Adib memberitahu kami, mereka sudah menontonnya. Ia sedang rancak di tayangkan di Pawagam Chatay, Segamat. Apabila di tanya ceritanya tentang apa? Ternyata, wayang gambar itu tidak melekat di hatinya.
Hanya satu yang Adib ingat [Lagu Tema wayang tersebut]- Menanti Hari Esok. Nyanyian Uji Rashid.
Entah apa yang merasuk, tiba-tiba abah termakan jarum halus yang di tusuk. [He..he kekuatan bisikan syaitan!]
Lalu, petang itu abah meminjam kereta Pak Utih Majid. Selepas mandi dan berpakaian cantik, mak hidangkan kami sebantal Roti Bai di cicah air teh untuk minum petang. Kekenyangan dalam kegirangan.
Kereta jenis Moris Marina itu agak sempit, namun berjaya menyumbatkan kami sekeluarga walaupun di dalam keadaan berhimpit-himpit.
"Haa..Awak riba Raihan, Tuti riba Ayu..Ratna duduk di celah tempat duduk. Haa..muat pun. Luas lagi ni. Boleh masukkan dua orang lagi.."Abah memberikan arahan.
Kami akur walaupun sempit dan sesak tidak tertahan.
"Duduk secara berselisih, berselang-selang. Awak ke depan, Tuti Ke belakang..Luas lagi tu."Lalu, di dalam keadaan begitu..kereta meluncur laju.
Keesokan harinya, sepanjang perjalanan ke tempat mengaji kami menyanyikan lagu berkenaan. Riang. Apatah lagi, Uji Rashid adalah penyanyi pujaan!
Lahirnya insan di dunia ini
Yang Maha kuasa menentukan
untung nasibnya menempuh hidup
suka dan duka berganti
La..la..la...( Tidak tahu senikata, tetapi kami masih melagukan mengikut irama)
Tidak kami pedulikan.
Belum sempat lagu itu habis, kami telah sampai ke destinasi yang di tuju. Lalu, kami berhenti mengaji Quraan dahulu. Kemudian, kami sambung semula lagu yang terhenti tadi semasa di dalam perjalanan pulang.
Semua yang ada di dunia iniHati kami sebak apabila sampai kepada penghujung lagu itu. Tiba-tiba seorang pakcik menyapa,"Eh! Tadi masa pergi elok-elok melalak [nota: menyanyi], apa pasal masa balik merabak [nota: menangis] pulak budak-budak ni?"
Hanya pinjaman semata
Bagai mengharap sinar suria
Menanti Hari Esok..
Apa yang pakcik itu tahu?
Kalau hendak menyanyi, mestilah kita kena lakukan sepenuh perasaan!