Bacalah dengan nama tuhanmu yang maha mengetahui..



Tuesday, December 22, 2009

Mertua 2

Bagaikan tidak percaya, cerita suami yang menyatakan bahawa ayah adalah seorang bapa dan bekas guru pesara yang garang. Di mata saya, ayah adalah seorang yang amat penyayang. Mengasihi saya dan anak cucunya. Beliaulah yang menghantar anak-anak dan cucu-cucu yang masih bersekolah ketika itu. Pergi dan balik setiap hari.

Selepas menghantar anak cucu ke sekolah, ayah akan menjemput pula wan di rumah untuk ke pasar di Kampung Raja. Sementara wan ke pasar membeli lauk pauk untuk makanan, beliau akan menguruskan berbagai urusan – bil air dan api. Pulang nanti, pasti ayah akan membawa kuih muih dan segala macam makanan kegemaran anak cucunya.

“Roza, pandai makan akok ke dok?

“Makan..Ya Allah, ayah beli apa lagi tu?

“Hok ni namanya Nekbat. Itu kuih Bokong Ubi”

Di masa yang lain

"Roza, makan sup tulang campur perut? Malam nanti ayah pergi cari di Kuala Besut"

Setiap hari berlainan jenis kuih muih yang diperkenalkan. Suami saya pernah bercerita bahawa mereka bukanlah datangnya dari keluarga yang mewah. Tetapi kemewahan mereka dapat saya gambarkan dengan makanan yang ada di atas meja. Subhanallah! Tidak pernah putus juadah yang ada di atasnya. Dari pagi hingga ke senja.


Semasa berada di rumah mertua, saya melihat wan menjahit kain lampin, dan tali barut untuk bakal bayi yang akan dilahirkan nanti. Walhal kandungan saya baru masuk empat bulan sahaja. Apabila melihat wan menjahit bantal dan tilam kekabu, serta merta hati menjadi sayu.

Kuasa Allah, menemukan saya dengan mereka. Semasa kecil saya pernah mengangankan agar mak wa dapat menjahit dan menyediakan bantal kekabu untuk anak-anak saya. Ketika itu saya tidak membayangkan bahawa mak wa akan kehilangan sedikit ingatan dan penglihatan kerana usia. Lalu, Allah mengantikannya dengan emak mertua!

Wan sibuk sekali mencari kain cotton yang sesuai untuk di buat sarung tilam dan bantal untuk bakal cucu dari anak lelaki sulungnya. Sedangkan saya sendiri masih terkapar-kapar tidak tahu apa-apa. Tidak tahu apakah keperluan bayi yang bakal dilahirkan nanti.

“Warna biru, bunga kecil ni Roza suka?”
“Ya Allah wan..suka. Tapi tak usah susah-susah”

Seminggu di rumah mertua, saya terasa dilayan dengan begitu istemewa. Paling terkesan adalah kasih-sayang mereka. Yang tidak berbelah bahagi. Sepanjang seminggu, saya merasakan seperti sebahagian daripada mereka. Walaupun dua belas orang anak-anak wan, namun kasih sayangnya masih melimpah ruah!

“Ya Allah, daku merasai kasih sayang-Mu. Bagaimana lagi untuk daku tidak
bersyukur kepada-Mu?”


Ayah dan wan menghantar saya pulang hingga ke lapangan terbang di Kota Bahru. Sebelum pergi, saya mencium tangan ayah. Terasa ia bagaikan mencium tangan abah. Kemudian, saya mendakap wan dengan penuh kasih sayang. Lama sekali. Sayang untuk melepaskannya pergi. Terasa pelukan wan sama seperti pelukan cinta hati saya yang pertama : mak wa! Perlahan-lahan pelukan itu terpaksa dilepaskan. Kemudian, saya mencium pipinya. Tidak menduga saya mengalirkan air mata.
Hari ini air mata masih lagi mengalir tanpa di paksa-paksa apabila merindui mereka. Rindu sekali! Al-Fatihah untuk wan dan ayah.

11 comments:

  1. Salam puan Roza,

    Mengalir air mata membaca n3 kali ni, saya pun sayangkan nenek saya seperti puan sayang kan mak wa.

    ReplyDelete
  2. Ya Allah....jenuh saya menahan air mata untuk tidak mengalir bila membaca sambungan cerita puan...tp tak mampu....kabur terus di akhir cerita....

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum

    Tumpang syahdu membaca entry ini....
    Tanpa sedar mengalir airmata

    ReplyDelete
  4. Salam Roza.Syahdu sungguh membaca n3 ni.Teruskan menulis...

    ReplyDelete
  5. Salam.

    Kak Roza sungguh bertuah...
    Bukan semua orang dapat merasa kasih sayang melimpah ruah...

    ReplyDelete
  6. Kak Roza,
    Terima kasih untuk entri ini. Ibu mertua saya telah datang mengunjungi kami sebulan yang lampau dan kali ini, tanpa suami bagi saya, dan baginya, tanpa anak kesayangan, perhubungan kami menjadi lebih erat. Subhanallah...

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum D,

    Subhanallah!

    Mendapat ibubapa mertua yang baik dan bertimbangrasa juga merupakan rezeki limpahan dari Allah yang maha Pengasih lagi maha Penyayang.

    ReplyDelete
  8. Alhamdullillah, status ibu/ayah mertua sama macam status ibu/ayah sendiri, tak lebih tak kurang.

    Saya sendiripun semasa berpantang ketiga2 anak dibela oleh ibu mertua. Setiap kali bila dpt kabar saya nak bersalin, ibu & ayah mertualah yang tiba di hospital dahulu dari Kuala Pilah ke Melaka. Sehari bermalam di Melaka, terus saya di bawa pulang ke kg rumah ibu mertua sehinggalah habis tempoh cuti 2 bulan. Sehingga air mandi sayapun, ibu mertua sediakan.

    Mak sendiri hanya dtg selepas 2-3 hari saya bersalin. Bukannya tak sayang, cuma mak sendiri tak reti nak jaga baby kecil.

    ReplyDelete
  9. Semua orang diberi Allah kasih sayang melimpah ruah, cuma kita seringkali lupa dan alpa.

    Pauziah.

    ReplyDelete
  10. Roza,
    Ingat lagi ke kisah " mabuk air tuak " ?

    ReplyDelete
  11. Yuk Merapat Best Betting Online Hanya Di AREATOTO
    Dalam 1 Userid Dapat Bermain Semua Permainan
    Yang Ada :
    TARUHAN BOLA - LIVE CASINO - SABUNG AYAM - TOGEL ONLINE ( Tanpa Batas Invest )
    Sekedar Nonton Bola ,
    Jika Tidak Pasang Taruhan , Mana Seru , Pasangkan Taruhan Anda Di areatoto
    Minimal Deposit Rp 20.000 Dan Withdraw Rp.50.000
    Proses Deposit Dan Withdraw ( EXPRES ) Super Cepat
    Anda Akan Di Layani Dengan Customer Service Yang Ramah
    Website Online 24Jam/Setiap Hariny

    ReplyDelete