Bacalah dengan nama tuhanmu yang maha mengetahui..



Sunday, January 10, 2010

Anak lelaki


Tahun ke dua perkahwinan.

Saya melahirkan anak kedua pada tanggal 20 Jun 1991 di sebuah Pusat Rawatan di Kuala Lumpur. Doktor menjangkakan bahawa kami akan memperolehi anak perempuan juga. Entah berapa kali agaknya setiap kali membuat pemeriksaan kesihatan, pasti suami akan meminta agar doktor membuat imbasan-X untuk bayi yang di kandung. Secara bergurau suami menafikan jantina anak kedua kami ;

“Saya rasa doktor salah. Ia bukan bayi perempuan. Kalau saya betul, saya tidak perlu bayar kos rawatan. Boleh doktor?”
Kuasa Allah, yang maha mengetahui segalanya. Dia mengetahui apakah yang di kandung di dalam perut seorang ibu, samada bayi perempuan atau lelaki. Samada terdapat kecacatan atau sempurna akal fikirannya.

Kami dikurniakan seorang bayi lelaki!

Kuasa Allah, serta merta hilang segala kesakitan. Gugur segala beban yang tertanggung di bahu apabila Allah mengurniakan kami zuriat buat penyambung titisan keluarga. Anak lelaki yang bakal mewarisi keturunan.

Semasa berusia 10 tahun, saya pernah mempertikaikan nama yang diberikan kepada satu-satunya anak lelaki abah dan mak. Nama adik lelaki itu pada pendapat saya begitu panjang sekali. Saya pernah berkira-kira bahawa anak-anak saya nanti akan diberi nama sependek mungkin. Cukup dengan panggilan satu nama sahaja.

Namun, hakikatnya nama setiap insan itu ada di dalam genggaman yang menciptanya. Ia sebuah misteri yang manusia sendiri tidak dapat mengungkai. Kadang-kadang sebuah nama itu seakan menjadi fenomena semasa. Nama seperti Sara, Safiq, Aiman atau Daniel, entah berapa ramai agaknya ibubapa yang berkenan dan tergerak hati untuk menamakan anak mereka dengan nama itu.

Setelah berminggu-mingu mencari-cari nama yang sesuai, akhirnya anak lelaki kami namakan sebagai Ahmad Haris Azrai.

Masaallah! Dalam pada saya tidak berkenan dengan nama yang panjang-panjang, Allah menterbalikkan hati saya. Fuh! Panjang sekali nama itu.

2 comments:

  1. tak pe, kak roza... anak no4(bongsu) saya pun ada 3! saudara2 saya yang tinggal di Saudi selalu mentertawakan orang Malaysia kerana memberi terlalu banyak nama pada anak-anak. tapi kalau maksudnya baik, apa salahnya kan? ;)

    ReplyDelete
  2. Anak akak no 2 pun lelaki. Pendik je namanya 'Ahmad Faiz'. Masa pilih nama, suami dok selalu padankan sesuai tak dgn gelaran Dato, Dr, Tan Seri, al Hafiz, Sahibus Samahah & mcm2 gelaran lain lagi.

    Ikut susunan abjad, namanya selalu tersenarai no 1. Kalau masuk pertandingan, selalu dia komplen, kenapa dia selalu dpt giliran pertama.

    ReplyDelete