Bacalah dengan nama tuhanmu yang maha mengetahui..



Sunday, December 13, 2009

Travelog Cinta Abadi: Itu yang Tertulis [I dan II]

Saya sedang menyiapkan fasa terakhir buku di atas. Saya hentikan Hidup itu Indah.... di sini. Saya tetap akan menulis tetapi berkisar kepada topik baru. Inilah sedikit Kesyukuran yang dipetik dari buku tersebut.

Siapa yang sudi untuk membaca manuskrip Travelog Cinta Abadi: Itu yang Tertulis [I]? Hantarkan e-mel kepada:

raudzah_roslan@yahoo.com

KESYUKURAN

Esok, saya tidak pasti apa yang bakal saya lalui. Besok terlampau panjang. Sejam daripada saat ini pun tidak jelas dan nyata, apatah lagi untuk memikirkan hari esok.

Jika sampai masanya dipanggil pulang, entah sempatkah saya berlari pulang ke pangkuan mereka yang tersayang. Mampukah saya memohon keampunan dan mengucapkan selamat tinggal. Atau mungkinkah hari semalam sudah menjadi saat-saat terakhir bersama mereka.

Mungkinkah sebentar lagi adalah saat terakhir saya menyedut dan menghembus nafas, menghirup udara dan melihat semua yang saya sayangi di hadapan mata. Ajal maut di tangan Dia!

Lalu apa yang telah kita lalui merupakan satu nikmat yang telah dianugerah Allah. Segala-galanya. Tidak kira ia kisah seorang raja atau menteri maupun penyapu jalanan. Kisah seorang ibu ataupun seorang pensyarah. Mereka yang berpendidikan ataupun jauh di hutan belantara.

Dalam keadan biasa, saya seorang insan biasa-biasa yang biasanya dikatakan tiada merit untuk membukukan perjalanan kehidupan. Dalam keadaan yang tidak biasa, setiap catatan manusia biasa boleh menjadi satu ilmu kerana laluan perjalanannya boleh ditafsir atau dilihat melalui pelbagai perspektif.

Barangkali itulah sebabnya bisikan hati terlalu kuat untuk merakamkan kisah semalam yang telah saya miliki. Semalam dan hari-hari sebelumnya yang sudah pasti berlalu bukan kerana perasaan bangga atau riyak tetapi lebih kepada mensyukuri segala nikmat yang diberikan oleh Allah SWT. Barangkali ia boleh menjadi sempadan atau teladan kepada pembaca.

Travelog Cinta Abadi: Itulah yang Tertulis bukanlah sebuah novel khayalan atau imiginasi kreatif. Ia adalah secalit [mungkin tidak sampai pun secalit] warna-warna kehidupan yang telah dialami. Cuma bezanya, dulu ia berlalu tanpa tafsiran nyata tentang hakikat sebenar kehidupan yang telah saya lalui.

Saya bersyukur kisah-kisah semalam yang tercatat di sini dilalui bersama mak, abah, mak wa, tok abah, tok pak, adik-beradik, ipar-duai, rakan taulan, sanak saudara dan ribuan yang lain. Di atas segalanya, suami serta anak-anak mempunyai tempat ingatan yang paling istimewa. Mereka amat bermakna meskipun ia hanya sebahagian daripada tempoh pengkongsian perjalanan kehidupan tersebut.

Kehidupan setiap insan adalah aturan Allah yang telah ditetapkan. Ia bukan milik individu. Malah setiap pemegang watak utama juga tidak berpeluang untuk mengawal lakunannya secara mutlak. Ia bergantung kepada kekuasaanNya.

Lalu saya mohon keizinan ilham dari-Nya agar saya tidak hanya melihat sesuatu kejadian dengan pandangan mata semata-mata. Saya pohon kasih-sayangNya agar saya dapat melihat dengan hati dan perasaan yang terbuka. Saya juga sentiasa memohon agar Allah memberi panduanNya secara jelas dan nyata.

Kenangan cerita diri. Ia benar-benar telah termaktub di dalam buku setiap insan. Ia tertulis sejak azali. Dalam setiap kejadian atau peristiwa, nyata ada bacaan hati dan perasaan yang terbuku ketika itu. Namun tafsiran dan pandangan terhadap peristiwa yang sama nyata berbeza apabila masa berubah. Travelog Cinta Abadi: Itu yang Tertulis meminta saya menoleh ke belakang, mengsyukuri dan menikmati hari ini sambil meniti hari esok.

Saya hadiahkan catatan ini kepada khalayak pembaca. Semoga ia diterima Allah sebagai satu ibadat. Ampunilah saya ya Allah!

Raudzah Roslan
2 Januari 2010

18 comments:

  1. Assalamualaikum.
    Semoga suksess selalu.
    Sebelum ini, saya menjadi pembaca senyap di rumah maya Puan, tapi setelah berjumpa Puan tempoh hari, rasanya tidak patut saya menjadi pembaca senyap lagi. Saya mula kenal pada Puan di entri ini http://muhdkamil.net/kehidupan/2008/10/17/penulis/ Sebelum saya membaca catatan yang di tulis Puan itu, saya sungguh serabut dengan pelbagai perkara, setelah saya baca, alhamdulillah, dengan izin ALLAH, saya dapat sedikit jalan keluar, lalu saya catatkan sedikit di sini: http://mumtazah.net/blog/?p=472 Nikmat ALLAH mana yang saya dustakan? Semoga Puan terus menulis. Semoga ALLAH permudahkan kerja buat Puan. Wassalam.

    ReplyDelete
  2. Saya teringin sangat membaca manuskrip tersebut..kakju sentiasa mengikuti cerita Roza..Muga dalam rahmat Allah...Mumtazah ni budak Uitm ke?Mcm anak sedara kakju je...tk

    ReplyDelete
  3. roza
    Akak ingin nak baca....
    walau pun baru bertemu blog ini, tapi akak dah baca hampir 70% n3 roza yang lepas-lepas..
    insyaAllah nanti akak e-mail!

    ReplyDelete
  4. salam puan,

    saya nak baca menuskrip cerita puan....& kalau berkesempatan nak juga berapa pada hari pelancaran novel tersebut :-)

    ReplyDelete
  5. Saya nak baca manuskrip. Alamat email aryatib@gmail.com

    ReplyDelete
  6. salam puan,

    saya nk baca manuskrip puan..
    email saya ylial2005@yahoo.com

    ReplyDelete
  7. hisham@kelantan.uitm.edu.my

    teringin nak menelaah satu...

    ReplyDelete
  8. Salam...Pn. Roza,

    Kalau diizinkan oleh Allah kak pun nak baca manuskrip puan. Kak telah menjadi pengunjung setia Pn Roza sejak mula mengenali Pn. Roza (melalui catatan je) diblog tn. Prof Kamil. Pernah mengharap (dalam hatilah) Pn. Roza dapat sama mencoret pengalaman Pn. Roza semasa menunaikan haji bersama suami. Adakah coretan itu termasuk dalam manuskrip tu..harap-harap ada yek. kalau kak tak terpilih membaca manuskrip pun tak pe asalkan dapat memiliki buku Pn. Roza yang di tanda tangani sendiri pengarangnya.

    Ksk Noorsiha Ab. Manaf
    knowcha@yahoo.com

    ReplyDelete
  9. :) Travelog Cinta Abadi!! InsyaAllah kejayaan berada di sisi Kak Roza!

    ReplyDelete
  10. Salam Kak Roza...
    Saya sentiasa mengikuti perjalanan cerita n menjadi pengunjung setia blog Pn Roza...(secara senyap). Saya nak baca manuskrip puan...email saya fliza_maz@yahoo.com

    ReplyDelete
  11. saya mengikuti perjalanan cerita Pn. Roza. Saya
    berasal dari Labis.Saya pengunjung setia blog puan. Saya nk juga membaca manuskrip puan.e-mail saya ungpre@streamyx.com

    ReplyDelete
  12. Assalamualaikum,

    Terima kasih kepada semua di atas kesudian itu.

    InsyaAllah, saya akan menghubungi tuan/puan yang terpilih mengikut gerakan hati dari Allah.Sesungguhnya Dia mendengar bisikan hati yang ikhlas.

    Salam Maal Hijrah.

    ReplyDelete
  13. Salam,

    Puan Roza,

    Aliff suka kalau dapat membacanya, mungkin pengalaman menjadi 'pruf reader boleh membantu

    ReplyDelete
  14. Dah ambil keputusan akhirnya...moga segalanya berjalan dgn lancar..

    -Na Roslan-

    ReplyDelete
  15. saya juga berminat.dah baca blog ni dr awal
    mawarni79@yahoo.com

    ReplyDelete
  16. Salam puan roza,
    Saya pembaca setia blog puan, dari mula sampai sekarang. Saya ingin nak baca manuskrip puan... email saya saniahibrahim856@gmail.com

    ReplyDelete
  17. Salam Roza,

    Saya juga berminat untuk membaca manuskrip Roza, jika diizinkan-Nya... selalu mengikuti dan membaca entri Roza setiap kali menjenguk KRTS...tp ada juga sekali-sekala tertinggal..

    hanila_kota@yahoo.com / hanila.smktp08@gmail.com

    tkasih.

    ReplyDelete
  18. Yuk Merapat Best Betting Online Hanya Di AREATOTO
    Dalam 1 Userid Dapat Bermain Semua Permainan
    Yang Ada :
    TARUHAN BOLA - LIVE CASINO - SABUNG AYAM - TOGEL ONLINE ( Tanpa Batas Invest )
    Sekedar Nonton Bola ,
    Jika Tidak Pasang Taruhan , Mana Seru , Pasangkan Taruhan Anda Di areatoto
    Minimal Deposit Rp 20.000 Dan Withdraw Rp.50.000
    Proses Deposit Dan Withdraw ( EXPRES ) Super Cepat
    Anda Akan Di Layani Dengan Customer Service Yang Ramah
    Website Online 24Jam/Setiap Hariny

    ReplyDelete