Bacalah dengan nama tuhanmu yang maha mengetahui..



Monday, December 14, 2009

Satu Anugerah

Saya dipertemukan Allah dengan dirinya. Ditakdirkan berkenal mesra, berpisah sementara dan akhirnya dia menjadi jodoh saya.

Jodoh yang disatukan hasil solat Istiharah. Yang dilakukan bukannya cukup sekali. Malah berkali-kali demi ketetapan hati. Agar hati menjadi sekental besi. Bersedia mengharungi cabaran dan rintangan yang mendatang.

Lalu, Allah menguji kesabaran diri. Ujian yang membuatkan saya gentar lantas berdoa;

"Ya Allah, Inikah dia jodoh ketetapan-Mu yang didatangkan hasil dari istiharahku? Benarkah dia jodoh yang terbaik untuk ku? Jika benar, berikanlah daku sifat yang sabar. Jika benar berikanlah daku di kesempatan yang ada untuk melihat dia berubah. Berubah menjadi apa yang ingin daku inginkan.

Diriku takut sekali ya Allah, jika ajalku sampai terlebih dahulu, tidak dapat lagi daku mendoakannya. Sedangkan dia adalah dia yang seakan redha dengan kejahilannya"

Kenapa sampai saya berdoa begitu?

Selama ini saya dianugerahkan Allah seorang suami yang bertimbang rasa dan istemewa. Banyak sekali nikmat yang dikongsikan bersama. Jika tidak kerana dia..pasti kemuliaan, penghormatan dan kelebihan tidak mungkin saya kecapi. Perbezaan saya dengan dia di dunia ini dirasakan bagai langit dengan bumi.

Ya Allah. Suamiku ini adalah anugerah dari sisi-MU. Yang perlu disyukuri dan diredhai. Namun, apakah daku benar-benar bersedia menerima keadaan seadanya? Rela melihat dia menutup mata dan pergi di dalam keadaan yang tidak rela daku saksikan..?

Wahai tuhan, dari-Mu kami datang. Kepada-Mu jua kami akan dikembalikan.

Salam Maal Hijrah.

5 comments:

  1. Semoga Allah memberkati hidup anda berdua.Kekal abadi hingga ke akhir hayat. Amin.

    ReplyDelete
  2. salam,

    bergenang air mata membaca doa puan.....

    nie yg membuatkan terus tak ternanti2 travelog cinta abadi....

    ReplyDelete
  3. Salam,
    Saya suka cara puan berdoa... semoga puan terus bahagia di sisi dia sehingga ke akhir hayat...

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum

    bait-bait doa yang menyebakkan dada....

    kak wati

    ReplyDelete
  5. Salam,
    Puan Roza,

    Doa itu jalan-jalan menemui Allah SWT. Lupa mahu menaipkan email saya tempohari. Naskhah itu kalau sudi boleh puan emelkan pada : aliffmuhammad@gmail.com. Dulu saya bekerja sebagai pembaca pruf galei sebelum menjadi pembantu penerbitan tv.

    ReplyDelete