Bacalah dengan nama tuhanmu yang maha mengetahui..



Thursday, December 10, 2009

Tetamu tidak di undang

Cuti pertengahan semester itu hampir berlalu dan saya sudah tidak sabar-sabar untuk kembali ke kampus ITM Dungun. Saya merindui pantainya yang damai serta udaranya yang segar.

Sehari sebelum pulang, saya berkemas-kemas dengan menyimpan pakaian. Saya membawa serba sedikit bekalan makanan - sebotol kecil Nescafe, sekotak teh uncang, sebekas gula dan setin kecil susu tepung. Biar berat beg yang akan di sandang. Gara-gara untuk menjimatkan kos minum petang!

Sedang saya berkemas, tiba-tiba kedengaran sesaorang memberikan salam. Lantas saya segera pergi menjenguk ke pintu hadapan.

"Assalamualaikum..mak ada?"

"Walalaikum salam..mak dan abah tiada di rumah. Tetapi mak wa adalah.."


Saya mengenali mak saudara yang satu itu walaupun jarang-jarang bertemu dengannya. Paling akhir adalah ketika di hari raya.[click] Mereka datang bertandang seluruh keluarga. Bersama-sama mereka ketika itu adalah anak lelaki sulungnya yang pernah belanja saya dan rakan-rakan di KFC.[click]
Turut hadir adalah adik lelaki abang itu yang sedang belajar di luar negara. Adiknya yang meminta saya memetik jambu bol [click] ketika saya sedang bergayut di atas dahan pokok jambu itu dalam kebun bapanya.
"Masuklah dahulu, sekejap lagi baliklah mak dan abah"

Saya mempersilakan mereka duduk dan bersedia untuk pergi menjerang air di dapur. Kedua pasangan tersebut memandang saya sambil tersenyum.
"Marilah duduk di sini sekejap. Tak payah susah-susah buat air"

Saya akur.

"Boleh makcik tahu..awak sudah ada kawan lelaki?"

"Kawan? Ada.."

"Tapi belum ada ikatan apa-apa lagi kan?"

"Err...er.."

"Macam ni lah..awak kawan lah dengan anak lelaki makcik. Bukannya terus bertunang. Ni kira macam 'pancang-pancang'..booking kata orang sekarang"

Mak saudara itu memandang saya dengan penuh harapan. Saya terkedu. Tergamam seketika dan tidak dapat berkata apa-apa.

"Alah..awak kawan-kawan sahaja lah dulu dengan dia"

Dalam keadaan saya sedang terumbang-ambing dan tidak dapat memberikan jawapan, mak dan abah pulang. Saya menarik nafas lega. Segera bangun untuk bergerak ke dapur namun sempat bertanya:

"Dengan siapa? Anak lelaki yang mana satu?"

"Dengan abang. Abang sudah bekerja sebagai Engineer. Adik dia masih belajar lagi di luar negara.."

Serta-merta darah panas menyirap ke muka. Malah peluh mengalir ke seluruh anggota badan saya. Di keheningan petang yang indah, hati saya gundah!

"Ya Allah, semakin banyak pilihanku. Tetapkanlah yang terbaik untuk diriku di sisi-Mu. Sesungguhnya Kau maha mengetahui apa yang tidak daku ketahui. Pandanglah daku dengan kasih sayang-Mu. Bantulah daku dan berikanlah ilham untukku membuat keputusan"

"Wahai tuhan..perkenankanlah"

6 comments:

  1. Hehehe. Macam cerita Nur Kasih. Bila tiba waktu petang, saya tidak sabar-sabar hendak balik tengok Nur Kasih. Bila pagi pula, pasti laman web Puan Roza yang saya akan buka. Harap puan terus menulis. Hehehe

    ReplyDelete
  2. A'kum Kak Roza...

    Ya Allah cerita akak membuatkan keruan perasaan laila. cara pengolahan cerita betul2 membuatkan macam laila dalam cerita tu..Hanya pilihan dr Allah yg terbaik untuk kitakan! Hati berdebar2 untuk mengetahui kisah selanjutnya..Abang Kamil ada pencabar, Best Man Win!!!

    Laila

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum

    ....undi...undi...
    pakai cabut lidi atau sms terbanyak...he..he..he


    Kak wati

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum,

    Benarkah seperti cerita Nur kasih?

    Saya jarang sekali menonton Tv sejak akhir-akhir ini.Ingin sekali mengetahui apa ceritanya.

    ReplyDelete
  5. Macam cerita 'Kuch Kuch Hota Hei' pun ada jugak

    ReplyDelete
  6. Adoi....garu kepala yang tak gatal....!
    Roza kalau di dramakan travelogue cinta ni.. kalah Nur Kasih nampaknya!

    ReplyDelete