuman yang tawar. Lalu, saya meneruskan kata-kata setelah melihatnya kelihatan tenang seketika.
Kenapa bersedih? Bukankah jodoh pertemuan itu di tangan tuhan. Kita tiada kuasa menentukannya. Saya sendiri tidak tahu siapakah jodoh saya nanti. Mungkin bukan dia.."
"Jangan main-mainkan hatinya. Saya sayangkan dia.."
Kami diam. Hanya terdengar esakannya yang semakin perlahan. Beliau bangun menuju ke arah pintu sebagai isyarat badan untuk pergi. Saya menghantarnya separuh jalan ke muka pintu utama. Sebelum pergi, saya menyentuh lengannya dan mengemukakan suatu pertanyaan dari lubuk hati;
"Baik. Apa yang harus saya lakukan?"
"Sayangi dia. Jangan lukakan hatinya.."
dramatik!
ReplyDeleteAssalamualaikum
ReplyDeleteAda sikit2 macam cerita "kuch kuch hota hai"
Teruskan episod seterusnya Roza.
Kak wati
Hehe. Jalan hidup yang sangat menarik! ehehe
ReplyDeleteTak pasti pulak samada akak kenal atau tidak dgn pelajar senior yg jumpa Roza tu. Antara kwn2 yg akak masih ingat ialah Zahrah Ramly, Norita, Norlizah Abu Bakar, Rahmat Hajaruddin, Hisham Baba ( semuanya student DIB. Ada jugak kwn2 student DIA tapi dah lupa nama (InsyaAllah, kalau jumpa masih ingat muka).
ReplyDeleteByk kenangan di Restoren AA. Ada lagi ke restoren tu skrg?
kak roza buatlah buku..
ReplyDeletegerenti saya beli...
:-)
very very very dramatik
ReplyDeleteak roza buatlah buku..
gerenti saya beli...
:-)
setuju setuju setuju....
Assalamualaikum,
ReplyDeleteTulis buku?
Cerita tentang insan kerdil macam saya ni ada ke orang nak beli?
slm, k roza.
ReplyDeleteAda, Saya!!Jom ramai2 angkat tgn siapa nak beli buku k. roza.. Tak sbr tunggu sambungannya..
salam..kak roza,romantiknye kisah cinta kampus..
ReplyDeletesaya angkat tangan...
ReplyDeleteooh lupa
ReplyDeleteprof kan tengah edit buku roza...
hmmm buku apa agaknya ye roza????
Saya2 :) menarik kisah Puan ...
ReplyDeletesalam,
ReplyDeleteFirst time baca kisah niyh..
cerita ttg akk ker??
ttg some1 or ttg hasil nukilan..
klu xkeberatan bolehlah kita berhubung utk menceritakan kisah masing2..
~aShMiDa~ said...
ReplyDeletettg some1 or ttg hasil nukilan..
saya rasa some1 = kak roza...
salam,
ReplyDeletecerita yg terus mendebarkan...
saya pasti akan membelinya...tp tanak pula tunggu masa berbulan2 lg mengikuti sambunggan cerita ini..
ayuh sambung ceritamu....
ReplyDeletesaya akan beli buku puan kalau puan buat buku...:)
ReplyDeleteYuk Merapat Best Betting Online Hanya Di AREATOTO
ReplyDeleteDalam 1 Userid Dapat Bermain Semua Permainan
Yang Ada :
TARUHAN BOLA - LIVE CASINO - SABUNG AYAM - TOGEL ONLINE ( Tanpa Batas Invest )
Sekedar Nonton Bola ,
Jika Tidak Pasang Taruhan , Mana Seru , Pasangkan Taruhan Anda Di areatoto
Minimal Deposit Rp 20.000 Dan Withdraw Rp.50.000
Proses Deposit Dan Withdraw ( EXPRES ) Super Cepat
Anda Akan Di Layani Dengan Customer Service Yang Ramah
Website Online 24Jam/Setiap Hariny