Bacalah dengan nama tuhanmu yang maha mengetahui..



Wednesday, December 9, 2009

Suatu panggilan

Cuti semester itu terasa amat panjang sekali. Kehidupan yang ditempuhi sehari-hari terasa berjalan amat perlahan. Perubahan perasaan.

Sepanjang cuti, saya cuba mencuri ruang untuk bercerita kepada mak dan abah. Mengumpulkan segala kekuatan untuk menberitahu mereka. Saya perlu nyatakan sedari awal lagi agar perhubungan itu di dalam pengetahuan dan tiada hati yang terluka.

Namun, di sudut yang lain hati saya sering berbisik-bisik;
"Ah..berkawan biar beribu, berkasih-kasihanlah dahulu dan untuk bersuami nanti pilihlah SATU!"
Memang benar seperti kata-kata ustazah sewaktu di dalam kelas. Bisikan iblis merasuk manusia secara halus. Halusnya ia seolah-olah membenarkan apa yang dilarang oleh-Nya. Mengambarkan perasaan yang terlarang begitu indah di pandangan mata. Ia bisikan yang tidak perlu dilayan. Bisikan-bisikan nafsu jahat seperti itulah nanti yang akan menghumbankan manusia ke jalan kesesatan.
"Nauzubillah..daku mohon perlindungan diri kepada Allah dari bisikan syaitan yang di rejam!"
Suatu petang yang damai, sedang kami berkumpul menikmati hidangan minum petang tiba-tiba terdengar deringan telefon. Ratna segera menyambutnya.

"Kak Ngah..panggilan untuk awak"

"Dari siapa?"

Ratna mengangkat bahu tanda tidak mengenali siapa pemanggilnya. Dia pergi ke dapur mengantikan saya menjaga gorengan pisang yang separuh masak di dalam kuali.

"Hello..siapa ya?"

"Axxxx dari UK [United Kingdom]"

"Subhanallah! Apa awak mimpi telefon saya ni?"

Dan kami bertanya khabar serta bertukar cerita tentang perkembangan semasa. Sungguh tidak menyangka dia akan menghubungi, apatah lagi menelefon dari jauh di perantauan. Jarak yang jauh rupanya tidak menjejaskan persahabatan. Di akhir perbulanan Axxxx berkata;

"Apel di sini tidak semanis jambu bol yang awak petik dulu.."
Diam. Tergamam seketika.

"London Tower di sini tidak seindah jambatan di Jementah.."

"Errr..bye.. Saya kena pergi. Goreng pisang di dalam kuali tu dah hendak hangus...jumpa lagi InsyaAllah"
Panggilan itu mengusarkan hati saya. Semalaman memikirkan maksud kata-kata yang tersurat dan tersirat di dalamnya. Semakin kerap saya beristiharah memohon ketetapan dari-Nya.

"Ya Allah, janganlah daku diuji dengan sesuatu yang tidak sanggup dipikul. Berikanlah yang terbaik untuk ku di sisi-MU. Wahai tuhan..perkenankan lah"

Mulut saya menjadi semakin berat untuk menyatakan hasrat kepada mak. Saya berkira-kira untuk cepat-cepat menyelesaikanya agar hilang segala beban. Namun, itu tidak terjadi. Ujian yang datang semakin mencabar. Ia menjadi semakin kusut masai. Pilihan yang diberikan oleh Allah semakin terbuka lebar.

Deringan telefon menjadi ketakutan kepada saya. Setiap kali berdering saya akan membiarkan sahaja. Selalunya mak yang akan mengangkatnya. Sebelum meletak ganggang, berbagai-bagai soalan yang akan ditanyakan.

"Hello...ya? Reverse charge? Dari mana? Besut? Ok..ok terima"

Hairannya mak bersedia menerima panggilan walaupun terpaksa di bayar bilnya oleh si penerima. Bukan sekali, malah berkali-kali pemanggil itu berani sekali membuat panggilan seperti itu. Bukannya panggilan untuk saya, tetapi untuk mak!

Setiap hari, panggilan misteri untuk mak akan berdering tepat pada masanya. Pukul 6.00 petang. Suatu hari saya menguatkan hati untuk menyambut panggilan itu.

"Hello, Assalamualaikum..siapa bercakap di sana?"

"Abang Kamil"

"Oo..ya?"
Saya semakin memperlahankan suara. Sesekali menutup ganggang telefon dengan sebelah tangan agar tiada orang lain dapat mendengarkan suaranya. Biar hanya saya seorang!
Tiba-tiba suasana sekeliling menjadi gelap gelita, hening, senyap dan sunyi. Yang kedengaran hanyalah suara dan bayangan wajahnya. Saya seperti berada di awang-awangan. Jantung dan hati seolah-olah terbang melayang-layang. Tiba-tiba, mak pantas memintas.
"Reverse charge tu..Dah setengah jam"
Tersentak dengan amaran mak, lantas saya terpaksa meletakkan ganggang. Mak dengan wajahnya yang penuh curiga bertanya;
"Siapa tu? Kawan biasa, teman lelaki atau buah hati?"

"Errrr...abang angkat!"

9 comments:

  1. buat sendiri ker post kali nih??

    nice post sis!!

    ReplyDelete
  2. Assalamaualaikum

    Ada ke patut Abg Lu'E ni, nak telephone anak dara org orang pakai reverse charge lah pulak...

    (maaf ye Prof...gurau je...he..he..he..)


    Kak wati

    ReplyDelete
  3. wah prof kamil memang pandai berjimat!!!!

    ReplyDelete
  4. Salam,

    Ha!ha! selalu baca sahaja, tapi kali ini memang nak komen. Pandainya Abang Lue! Ha!ha!ha!

    ReplyDelete
  5. reverse charge with the intention of paying later.....ha ha ha

    ReplyDelete
  6. wah apa la yang prof ckp ngan mak kak roza tu.. jeng jeng jeng!!! .. camner boleh jadi calon menantu, buat reverse charge ni.. x paham.. x paham....

    ReplyDelete
  7. Aduhai reverse charge... beraninya abang Kamil tapi takpa pulangannya berbaloi... dunia dan insyaAllah akhirat. Tukar topik: Mak dan Abah Puan Roza bila akan balik dari Tanah Suci? semuga mereka berdua mendapat haji mabrur dan kesihatan yang baik. Saya ada terbaca satu artikel mengenai penyakit kanser, dikatakan memakan serbuk kayu manis dicampur madu asli InsyaAllah dapat menyembuhkan kanser. Cara amalkannya satu sudu makan madu asli dengan satu sudu teh serbuk kayu manis 3x sehari selama sebulan.Bolehlah mencuba kita hanya berusaha daripada tumbuh tumbuhan yang Allah kurniakan tapi yang menyembuhkannya hanyalah dari izinNya jua. Minta maaf ye Puan Roza kalau apa apa yang saya tulis ini tersasar dari tajuk sebenarnya. Assalamualaikum dari Dilla.

    ReplyDelete
  8. ;-) reverse charge dalam kenangan :D

    ReplyDelete