Bacalah dengan nama tuhanmu yang maha mengetahui..



Wednesday, January 6, 2010

Bersediakah aku?

Setahun selepas perkahwinan.

Saya melahirkan anak pertama. Tarikh kelahiran yang diberikan oleh doktor adalah pada tanggal 19 Mei 1990. Sama seperti tarikh lahir ayahnya. Takdir Allah, anak sulung kami dilahirkan dua hari lewat dari tarikh yang dijangkakan di tempat kelahiran saya: Segamat. Kami namakan cahaya mata pertama kami sebagai Sara Fateha.

Semasa di dalam pantang, mak lah yang menjaga saya dengan penuh kasih sayang. Setiap pagi saya telah disiapkan sarapan. Kemudian mak akan memandikan saya dengan air daripada rebusan herba tumbuh-tumbuhan ; serai wangi, bonglai, dan berbagai tumbuhan yang tidak saya kenal. Setelah itu mak akan menyalakan dapur arang. Di situ lah mak menyuruh saya bertangas agar keluar segala darah kotor dari badan.

Lebihan bara dari dapur arang mak akan tenggekkan air rebusan akar kayu. Kemudian mak membakar batu untuk menuam di sekitar perut. Mak juga memanggil mak bidan untuk mengurut seluruh badan. Akhir sekali adalah proses yang menyeksakan pergerakan – bekung membelit pinggang! Saya di paksa 100 hari untuk berpantang.

Ketika itu usia saya baru mencecah 23 tahun. Setiap kali menyorong kereta tolak anak kecil keluar berjalan, pasti ada mata yang memandang. Senyuman yang disulami dengan wajah penuh pertanyaan.
“Ni anak ke adik?
“Anak..”
Saya menjawab dengan perasaan bangga. Ia suatu perasaan kurniaan dari Allah yang sukar digambarkan. Setiap suatu perningkatan yang diketahui oleh anak kecil itu rasanya ingin dikhabarkan kepada semua. Ia mejadi suatu topik perbualan sehari-hari sesama rakan sepejabat. Semua kegembiraan ingin dikongsikan bersama. Kalau boleh, biar diketahui oleh semua. Seluruh pejabat malah jiran tetangga di sekitar Subang Jaya! Barulah saya faham kenapa kakak-kakak yang telah berumahtangga sering bercerita tentang anak-anak mereka.

“Ya Allah, semalam Sara dan mula mengerenglah kak..”

“Hah..nak mula menyaraplah tu. Lepas tu, dia akan merangkak. Nanti, semua benda akan di kutip dan dimasukkannya ke dalam mulut..”

Di siang hari, Sara di jaga oleh suami. Apabila suami pergi mengajar di sebelah malam, Saralah yang menemani sehingga suami pulang. Ia suatu perasaan kegembiran yang sukar digambarkan. Benar! Anak adalah sebagai penghubung, penyeri dan mengeratkan tali kemesraan. Kami akan berbual-bual dan bercakap dengan anak kecil itu seolah-olah dia lah yang membalas setiap percakapan.
"Sara..tenguk apa ayah bawa balik ni.."
"Eee..bestnya. Nak! Nak..terima kasih ayah"

5 comments:

  1. salam Puan Roza, seronok baca kenangan puan.Sejuk rasa dalam hati bila membacanya teringat juga saya bila melahirkan anak pertama, perasaan yang dirasakan terlalu indah tidak dapat digambarkan dengan kata kata, sampai merenung wajah anak berjam jam lamanya.Terasa macam tidak percaya saya telah menjadi seorang ibu.Betullah kata mak bila dah beranak barulah tahu betapa sayangnya seseorang ibu terhadap anaknya.Terimakasih kerana sudi berkongsi kenangan bersama kami semua.Semuga Puan Roza akan mendapat menantu yang baik dan soleh.salam hormat.Dilla.

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum Dilla,

    Ia suatu nikmat Allah yang jelas.

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum

    Masa dapat baby rasa macam dapat anak patung
    atau mainan baru masa kecil2 dulu.


    Kak wati

    ReplyDelete
  4. Salam Roza,

    Setiap anak yang lahir mempunyai keistemewaan tersendiri. Bagi saya, pengalaman melahirkan anak sulung adalah salah satu pengalaman terindah dlm hidup. Sebaik saja baby keluar dari pintu, datang perasaan bahagia ingin melahirkan lagi seorg insan dan bertambah perasaan kasih kepada suami.

    Allah penentu segala, anak kedua lahir hanya selepas 5 tahun dan kata org tua2 melalui 'tingkap'aka ceaser. Jadi tak dpt mengulangi pengalaman pertama. Anak ke3 lahir secara normal 2 thn selepasnya.

    Pernah seketika, melihat kwn2 mengandung terasa cemburu dan ingin mengandung lagi. InsyaAllah, kalau skrg nak mengandung masih boleh lagi. Tapi nanti nampak mcm nenek pulak bila budak masuk sekolah. Kalau ada rezeki, saya redho.

    ReplyDelete
  5. salam puan roza.... bestnya pengalaman mcam tu... saya pun nak mak jg saya nnt lepas bersalin... skrg tgh hamil anak 1st... semoga saya tabah n sabar menempuh hari depan menanti kehadiran si buah hati... sempat juga menitis airmata membaca kngn puan ni... sy ni sensitif sungguh... :p

    ReplyDelete