Saya meminta pandangan seorang rakan bernama Intan. Beliau amat berbakat sekali kerana berasal dari keluarga yang berlatarbelakang seni. Keluarga mereka kebanyakannya terlibat dalam bidang senibina.
"Ok ke?"
"Kita bertawakal sahaja kepada Allah. Itu sahaja kemampuan kita"
"Ni kak Radzi bagi upah"
"Eh, Tidak payah. Saya lakukan ikhlas kerana Allah. Ia perkara kecil. Rasanya tidak perlulah kita berkira"
Tengahari itu, Kak Radzilah yang menguruskan penghantaran ke Dewan Besar. Karnival aktiviti pelajar akan dirasmikan pada pukul 3.00 petang. Keputusan Pertandingan gubahan hanya akan diumumkan pada lewat petang.
Saya kepenatan. Selepas solat zohor saya tertidur hinggalah dikejutkan oleh laungan azan Asar. Saya terjaga. Tergerak di hati untuk melihat apa yang dikatakan karnival aktiviti pelajar apabila di pelawa oleh rakan sehostel.
"Ya Allah.. ramainya orang"
Kami melawat dari satu ruang pameran ke satu ruang yang lain. Terpesona mendengar ketukan mesin taip yang dialukan bersama muzik oleh pelajar pengajian kesetiausahan. Kagum dengan kumpulan komander yang mempamerkan peralatan di dalam khemah ala-ala prajurit mereka.
Terhenti lama di ruang pameran pengajian "Hot Cat" [Hotel Catering]. Ia benar-benar panas dengan peralatan set hidangan, perhiasan serta layanan istemewa setaraf hotelnya. Malah saya terleka dengan tunjukcara pelbagai cara lipatan napkin. Rasanya saya banyak belajar daripada pemerhatian tersebut.
Akhirnya saya terpaku di tempat pameran dan jualan barangan perak dari kraftangan Kelantan. Kerja tangannya amat halus dan menawan. Saya membelek-belek kerosang, kemudian gelang tangan hinggalah dari sebesar-besar hinggalah sekecil-kecil subang. Saya terfikir alangkah cantiknya jika saya yang mengayakannya. Tentu menarik dipandang orang.
"Ya Allah, patutlah perempuan dikatakan akan di humban ke neraka hanya kerana perasaan meluap-luap untuk menunjuk-nunjukan perhiasan mereka!"Tiba-tiba saya mendengar sapaan seseorang dari arah belakang;
"Subang yang itu cantik sekali. Sesuai untuk awak""Err.. ya. Tetapi saya cuma hendak tenguk-tenguk sahaja"Kakak penjaga gerai segera berkata;"Ambillah dik.. cik abe [abang] kata cantik tu..""Err.. saya datang berlenggang dan tidak membawa wang"
Saya merasa amat malu sekali. Bukan sahaja saya tidak membawa wang, jika di bawa dompet sekalipun pasti ia tidak mencukupi!
Tawaran dari abang Lu'E berselang seli dengan kata-kata pujukan daripada pengerai hampir-hampir memutar hati saya. Di telinga kiri syaitan membisikkan agar saya menerima tawaran. Di telinga kanan terdengar pesanan mak agar jangan terlalu mudah menerima pemberian orang."Ambillah yang itu. abang belanja," Abang LuE terus mendesak."Corak bunga tanjung tu memang paling diminati"
Sedang saya berperang dengan bisikan-bisikan tiba-tiba terdengar pengumuman dari corong pembesar suara;
"Tempat kedua Pertandingan Gubahan.. jatuh kepada Rumah A2! Gubahannya bertemakan Merak Kayangan. Di minta wakil naik ke pentas"
Saya menoleh ke kiri dan ke kanan namun kak Radzi tidak kelihatan.
"Rumah A2.. Hostel A2.. sila wakilnya naik ke pentas"
Spontan kaki saya melangkah pergi. Di atas pentas saya menerima sebuah hamper besar dan sejumlah wang sagu hati.
Petang itu [dengan pertolongan abang Lu'E] seorang rakannya yang mempunyai kereta menghantar kami dan hadiah hamper pulang ke hostel. Sebelum saya dan rakan serumah melangkah masuk ke dalam pagar hostel, saya menerima sesuatu yang tidak di sangka-sangka;
"Abang harap awak suka...""Subang bunga Tanjung.. untuk saya?"
Kak Roza...Alamak.. so romantik la "Abang Lu'E" ni... so sweet... Dah tgk gambar muda Abg Lu'E akak di blog beliau... takder perubahan dari segi rupa... hanya perbezaan susuk tubuh yang agak ketara... =).. tak sabar nak tunggu next episode.. mcm Nur Kasih la pulak...
ReplyDeleteSalam,
ReplyDeletehahahaha...akhirnya dapat 2 hadiah dalam 1 masa...
mimi...ye laaa cerita puan nie dah mengalahkan cerita Nur Kasih....
Salam Kak Roza,
ReplyDeleteYa Allah...seronoknya....xdapat digambarkan perasaan saat itukan especially dapat hadiah subang bunga tanjung dari seseorang yang bernama 'abang LuE...'..diakan pelajar yang dikagumi ramai, diminati ramai perempuan, tetapi masih 'high taste'..
Laila
Salam Roza,
ReplyDeleteSaat yang sungguh indah dalam hidup...beberapa langkah sebelum "jatuh cinta'..hikks!! :)
Hi...hi..hi... hadiah ada makna tu..bukan bagi kosong. Abang LuE tu pelajar akaun kan? Tu dia nak buat investment lah tu...
ReplyDeleteAssalamualaikum
ReplyDeleteTu dia....cerita cinta dah bermula....
Nasib baik panggil Intan yang tolong.
Kalau panggil kak wati sure merak kayangan jadi sayur cap cai...ha..ha..ha
kak wati
Salam Kak Roza,
ReplyDeletelama tak meninggalkan jejak...(walaupun tak miss baca entri)
wah, wah...cinta sudah berputik langsung memekar seindah si bunga tanjung ;)
wah...semakin menarik cerita pn. roza...teringat dewan sri sura....alangkah manisnya kenangan itu pastinya...
ReplyDeletesalam Puan Roza busy body sikit ye! he..he.. nak tanya masih disimpan lagi ke subang bunga tanjung yang abang Lu'E bagi tu. Sentimental value ... Dilla
ReplyDeletemata saya juga bermanik bila membaca ayat puan di n3 prof pagi nie...
ReplyDelete“Perkhawinan ini adalah pilihan istikharah. Ya Allah adakah ini jodohku hasil istikharahku. Jika benar adakah aku rela untuk membenarkan dia mati dalam keadaan begini….”.
Ya Allah Puan Roza,, terkasima saya membaca cerita ini. Teruskan menulis puan.
ReplyDeleteawww... memang romantik! :)
ReplyDeleteSalam Pn. Roza,
ReplyDeleteAkak baru pertama kali tinggalkan jejak walau selalu mengikuti tulisan Pn, tapi kali ini teruja jugak dengan cerita yang romantis ini.
Salam Puan
ReplyDeleteRomantik sungguh, tesenyum-senyum saya dibuatnya.
Salam puan Roza...kagumnya saya...cerita hampir 20thn lalu masih diingat se'detail'nya...tahniah..tak sabar nk tunggu sambungan..
ReplyDeleteRoza,
ReplyDeleteIrama ketukan mesin taip bersama alunan lagu masa Ekspo tu, saya salah seorang drp student ygn mengambil bahagian ... Memang masa tu Ekspo tu memang happening, kan? Tp saya tak ingat la Abg Fasi ni. FYI Abg Fasi yg selalu berpakaian komander tu may be Arwah Abg Tengku Saiful, kot?
Yuk Merapat Best Betting Online Hanya Di AREATOTO
ReplyDeleteDalam 1 Userid Dapat Bermain Semua Permainan
Yang Ada :
TARUHAN BOLA - LIVE CASINO - SABUNG AYAM - TOGEL ONLINE ( Tanpa Batas Invest )
Sekedar Nonton Bola ,
Jika Tidak Pasang Taruhan , Mana Seru , Pasangkan Taruhan Anda Di areatoto
Minimal Deposit Rp 20.000 Dan Withdraw Rp.50.000
Proses Deposit Dan Withdraw ( EXPRES ) Super Cepat
Anda Akan Di Layani Dengan Customer Service Yang Ramah
Website Online 24Jam/Setiap Hariny