Bacalah dengan nama tuhanmu yang maha mengetahui..



Tuesday, April 28, 2009

Buku Nyanyi


Dulu, di dalam buku itu senikatanya semua lagu-lagu melayu. Banyak terdapat lagu-lagu Uji Rashid, Hail Amir, D.J Dave dan Sharifah Aini. Ada juga sedikit senikata lagu-lagu Hindi. Saya paling suka lagu hindi dari cerita "Bobby."

"Muju ku juku chena hei..." atau " Mei sai tuuuu naheeeee..."

Buku itu saya tulis sendiri. Senikatanya adalah dari apa yang saya dengari. Saya tidak peduli sebutan yang disampaikan kerana ia bukannya bahasa tempatan. Entah apa maknanya. Jadi, kenapa mesti takut untuk menyebut?

Ia lebihan buku rampaian. Semua lagu-lagu yang saya gemari dicatatkan. Kadang-kadang saya tertanya-tanya sendiri apakah motif lagu ini? Gelihati.
Cik adik manis, bolehkah abang..
tumpang bertanya
Rumah cik Jannah, yang mempunyai
gadis jelita, terpesona hatiku kepadanya..

Abang dah pergi, serata tempat
di kampung-kampung dan juga desa.
ku mengembara kerana dia.
la..la..la.. ( tak ingat)

Cik adik manis, pandang wajah ku
dia berkata maafkan daku, tak pernah mendengar nama itu..

Aku ucapkan terima kasih
pada cik adik yang baik hati
la..la..la..
Daripada Kak Long Pidah, saya mula menyanyikan lagu ini.
Grease is the walls,
Is the walls.. Is the walls,"

Nyanyian John Travolta sedutan lagu dari filem "Saturday Night Fever."

Dengan penuh bangga dan berani. Saya tidak peduli. Apa yang pasti, rakan sekelas dari Sekolah Kebangsaan Paya Jakas kagum mendengarnya..

Gambar ihsan : buku rafeeq zikry

8 comments:

  1. puan ni rock jugak ek?

    .dzul fiqri.

    ReplyDelete
  2. Salam Puan Roza...
    Kakliza pun ada gak tulis senikata nyanyian dalam buku..tapi taklah banyak..
    seronok baca kisah zaman kanak-kanak riang dan remaja jelita..

    Pssttt..jom amik award kat blog kakliza...
    pastu tepek kat ur blog ...

    ReplyDelete
  3. Salam Puan,

    Tersenyum saya baca entry kali nie....Hahaha...

    Teringat masa kecik dulu2...penah laa cuma mengikut kawan2 tuk menulis buku lagu & buat buku scrap tampal gambar2 artis kegemaran...entah macam mana ayah saya terjumpa buku tu....Ya Allah....tak boleh saya lupa kata2 ayah....
    "kakak nak jd apa dah besar nanti?...nak jd penyanyi?..dah dok sebuk menghafal lagu2 tu...kalau ayah tanya surah2 kat dlm Muqaddam tu dah hafal ke?...dahtu..kat dlm peperiksaan nanti ade ke soalan tanye ape kejayaan artis nie,artis tu?....nak ayah rendamkan buku lagu tu, minum air dia?"

    huhuhuhu...tak boleh ingattt...ayah dulu mmg garang....

    ReplyDelete
  4. Salam Kak Roza

    anak saya yg 13tahun pun dah start tulis lirik lagu skrg
    nak marah ..kesian pulak
    tapi tuh laaa
    lirik lagu lagu omputih skrg ni menakutkan pulak

    yg kelakarnya pagi ni (kebetulan)
    terjumpa lirik lagu Dayang Nurfaizah
    DAYANG SAYANG KAMU

    dah yg hairannya
    kat rumah tak pernah on radio
    dalam kereta dengar IKIM

    kat manalah agaknya anak saya bleh dengar n hafal lagu lagu tuh semua
    mungkin dari kengkawan kat sekolah agaknya

    sampai sekarang saya masih tertanya tanya
    nak tergelak pun ada tgk buku khas lirik lirik lagu

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum

    Lagu yang Roza tulis tu nyanyian J.Mizan. Yang punya suara gemersik. mungkin memang dah kita sezaman...so lagu tu memang jadi nyanyian kami masih bebudak.(Kira trend masa tu lah)

    Tapi Roza Cik Jannah, kami di sini nyanyi Cik Diana. Asal boleh je..
    Sampai sekarang kalau dengar lagu-lagu lama tu gelihati. Buku lirik sampai sekarang akak masih simpan. Sesekali tengok ...kelako betol.
    Tapai masa tu ngaji pun rajin juga tau, tak lah nyanyi je...he..he..he

    psss...ingat tak lagu merak kayangan, penyanyi yang sama...wow..best

    kak wati

    ReplyDelete
  6. Salam Kak Roza,

    Rupanya fenomena buku nyanyian tu bkn hanya ada pada zaman kanak-kanak saya aje.. rupanya orang dolu-dolu lebih advance ya... he he he...

    Skang ni nyanyi tuk abg. Prof tak?

    ReplyDelete
  7. Puan,
    saya pun ada buku nyanyi gak masa kecik2. sek men punya lagi tebal.masa tu rajin tulis lagu boy band, group new kids on the block n kru.haha.
    oh ya, saya dah upload gambar kita berdua,
    singgah la ke http://raiyanz.blogspot.com

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum Roza,

    Memang betullah, pada zaman kita sekolah dulu seolah-olah jadi satu trend - tulis lirik lagu jadikan koleksi di dalam buku latihan sekolah. Lepas tu, habislah gambar-gambar artis digunting dan ditampal dalam buku tu. Pertengahan tahun-tahun 70-an, masa saya umur 12 - 14 tahun, kalau tak silap, buku hiburan yang top masa tu URTV dan Varia Pop. Beli sembunyi-sembunyi, takut mama marah kalau lebih-lebih...Lepas tu mulalah 'menayang' kepada kawan-kawan.

    Hobi seperti ni bermusim juga agaknya. Itulah salah satu cara kita / kami mengisi masa senggang. Bila dah masuk Form 3, semua tu dah tak ada lagi...

    ReplyDelete