Bacalah dengan nama tuhanmu yang maha mengetahui..



Friday, January 1, 2010

Jiwa Muda

Kami belajar mengenal hati budi selepas perkahwinan.

Saya kira sebuah perkahwinan adalah kemuncak segala kegembiraan. Membayangkan minggu-minggu pertama merupakan bulan madu indah seperti di dalam wayang gambar. Saat-saat manis yang mahu di ingat sepanjang hayat.

Namun, kewangan kami yang amat terhad menyekat segala-galanya. Hutang sekeliling pinggang.

“Yang, bulan madu kita di Subang Jaya sahaja. Tunggulah. Suatu hari nanti abang akan bawa ke suatu tempat..”

“Tidak mengapa. Awak telahpun membawa saya ke
tempat itu. Hidup saya lebih baik dari semalam”

Kami memulakan hidup sebagai pasangan pengantin remaja. Menikmati kehidupan berdua di dalam keadaan sederhana. Apabila ada masa yang terluang kami akan pergi menonton wayang, berjalan-jalan di taman, ke pasar malam dan membeli keperluan dapur bersama.

Namun, hanya satu perkara yang masih belum terlaksana. Ia kelihatan agak sukar sekali kerana cara hidup kami. Saya bekerja di sebelah siang, suami pula bekerja di sebelah malam. Kami cuma bertembung di waktu petang ketika beliau menjemput saya pulang. Selepas meninggalkan saya di rumah,beliau meneruskan perjalanan ke tempat pekerjaan.

Saya inginkan suami menjadi imam ketika solat berjemaah terutamanya ketika waktu Maghrib dan Isyak. Apapun, saya akur jika itulah aturan Allah. Bimbang suami tidak selesa ketika menunaikan solat di pejabat, saya bekalkan sehelai kain pelikat.

“Yang, ada kain pelikat di dalam beg plastik tu”

“Ya..ya”

Beberapa kali saya berpesan apabila melihatkan kain pelikat masih kemas terlipat di dalam beg pelastik. Beg itu masih lagi terdampar di atas tempat duduk belakang kereta.

11 comments:

  1. "Saya inginkan suami menjadi iman ketika solat berjemaah terutamanya ketika waktu Maghrib dan Isyak."

    mungkin imam yg d maksudkan puan..:)

    ReplyDelete
  2. menjadi lelaki memang bukan mudah, kan Kak Roza? mereka perlu menjadi ketua dalam segala hal! :)

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum

    Happy Birthday, Roza. Semuga panjang umur dan diberikan kesihatan yang baik.



    Kak Wati

    ReplyDelete
  4. Selamat hari lahir Kak Ngah..Semoga sentiasa mendapat kesejahteraan seisi keluarga dan dirahmati Allah sentiasa..


    From: RSRBR7

    ReplyDelete
  5. Selamat hari lahir Puan Roza!

    Saya juga mengimpikan suami saya mengimamkan solat tetapi sampai kini dia masih tak berani atas alasan bacaan quran saya lebih baik dari dia.

    Saya tetap berdoa agar impian saya akan jadi kenyataan satu hari nanti.

    ReplyDelete
  6. Salam,

    Selamat menyambut ulang tahun kelahiran. Semoga senantiasa sihat sejahtera dan di rahmati Allah.

    ReplyDelete
  7. Salam,Roza,
    Selamat Hari Lahir. Semoga dlm keberkatan Allah selalu.
    Alhamdulillah,berkat usaha & doa Roza yg tak putus2,lihatlah hasilnya skrg. Prof. dah tak spt dulu. ALLAHU AKBAR.

    ReplyDelete
  8. salam puan Roza selamat hari jadi. Semuga hidup puan selalu dirahmati dan disayangi oleh Allah, keluarga dan semua yang mengenali. Sya nak minta izin puan roza sekiranya bolehkah saya memanggil puan dengan panggilan Roza sahaja? Memandangkan kita seusia. salam hormat dari saya Dilla.

    ReplyDelete
  9. salam roza...selamat hari jadi...semoga roza & family dirahmati ALLAH SAW hendaknya. Diharap persahabatan kita akan terus berkekalan walaupun sehingga kini kita masih belum bertemu lagi..

    p/s. I sms u this morning (2/1/10) tp tak sure u receive ke tak..ke dah tukar no..

    Salam persahabatan dari mas abrizah alias

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum

    Terima kasih kepada semua yang mendoakan saya. Semuga Allah juga mengembalikan kerahmatan dan kasih sayangNya kepada yang mendoakan.

    ReplyDelete
  11. Salam Puan,

    selamat hari lahir . muga diberkati hidup ini Insyaallah.

    ReplyDelete