Bacalah dengan nama tuhanmu yang maha mengetahui..



Wednesday, December 30, 2009

Anekdot 4

Alhamdulillah!

Jika ada orang berkata bahawa mereka menjalani kehidupan yang serupa setiap hari, di dalam hati saya akan menafikannya. Bagaimana mungkin setiap hari adalah serupa? Ia pasti berlainan setiap detik dan saat. Sekurang-kurangnya makanan yang di makan, orang yang ditemui dan pakaian yang di pakai.

Bagi saya, hampir setiap hari adalah hari-hari yang dinantikan.
"Ya Allah. Bersyukur kepada-Mu kerana masih mengizinkan daku untuk menikmati kehidupan pada hari ini, masih bernafas, menghirup udara segar dan melihat segala kejadian di langit dan di bumi.

"Ya Allah. Muga hari ini akan menjadi lebih baik daripada semalam. Dan esok lebih baik lagi daripada hari ini.

Jika hari ini telah berlalu, saya sering menungu-nunggu apakah episod yang akan berlaku selanjutnya. Pernah juga merasa tidak sabar menunggu hari siang, menunggu habisnya hujung minggu dan menunggu habisnya hujung tahun.

Jika ada orang bertanya apakah saya ingin kembali untuk membetulkan keadaan di masa yang lampau? Memaniskan kenangan pahit, menjernihkan yang keruh dan memutihkan yang hitam? Jawapan saya adalah tidak.

Rupanya kenangan itulah yang terindah untuk di kenang. Pahit getir, derita dan sengsara perasaan ketika mengharunginya. Amat berat. Namun, di dalam proses untuk meleraikan diri dari derita dan sengsara itulah detiknya kita menjadi semakin hampir kepada yang mencipta. Barangkali derita itu di cipta agar kita menangis merintih serta mengadu kepadaNya.

Sebenarnya kesenangan dan kegembiraanlah yang banyak melalaikan saya. Memabukkan! Membuatkan nafsu membuak-buak kepada harta kebendaan. Membuat hati jadi kabur.

Menjadi ibu di dalam usia yang muda, kehidupan di luar negara, kembali dan pergi kembali ke luar negara dan akhirnya mencari hentian untuk mengubah haluan hidup. Adalah episod yang menarik untuk di kenang. Ia manis dan melalaikan.

Bukankah hidup itu indah?


6 comments:

  1. Salam Roza.Macam rumah baru? Kita kena mengucapkan sssyukur di atas segalanya.Roza ada segalanya...Bukankah hidup tu indah?

    ReplyDelete
  2. syukur dengan setiap detik yang dilalui mendapat rahmat Allah dan titipan kasih keluarga...

    ReplyDelete
  3. Syukur kerana masih dapat menikmati kesenangan. Diantara ujian yang paling sukar dalam hidup ialah kemewahan kerana ia akan melalaikan kita dari mengingati Allah.

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum

    Semuga sejarah masa lalu menjadi guru untuk kita meneruskan hari-hari mendatang.



    Kak wati

    ReplyDelete
  5. kaka roza ble nak post entry baru..xsabar nak dengar cite baru ni

    ReplyDelete
  6. Salam Puan, kalau diberi pilihan saya juga tidak mau kembali mengubah apa yang telah ditakdirkan kerana hidup ini memang indah.

    ReplyDelete