Bacalah dengan nama tuhanmu yang maha mengetahui..



Tuesday, October 19, 2010

Sampaikan walau satu ayat..

Kami terpanggil untuk berkongsi tips-tips yang disampaikan oleh sanak- saudara dan rakan-taulan sebelum menunaikan fardu haji ke tanah suci pada tahun 2006. Yang lebih mahu dikongsikan lagi adalah tips-tips melalui pengalaman peribadi.

Pengalaman sendiri.

Ia lebih mudah dijelaskan kerana itulah yang kami lalui. Kami tidak tahu apa yang dilalui oleh jemaah yang lain, walaupun kami pergi menunaikan haji dalam musim yang sama. Bernafas dan memijak kaki di bumi yang sama.

Jangankan jemaah dari maktab lain, pengalaman rakan sebilik juga pasti berbeza. Barangkali, jika kita berdiri di tempat yang sama, dalam waktu yang sama dan melihat kejadian yang sama. Anaslisa malah telahan kita dijadikan Allah menzahirkan sesuatu yang berbeza.

Begitulah ajiaibnya kejadian Allah S.W.T

Selama 45 hari berada di sana, kami membaca, kami memerihati, kami menganalisa dan akhirnya mencanaikan setiap kejadian sebagai ilmu Allah. Setiap hari kami belajar sesuatu, namun ada perkara lain pula yang kami tidak tahu.

Begitulah kejadian manusia, setiap hari Allah ciptakan peristiwa yang berbeza. Apa yang mahu kami sampaikan adalah suatu perkongsian ilmu. Yang baik itu datang dari-Nya, yang tidak elok itu pilihan manusia agar ia menjadi iktibar kepada semua yang mahu mengambil iktibar darinya.

Kami mahu sampaikan apa yang ada dalam dada. Pandanglah alam ini..pandanglah dengan pandangan mata hati.

1 comment:

  1. Salam Kak Roza,

    Baru komen kat blog Prof.Saya baru habis khatam buku Travelog Haji Mengubah sempadan Iman semalam jugak. Sangat 2 memberikan inspirasi pada saya dan teman2. Looking forward to get your books as well. Semoga Allah memberi rahmat yang melimpah ruah pada kak roza dan Prof atas usaha murni.

    Izin link di blog saya kak, supaya dpt memanjangkan yg baik.

    ReplyDelete