Bacalah dengan nama tuhanmu yang maha mengetahui..



Tuesday, December 8, 2009

Nota untuk diri

Patah-patah perkataan yang keluar dari bibirnya [abang kamil] pada malam tersebut sebenarnya begitu terkesan di hati. Menyelinap di seluruh perasaan. Ia membuatkan saya berfikir dan harus menyediakan garis panduan. Untuk diri.


"Ya Allah. Sesungguhnya Kau lebih mengetahui apa yang tidak daku ketahui. Lemahnya daku kerana tidak pasti apakah yang bakal terjadi. Jangankan esok, sebentar nanti pun tidak dapat ku duga apa yang akan ku tempuhi.

"Wahai zat yang diriku di dalam kekuasaan dan genggaman-Nya, berikan petunjuk-Mu yang terbaik untuk diriku.

"Wahai tuhan, jika dia bukan jodohku..lontarkan dia jauh dari hatiku. Daku redha dengan ketetapan itu"
Perasaan serba salah melanda diri kerana memegang amanah. Amanah yang diberikan oleh mak dan abah. Sebagai anak, saya seharusnya memberikan sepenuh penumpuan untuk menuntut ilmu pengetahuan. Pelaburan yang di buat bukannya sedikit. Malah kami bukannya berasal dari keluarga yang senang. Seorang pensyarah pengurusan perniagaan pernah bersyarah di dalam kelas, katanya
"Hidup ini merupakan suatu perniagaan. Perlukan perancangan, koordinasi yang betul dan kawalan. Banyak perlaburan yang perlu dilakukan. Setiap keputusan yang di buat adalah kos melepas. Kita perlu membuat satu pilihan dan melepaskan yang lain"

"Di dalam konteks kehidupan, diri kita merupakan suatu perniagaan. Ibubapa adalah pelabur di dalam perniagaan itu yang telah melabur dengan penuh keyakinan dan kepercayaan. Melabur dengan penuh harapan agar pernigaan itu menguntungkan. Apakah kita berusaha menjadikan diri sebagai suatu perniagaan yang menguntungkan para pelabur atau sebaliknya?

Bayangkan berapa banyak yang telah di labur oleh ibubapa kita..sejak bayi. Menyekolahkan sehingga kita berada di universiti. Mereka melabur dengan penuh kasih sayang dan tidak berbelah bagi. Tidak menghiraukan samada perniagaan yang di labur itu untung atau rugi"
Selesai kuliah saya berlari pergi. Ia begitu terkesan di hati. Air mata bercucuran tidak dapat di tahan-tahan. Teresak-esak sendirian di dalam tandas mengenangkan mak dan abah. Ya Allah, apakah yang telah saya lakukan?

Apakah mereka merestui dengan perhubungan ini sewaktu usia masih muda remaja? Ketika waktu penumpuan harus diberikan kepada pelajaran? Di dalam masa yang sama saya teringat pesanan guru beberapa tahun yang lalu apabila saya tersalah melayangkan warkah pertama[click] yang hilang di dalam simpanan.

Minggu itu adalah minggu terakhir kuliah sebelum cuti pertengahan semester. Tidak sabar untuk pulang menemui keluarga sekaligus mendapatkan restu mereka. Jika tidak jawapannya, perhubungan itu haruslah dihentikan serta merta. Sebelum ada hati yang terguris, sebelum ada perasaan tercarik.

Saya harus berani berkata kepadanya bahawa jika itu ketentuan tuhan, jodoh akan mengikat kita. Pergilah walau ke mana ceruk sekalipun, maka ia akan datang kembali mencari jodoh yang telah ditetapkanNya sejak azali. Namun, dia harus mendapatkan restu daripada kedua ibu bapa.

Saya akan katakan lagi bahawa jika jodoh itu membawa ke gerbang perkahwinan, perkahwinan itu sebenarnya adalah ikatan kekeluargaan di antara dua keluarga. Ia akan berterusan dan berpanjangan selagi ada hayat di kandung badan.

Ya, wujudnya saya dengan izin Allah adalah kerana keluarga. Mereka nadi dan kekuatan saya. Sebelum pulang bercuti, saya melayangkan sekeping nota untuk peringatan kepada diri dan dirinya :

Abang Kamil,

Mohonlah restu ibubapa kerana kehidupan yang bakal ditempohi bukannya untuk sehari, seminggu, sebulan atau setahun..biarlah ia untuk seumur hidup.

10 comments:

  1. Tak sabar pulak nak menunggu apa jawapan si dia (Abang Kamil)

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum

    Kecut perut memikirkan reaksi emak dan abah Roza...dup..dap...dup...dap




    Kak wati

    ReplyDelete
  3. Ketika remaja, jarak memisahkan Kak Ngah, saya dan adik adik. Saya di JB ketika itu. Tapi saya paling ingat bila Kak Ngah menangis teresak esak di telefon, tetapi takut untuk bertanya..

    ReplyDelete
  4. best betul baca Travel Cinta ni.

    moga ia dibukukan, saya akan beli dan hadiah untuk anak anak dan anak saudara.

    sebab banyak mengajar berserah dan bergantung dan bertanya hanya padaNya ALLAH.

    dia yang satu dan berKUASA dan GAGAH.

    tempat yang patut bergantung HARAP dan tiada yang lain.

    harap roza sudi bukukan. -amin-

    semuga harapan jadi kenyataan

    ReplyDelete
  5. salam,

    kak wati...hanis pon dok dup dap dup dap ni....hahahha

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum

    Salam perkenalan untuk Hanis.
    Ye lah dup...dap..dup..dap. Macamana lah Roza boleh handle masa tu.


    Kak wati

    ReplyDelete
  7. Salam,

    Kenapa Hanis yang dup dap ni, ada apa2 ke, akak tunggu jawapan nya.

    ReplyDelete
  8. oooo ... hahah... tulah saya ikut kisah ni .. saya fikir sape ye Abg Lue ni ;-) .. ok2 .. endingnya sudah tahu :) .. jalan ke endingnya tu yg kami pembaca sekalian nak ikut ... :)

    ReplyDelete
  9. Yuk Merapat Best Betting Online Hanya Di AREATOTO
    Dalam 1 Userid Dapat Bermain Semua Permainan
    Yang Ada :
    TARUHAN BOLA - LIVE CASINO - SABUNG AYAM - TOGEL ONLINE ( Tanpa Batas Invest )
    Sekedar Nonton Bola ,
    Jika Tidak Pasang Taruhan , Mana Seru , Pasangkan Taruhan Anda Di areatoto
    Minimal Deposit Rp 20.000 Dan Withdraw Rp.50.000
    Proses Deposit Dan Withdraw ( EXPRES ) Super Cepat
    Anda Akan Di Layani Dengan Customer Service Yang Ramah
    Website Online 24Jam/Setiap Hariny

    ReplyDelete