Bacalah dengan nama tuhanmu yang maha mengetahui..



Sunday, January 3, 2010

Jiwa Muda 2

Satu perkara yang menjadi kemuskilan saya adalah apabila suami mengajak pulang ke kampung halaman. Biasanya, kami akan singgah sebentar untuk mengisi perut atau membuang isi perut.
Namun, jauhnya hati kami dari Allah kerana sangat meringankan tentang solat. Jika waktu berhenti itu tepat masanya untuk solat, lalu kami bersolat. Jika tidak, kami akan meneruskan perjalanan.
“Yang, saya ada bawa telekung ni..”
“Kan boleh Qada’. Yang..Kita kena sampai ke Besut sebelum malam”
Walau di jawab dengan lembut, namun wajahnya masam. Bab solat adalah suatu topik yang kadang-kala boleh mengendurkan kemesraan. Membuatkan kami akan terdiam di sepanjang perjalanan.

Jiwa remaja yang bergelora adakalanya memberontak sesekali apabila ianya di sekat. Ia amat terasa sekali apabila di dalam masa yang sangat cepat perubahan diri dan keadaan semasa mengubah segalanya. Perubahan paling ketara apabila saya menyedari telahpun berbadan dua.


“Yang, kita tidak payahlah jalan-jalan di hujung minggu. Duduk di rumah sahaja lah ya.. Awak tu tengah sarat”

Lalu, saya akan merajuk hati. Merajuk yang berpanjangan sepanjang hari. Perasaan seolah-olah suami sudah mula tidak perihatin, tidak sayang dan sudah mulai bosan. Paling tersentuh hati apabila melihat fizikal sudah tidak cantik lagi. Perut semakin membusung, hidung dan pipi semakin mengembang serta kaki membengkak.



“Eeiii..geramnya tenguk hidung awak comel masa tengah mengandung..”
Gurauan suami sebegitu rupa pun akan memyebabkan saya boleh terasa hati malah pernah menangis teresak-esak tanpa sebab yang munasabah. Sesuatu yang tidak masuk akal.

Malah kadang kala terasa bahawa sudahkah saya bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai ibu di waktu usia yang muda. Menyusukan dan memandikan serta memberikan ia didikan sebagaimana mak lakukan terhadap saya.


Mampukan saya berjaga malam? Mampukan saya bersabar apabila tidak tidur sepanjang malam menjaga anak yang demam? Mampukah?

Ya Allah. Di dalam usia yang masih muda remaja, saya harus segera berubah menjadi seorang yang dewasa. Dewasa fizikal, mental dan spiritual!

Ya Allah, berikanlah saya kekuatan untuk menempuh dunia baru yang lebih mencabar. Menjadi seorang isteri, ibu dan anak yang sabar.




1 comment: